Laporan Tahunan 2021

Organisasi MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 1 LAPORAN TAHUNAN MENERAJU LONJAKAN EKSPORT 2021 PASCA PANDEMIK

ISSN 2462-1412 Oktober 2022 © Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Semua data perdagangan adalah data setakat yang dilaporkan sehingga 12 Ogos 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Walau bagaimanapun segala usaha telah diambil untuk memastikan bahawa kandungan laporan tahunan adalah tepat dan terkini. MATRADE tidak bertanggungjawab atas sebarang ketinggalan, kesilapan atau pertikaian yang timbul daripada penggunaan maklumat yang diberikan. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem dapatan semula atau dihantar melalui apa-apa cara sama ada elektronik, mekanikal atau sebarang format tanpa persetujuan daripada penerbit. Bahagian Perancangan Strategik Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Menara MATRADE Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +603 6207 7077 Faks: +603 6203 7037 Emel: info@matrade.gov.my Web: www.matrade.gov.my Facebook : MATRADE HQ LinkedIn : MATRADE Twitter : @matrade Youtube : MATRADE Instagram : @matrade_hq Diterbitkan oleh: Unit Komunikasi Korporat MATRADE Seksyen Komunikasi Strategik Bahagian Perancangan Strategik Emel: communication@matrade.gov.my Penaung : Ketua Penyunting : Penyunting Susun Atur & Reka Letak: Edaran : YBhg Datuk Mohd Mustafa Abd Aziz YBhg Datuk Aureen Jean Nonis Noor Hayati Abu Noh Sadat Foster Maad Azimatul Masriyah Aziz Jamaludin Diane Jessica Leong Muhammad Azfar Zid Mohd Khairiazhar Mohd Riza Juliana Jamian Mohd Iqbal Adzhar

LAPORAN TAHUNAN Tahun 2021 menyaksikan MATRADE terus memacu usaha melonjakkan eksport dengan membantu syarikat memanfaatkan inisiatif digitalisasi di dalam norma baharu. Langkah ini sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan ekonomi dalam fasa pemulihan negara pasca COVID-19. MATRADE telah melaksanakan mandatnya untuk terus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan yang kompetitif di persada antarabangsa. Program anjuran MATRADE adalah berpaksikan kepada empat (4) teras utama iaitu pembangunan keupayaan eksport, penggalakan eksport, penyebaran maklumat perdagangan dan penyediaan khidmat nasihat serta sokongan. MENERAJU LONJAKAN EKSPORT PASCA PANDEMIK 2021

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) adalah sebuah agensi promosi perdagangan kebangsaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang bertanggungjawab untuk menempatkan Malaysia sebagai negara perdagangan global yang kompetitif. Ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia 1992, misi utama adalah untuk mempromosikan perusahaan Malaysia ke pasaran dunia. Peranan Perniagaan Anda Platform MATRADE MATRADE memikul tugas membangunkan perdagangan luar dengan memberi penekanan kepada eksport produk dan perkhidmatan. Ini bagi memastikan keupayaan syarikat Malaysia yang bersaing di peringkat antarabangsa terus mantap dan menjadikan ungkapan Made in Malaysia for the World sebagai satu kebanggaan. Untuk tujuan itu, MATRADE merangka dan melaksanakan strategi pemasaran dengan menyediakan latihan, membimbing dan memberi khidmat nasihat kepada sebilangan besar syarikat Malaysia. Melalui jaringan hubungan antarabangsa yang luas, MATRADE menyediakan risikan pasaran serta maklumat yang terkini untuk membantu syarikat meneroka pasaran global. MATRADE juga menggiatkan aktiviti promosi eksport produk dan perkhidmatan Malaysia di samping melaksanakan sesi padanan perniagaan di antara syarikat Malaysia dan pembeli asing. Usaha ini secara langsung telah menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan ekonomi Malaysia. Jangkauan Global MATRADE akan meneruskan usaha mencari kaedah baharu yang lebih inovatif untuk membimbing dan menyokong pengeksport di peringkat global. MATRADE mempunyai 46 pejabat perdagangan luar negara yang terletak di bandar-bandar komersial utama dunia di samping lima pejabat cawangan wilayah di Pulau Pinang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak. Bakat Insan MATRADE percaya bahawa warga kerja adalah tunjang utama organisasi dan komited dalam memesatkan pembangunan intelek, mengukuhkan keupayaan kepimpinan dan meningkatkan prestasi organisasi. MATRADE memberi tumpuan kepada penyediaan latihan dan pembangunan program pementoran serta pembelajaran yang bersesuaian di tempat kerja. Dengan budaya korporat yang kukuh, MATRADE komited untuk menyediakan peluang bagi setiap warga kerja berkhidmat dengan lebih cemerlang. SEKILAS PANDANG Tumpuan MATRADE MATRADE memberi fokus dalam pelaksanaan dan penyampaian empat perkhidmatan teras iaitu: Pembangunan Pengeksport Membantu dan meningkatkan kebolehan syarikat Malaysia dalam mengembangkan perniagaan mereka di peringkat antarabangsa. MATRADE menyediakan latihan kepada syarikat Malaysia terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui penganjuran seminar dan bengkel. Selain itu, MATRADE juga melaksanakan program pembangunan pengeksport untuk membantu syarikat Malaysia mempersiapkan diri meneroka peluang eksport di luar negara. Ia antara lain membabitkan latihan dalam bidang perniagaan, peningkatan kemahiran, jaringan hubungan, pendedahan antarabangsa, kepimpinan dan keusahawanan. Ini membolehkan entiti perniagaan lebih berdaya tahan dan mampan di peringkat antarabangsa. PROSES PERNIAGAAN KE ARENA ANTARABANGSA Mengenai MATRADE

Organisasi MATRADE Program Antarabangsa bersama MATRADE Jenama Anda di Arena Antarabangsa Penggalakan Eksport Membantu syarikat Malaysia menembusi pasaran antarabangsa melalui penyertaan dalam pameran perdagangan antarabangsa (ITF), misi akselerasi eksport (EAM), program penyumberan antarabangsa (INSP) dan misi perdagangan dan pelaburan (TIM). Sebagai agensi promosi perdagangan kebangsaan, MATRADE sering menjadi pusat rujukan bagi pertanyaan dan kunjungan dari pembeli asing serta memainkan peranan penting untuk menganjurkan program padanan perniagaan di antara mereka dengan syarikat Malaysia. Maklumat Perdagangan dan Pasaran MATRADE menyediakan risikan pasaran dan maklumat terkini seperti perubahan trend pasaran, jangkaan pelanggan, gangguan rantaian bekalan global dan halangan bukan tarif. Risikan pasaran ini diedarkan kepada pengeksport melalui pelbagai laporan dan kajian serta penerbitan perdagangan antarabangsa yang dapat diakses dengan mudah seperti Market Alert (MA), Product Market Study (PMS), Trade Leads, MATRADE Insight (MI) dan majalah Exclusive From Malaysia (EFM). Selain itu, MATRADE juga menyediakan akses dalam talian kepada bahan risikan komersial lain di Pusat Informasi Perniagaan (BIC). Khidmat Nasihat & Sokongan MATRADE menawarkan khidmat nasihat perdagangan dan sokongan yang diperlukan oleh syarikat Malaysia untuk meneroka pasaran luar negara. Antara maklumat yang diberi adalah berkaitan tatacara mengeksport serta informasi pasaran, produk dan perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi di luar negara. Khidmat nasihat perdagangan dan sokongan ini juga disediakan semasa program jangkauan seperti penyertaan kaunter informasi di persidangan dan pameran antarabangsa di Malaysia. Memudahkan akses ke pasaran luar negara melalui pelbagai program promosi perdagangan seperti ITF, EAM, INSP dan sesi padanan perniagaan. Mendigitalisasikan eksport bagi menggalakkan penggunaan platform eDagang untuk mengembangkan eksport negara melalui perdagangan dalam talian. Menyediakan risikan pasaran untuk syarikat Malaysia memantau dan menerokai pasaran eksport. Memperkasa pelan eksport negara sejajar dengan peranan MATRADE sebagai pemangkin untuk meningkatkan eksport negara. Membina kesediaan eksport untuk mempersiapkan syarikat Malaysia menerokai pasaran eksport melalui program pembangunan pengeksport. Meluaskan komuniti pengeksport dengan menawarkan khidmat nasihat perdagangan dan sokongan. Menyediakan sokongan khusus untuk mengukuhkan daya saing syarikat Malaysia dan meningkatkan aktiviti promosi eksport. Memperkasa jenama Malaysia melalui pelbagai inisiatif dan saluran supaya pengeksport boleh memanfaatkannya. Matlamat Kami Lapan (8) matlamat utama MATRADE sebagai agensi promosi perdagangan kebangsaan diringkaskan seperti berikut: 1 2 3 4 5 6 7 8

Laporan Tahunan 2021 IMBASAN 2021 Program Pembangunan Keupayaan Pengeksport Secara kolektif, program pembangunan keupayaan pengeksport MATRADE telah memanfaatkan 23,885 syarikat menerusi aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2021. Pelanggan Kami MATRADE mempunyai pangkalan data lebih 26,000 syarikat Malaysia yang merangkumi syarikat besar, syarikat peringkat pertengahan (SPP), perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pengilang dan penyedia perkhidmatan. Pertanyaan Perdagangan Dalam tahun 2021, MATRADE telah menerima 41,489 pertanyaan. Aktiviti Penggalakan Eksport Misi Akselerasi Eksport Pameran Perdagangan Antarabangsa Program Penyumberan Antarabangsa Misi Perdagangan & Pelaburan Kaunter Informasi Promosi In-Store eBizMatch Syarikat Malaysia yang mengambil bahagian Sumber Rujukan Pusat Informasi Perniagaan (BIC) mempunyai 114,279 koleksi fizikal, elektronik dan digital yang merangkumi statistik perdagangan, profil negara, profil syarikat, berita niaga, laporan risikan pasaran, jadual duti import dan sebagainya. Jumlah Perdagangan Jumlah perdagangan mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 24.9% kepada RM2.228 trilion Eksport - Import - Lebihan Dagangan Eksport berkembang sebanyak 26.1% kepada RM1.241 trilion, mencapai 99% daripada unjuran yang telah ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMKe-12) bagi tahun 2025, empat tahun lebih awal daripada sasaran yang ditetapkan. Import naik 23.3% kepada RM987.34 bilion. Lebihan dagangan meningkat 38.4% kepada RM253.68 bilion, merupakan lebihan dagangan yang ke-24 tahun berturut-turut sejak 1998. Perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan mencatatkan nilai yang tertinggi setakat ini. 15 12 9 4 2 1 1,692 2,253

Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik KANDUNGAN Prakata MATRADE Sekilas Pandang Imbasan 2021 Latar Belakang Pencapaian 2021 Perutusan Pengerusi Mesej Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pengarah Pengurusan Kanan Struktur Organisasi Rangkaian MATRADE 10 11 12 14 18 20 22 24 1 ORGANISASI MATRADE Prestasi Perdagangan Malaysia 2021 Rumusan Prestasi Pasaran Pasaran FTA & Pasaran Baharu Prestasi Sektor Barangan Utama Prestasi Import Prestasi Sektor Perkhidmatan 28 30 44 45 46 48 2 LAPORAN PRESTASI PERDAGANGAN Matlamat 1 Memudahkan Akses Pasaran Matlamat 2 Mendigitalisasikan Eksport Matlamat 3 Menyediakan Risikan Pasaran Matlamat 4 Memperkasa Pelan Eksport Negara Matlamat 5 Membina Kesediaan Eksport Matlamat 6 Meluaskan Komuniti Pengeksport Matlamat 7 Menyediakan Sokongan Khusus Matlamat 8 Memperkasa Jenama Malaysia 52 84 89 94 97 103 105 109 3 MATLAMAT TERAS MATRADE Pentadbiran Korporat Pengurusan Sumber Manusia Pengurusan Belanjawan Keselamatan Dan Kesejahteraan Integriti Audit Dalaman dan Pematuhan Undang-Undang Perancangan Strategik Pemacuan Teknologi Maklumat 116 118 120 121 122 124 128 4 PENGURUSAN, INTEGRITI, AUDIT DALAMAN DAN PERANCANGAN STRATEGIK Prestasi Tahunan Laporan Audit 5 ULASAN KEWANGAN Pejabat MATRADE Singkatan dan Akronim xx xx xx xx

Laporan Tahunan 2021 8

Organisasi MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 9 ORGANISASI MATRADE LATAR BELAKANG PENCAPAIAN 2021 PERUTUSAN PENGERUSI MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LEMBAGA PENGARAH PENGURUSAN KANAN STRUKTUR ORGANISASI RANGKAIAN MATRADE

Laporan Tahunan 2021 10 LATAR BELAKANG MATRADE memainkan peranan aktif dalam membantu syarikat Malaysia berkembang maju untuk menembusi pasaran antarabangsa dan bertapak di luar negara dengan menyediakan program latihan, bimbingan serta khidmat nasihat. Di samping itu, MATRADE turut menyediakan maklumat dan risikan pasaran serta menggiatkan aktiviti promosi eksport untuk syarikat Malaysia. Melalui usaha ini, MATRADE membantu meluaskan akses pasaran serta meningkatkan profil syarikat Malaysia dalam pasaran asing. Dalam fasa pemulihan negara, MATRADE meneruskan inisiatif bagi memastikan kelangsungan eksport dengan memanfaatkan teknologi dan platform digital. Program sedia ada telah disesuaikan dengan amalan norma baharu dalam mengatasi kekangan sekatan perjalanan dan penutupan sempadan negara. Usaha ini membolehkan MATRADE melaksanakan mandatnya memacu eksport dan menjadikan Malaysia sebuah negara perdagangan yang kompetitif di persada antarabangsa. MISI MEMPROMOSI ENTERPRIS MALAYSIA KE PASARAN DUNIA Global (Pemikiran & Pendekatan) • Berfikiran global; • Mengutamakan pihak berkepentingan; • Mewujudkan jaringan antarabangsa yang luas; • Penglibatan perdagangan di peringkat antarabangsa; • Berfikiran dan berstrategi global; dan • Menerima kepelbagaian. Respect (Manusia, Proses dan Planet) • Sayangi negara; • Berkebolehan untuk mendengar, memahami dan mengamalkan sikap tidak prejudis; • Meraikan kejayaan, berkongsi tanggungjawab; • Menghargai kerjasama; dan • Mengutamakan pelanggan. Agile (Berkemahiran dan Mampu Beradaptasi) • Pembelajaran seumur hidup; • Inovasi untuk kemajuan; • Memiliki pemikiran dan sikap yang tangkas; • Menjangka dan bertindak sewajarnya kepada ketidakpastian; • Menerima dan mengamalkan penambahbaikan berterusan; • Cekap dan berpengetahuan; • Kemahiran untuk menutur idea; dan • Kebolehan melakukan pelbagai kerja. Creative (Inovatif dan Pemikiran Asli) • Berani untuk tampil berbeza; • Proaktif dan pemikiran progresif; • Mencetuskan inovasi untuk mencipta perubahan; • Bersikap terbuka untuk menerima idea dan cadangan baharu; dan • Berminat untuk mempelajari perkaraperkara baharu. Ethical (Beretika) • Adil, telus dan boleh dipercayai; • Sahih dan konsisten dalam percakapan dan perlakuan; • Profesional, komited dan berdisiplin dalam pengendalian; • Memimpin melalui teladan dan bertanggungjawab dalam semua tindakan; • Bersopan, bekerjasama, bertoleransi dan tegas; dan • Jujur serta rendah diri. Nilai Teras Korporat (G.R.A.C.E) Prinsip Panduan Organisasi (Attitude, Values, Culture) Attitude Pembentukan Sikap Positif Memupuk persepsi yang terbuka dan positif terhadap situasi, persekitaran dan tanggungjawab. Values Menghayati Nilai Murni G.R.A.C.E dalam Menjalankan Amanah Penerapan nilai murni G.R.A.C.E adalah amat penting untuk: • membentuk warga kerja yang berkualiti; • amanah; • kreatif; dan • tangkas dalam mengadaptasi perubahan baharu serta saling hormatmenghormati antara satu sama lain. Culture Memupuk Budaya Semangat Perpaduan • Amalan AVC mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan suasana harmoni; dan • Menjaga hubungan baik sesama rakan sekerja Program dan inisiatif berteraskan aspirasi AVC yang telah dilaksanakan adalah melalui hebahan Integriti Alert, Pekeliling2U dan sesi ceramah dan taklimat. VISI MENEMPATKAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA PERDAGANGAN GLOBAL YANG KOMPETITIF

Organisasi MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 11 PENCAPAIAN 2021 MATRADE telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mencapai matlamat penubuhannya yang merangkumi pembangunan pengeksport dan promosi eksport. Usaha-usaha ini melibatkan program pembangunan keupayaan pengeksport, penggalakan eksport, penyebaran maklumat perdagangan dan penyediaan khidmat nasihat serta sokongan berterusan. Dalam fasa pemulihan negara, MATRADE meneruskan inisiatif memanfaatkan teknologi dan platform digital untuk memastikan kelangsungan eksport negara. Program sedia ada telah disesuaikan dengan amalan norma baharu dalam mengatasi kekangan sekatan perjalanan dan penutupan sempadan negara. Usaha ini membolehkan MATRADE berupaya melaksanakan mandatnya dalam memacu eksport dan menjadikan Malaysia sebuah negara perdagangan yang kompetitif di persada antarabangsa. Tahun 2021 menyaksikan prestasi perdagangan dunia kembali kukuh setelah mengalami kerencatan rantaian bekalan global serta ketidaktentuan ekonomi yang tercetus ekoran pandemik COVID-19. Perdagangan Malaysia merekodkan satu lagi pencapaian baharu apabila buat julung kalinya melepasi aras RM2 trilion serta mencatatkan pertumbuhan terpantas sejak 1994. Perdagangan pulih dengan pertumbuhan dua (2) digit sebanyak 24.9% kepada RM2.228 trilion berbanding tahun 2020, setelah mencatatkan penurunan selama dua (2) tahun berturut-turut. Eksport berkembang sebanyak 26.1% kepada RM1.241 trilion, mencapai 99% daripada unjuran yang telah ditetapkan dalam RMKe12 bagi tahun 2025, empat (4) tahun lebih awal dari sasaran yang ditetapkan. Sementara itu, import naik 23.3% kepada RM987.24 bilion dan lebihan dagangan meningkat 38.4% kepada RM253.68 bilion, merupakan lebihan dagangan yang ke-24 tahun berturut-turut sejak 1998. Perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan mencatatkan nilai yang tertinggi setakat ini. MATRADE mempunyai pangkalan data melebihi 26,000 syarikat Malaysia yang menjalankan perniagaan berorientasikan eksport. Syarikat ini dibantu dalam melestarikan pertumbuhan eksport produk dan perkhidmatan Malaysia. Pada tahun 2021, program pembangunan keupayaan pengeksport MATRADE telah memanfaatkan 23,885 syarikat dan program promosi eksport melibatkan sebanyak 2,253 syarikat. MATRADE juga terus menawarkan hala tuju strategik baharu kepada syarikat Malaysia dengan memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi digital serta kelestarian bagi memastikan pertumbuhan jangka panjang. MATRADE akan tetap komited ke arah mengukuhkan ekonomi negara serta bertindak sebagai organisasi peneraju dalam mendukung dan menggalakkan aktiviti eksport negara pada masa akan datang. PERDAGANGAN MALAYSIA MEREKODKAN SATU PENCAPAIAN BAHARU APABILA MELEPASI ARAS EKSPORT BERKEMBANG SEBANYAK KEPADA RM1.241 TRILION, MENCAPAI 99% DARIPADA UNJURAN YANG TELAH DITETAPKAN DALAM RMKe-12 RM2 trilion 26.1%

Laporan Tahunan 2021 12 PERUTUSAN PENGERUSI Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia sejak penghujung tahun 2019 telah memasuki tahun kedua. Walaupun berdepan dengan cabaran, Malaysia kekal berdaya tahan mengharunginya dengan penuh cekal. MANFAATKAN TEKNOLOGI DIGITAL Sejajar dengan situasi pandemik, MATRADE mengambil langkah memanfaatkan sepenuhnya teknologi digital. Secara dalaman, aplikasi digital terbukti berjaya menambah baik proses kerja dan operasi organisasi manakala dari segi luarannya, pelbagai program dan inisiatif mampu dilaksanakan bagi memacu eksport negara. Dalam hal ini, kejayaan penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2021 yang dilaksanakan secara maya membuktikan ia kekal menjadi platform utama bagi meningkatkan dagangan produk dan perkhidmatan halal. Bagi MATRADE, seluruh warganya meletakkan keutamaan dalam membantu syarikat Malaysia untuk meningkatkan eksport. Selaras dengan arah tuju tersebut, MATRADE menggerakkan pelbagai usaha bagi memastikan eksport negara mencapai ke tahap lebih tinggi. Melangkah ke hadapan, dijangka tahun 2022 adalah lebih baik meskipun terdapat cabaran dari segi gangguan rantaian bekalan. Beralih ke fasa endemik, MATRADE akan terus memberikan sokongan kepada semua inisiatif bagi meningkatkan eksport negara

Organisasi MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 13 Ia juga mencerminkan komitmen MATRADE dalam membantu syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) semasa situasi yang mencabar dengan menghubungkan PKS dengan pembeli antarabangsa melalui 46 rangkaian pejabat MATRADE di luar negara dalam Program Penyumberan Antarabangsa. MATRADE meneruskan pelbagai inisiatif seperti padanan perniagaan, latihan, seminar dan webinar yang diadakan secara maya manakala sebahagiannya dilaksanakan secara hibrid dengan pembukaan semula ekonomi. Sebagai agensi promosi perdagangan, MATRADE meneruskan kolaborasi dengan semua pemegang taruh, persatuan, dewan perniagaan dan organisasi antarabangsa dalam usaha membantu syarikat Malaysia menerokai pasaran global. Sejajar dengan agenda ini, MATRADE telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan badan dan institusi dalam dan luar negara bagi memanfaatkan kekuatan dan keupayaan pihak yang terlibat bagi faedah bersama. Tan Sri Dr. Halim Mohammad Pengerusi MATRADE PEMULIHAN LEBIH PANTAS Melangkah ke hadapan, dijangka tahun 2022 adalah lebih baik meskipun terdapat cabaran dari segi gangguan rantaian bekalan. Beralih ke fasa endemik, MATRADE akan terus memberikan sokongan kepada semua inisiatif bagi meningkatkan eksport negara. Akhir kata, saya amat menghargai kepercayaan pihak kerajaan dalam mengamanahkan saya sebagai Pengerusi MATRADE. Saya akan terus memberikan komitmen untuk memastikan organisasi ini mampu mencapai segala matlamat yang telah digariskan. Saya juga merakamkan penghargaan kepada pihak berkepentingan terutamanya Menteri Kanan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ahli Lembaga Pengarah dan warga MATRADE yang bertungkus-lumus dan bekerjasama erat dalam menjayakan segala inisiatif organisasi ini sepanjang tahun 2021. Sekian, terima kasih.

Laporan Tahunan 2021 14 DARI MEJA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MATRADE MATRADE kekal utuh dalam membangunkan perdagangan luar negara sungguhpun berdepan dengan pelbagai cabaran. MATRADE komited melaksanakan mandatnya menggembleng tenaga dan usaha untuk membangunkan pengeksport serta mempromosikan eksport. Pada tahun 2021, MATRADE telah melaksanakan 334 program untuk melahirkan lebih banyak juara eksport dalam sektor bernilai tinggi. Platform digital turut dimanfaatkan di samping penerapan nilai kelestarian bagi memastikan syarikat Malaysia terus relevan di persada dunia. Tahun 2021 turut menyaksikan keberhasilan transformasi digital MATRADE di mana pelbagai inisiatif berimpak tinggi telah dilaksanakan dalam usaha mencapai matlamat sebagai negara perdagangan utama dunia.”

Organisasi MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 15 PRESTASI PERDAGANGAN 2021 Tahun 2021 telah menyaksikan prestasi perdagangan dunia yang kembali kukuh setelah mengalami kerencatan rantaian bekalan serta ketidaktentuan ekonomi yang tercetus akibat pandemik COVID-19. Di sebalik pelbagai cabaran ini, komuniti perniagaan Malaysia dilihat masih berdaya saing dan dapat menyumbang kepada peningkatan aktiviti perdagangan yang didorong oleh permintaan global yang kukuh. Perdagangan Malaysia pada tahun 2021 mencatatkan prestasi yang memberangsangkan dengan perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan mencecah paras tertinggi setakat ini. Perdagangan turut merekodkan pencapaian baharu apabila buat julung kalinya telah melepasi aras RM2 trilion serta mencatatkan pertumbuhan terpantas sejak 1994. Eksport bernilai RM1.241 trilion, mencapai 99% daripada unjuran yang telah ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMKe12) bagi tahun 2025, empat tahun lebih awal daripada sasaran yang ditetapkan. Lebihan dagangan pula dicatatkan selama 24 tahun berturut-turut sejak 1998. Pencapaian ini disokong oleh permintaan luar yang kukuh dan harga komoditi yang lebih tinggi. RUMUSAN 2021 Untuk terus menyokong pengeksport Malaysia, MATRADE menyediakan perkhidmatan pemudah cara seperti Pusat Informasi Perniagaan (BIC), Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC), Perkhidmatan MyExport dan lain-lain khidmat nasihat. Kemudahan ini disediakan khusus kepada syarikat yang telah berdaftar dengan MATRADE bagi mendapatkan sokongan, akses masa nyata maklumat terkini pasaran, kajian pasaran produk serta pertanyaan perdagangan. Melangkah ke era digitalisasi yang semakin pesat berkembang, terbitan secara elektronik iaitu e-penerbitan berkaitan eksport dan penyumberan telah diterbitkan secara berkala seperti MATRADE’s Insight dan Exclusive from Malaysia (EFM). MATRADE’s Insight mengandungi maklumat berkaitan peluang perniagaan serta halangan perdagangan untuk dikongsi bersama pengeksport. Manakala, EFM pula adalah rujukan bagi rakan kongsi global dan pembeli luar negara yang ingin memperluaskan penyumberan dari Malaysia. Kebanyakan sektor yang diketengahkan dalam e-penerbitan ini merangkumi produk dan perkhidmatan halal, peralatan dan alat ganti jentera, produk penjagaan diri dan banyak lagi. Tahun 2021 turut menyaksikan keberhasilan transformasi digital MATRADE di mana pelbagai inisiatif berimpak tinggi telah dilaksanakan dalam usaha mencapai matlamat sebagai negara perdagangan utama dunia. Selain daripada itu, aspek kelestarian dalam eksport telah diberi penekanan bagi mengintegrasikan syarikat Malaysia dalam rangkaian pasaran global. RANGKA TINDAKAN PERDAGANGAN NASIONAL Dalam memacu agenda perdagangan negara, Rangka Tindakan Perdagangan Nasional (RTPN) telah ditauliahkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan dibangunkan oleh MATRADE. RTPN menggariskan strategi komprehensif dan inisiatif bagi tempoh lima tahun (2021 - 2025) untuk meningkatkan daya saing perdagangan Malaysia khususnya dalam eksport barangan. Dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob pada 25 Oktober 2021, RTPN meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan yang dinamik melalui pembangunan eksport mampan menerusi ekosistem perniagaan yang ditambah baik.

Laporan Tahunan 2021 16 INISIATIF PENDIGITALAN MATRADE menerapkan kesedaran pendigitalan dalam komuniti perniagaan dengan meningkatkan penggunaan platform digital dalam aktiviti perdagangan. Pertemuan perniagaan secara dalam talian atau eBizMatch diperhebatkan di mana 1,692 pertemuan telah diadakan, menghubungkan 1,205 pengeksport Malaysia dengan 993 pembeli dari luar negara yang menghasilkan jualan eksport berjumlah RM4.58 bilion. Sehubungan dengan itu, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-17 buat julung kalinya telah dilaksanakan sepenuhnya secara maya bermula 9 September hingga 31 Disember. Sebanyak 549 pempamer tempatan dan asing telah menyertai MIHAS yang menarik seramai 16,512 pengunjung. MIHAS 2021 telah berjaya menjana jualan berjumlah RM2.13 bilion. Selaras dengan peralihan ke fasa endemik, MATRADE telah membentangkan dua cadangan perniagaan strategik kepada Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Sebagai satu usaha untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang berdaya saing dan berproduktif tinggi, majlis ini telah bersetuju dengan dua cadangan tersebut. Cadangan pertama adalah membangunkan Portal Maklumat Tunggal untuk Eksport (SIPE) yang merupakan sebuah portal komprehensif yang merangkumi maklumat merentasi rantaian nilai perniagaan daripada pelbagai sumber bagi memudahcarakan syarikat Malaysia untuk berada di peringkat global. Cadangan kedua pula adalah Platform Acara Perdagangan Bersepadu (ITEP) iaitu satu platform khusus untuk menghubungkan pembeli dari luar negara dengan syarikat Malaysia melalui penganjuran acara perdagangan. Seterusnya, di bawah RMKe-12, MATRADE telah melaksanakan Program eTRADE 2.0 yang merupakan penambahbaikan dari Program eTRADE. Ia menyediakan insentif kepada syarikat yang menyertai platform e-dagang untuk merebut peluang daripada pertumbuhan pesat sektor ini. Sehingga 31 Disember, sebanyak 280 permohonan telah didaftarkan di bawah Program eTRADE 2.0. MATRADE turut diberi mandat melaksanakan inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) iaitu eBizLink (Jalinan Perniagaan Elektronik). Inisiatif ini menyediakan peluang perniagaan dalam pasaran global yang muncul ekoran pandemik dengan melibatkan kos yang lebih efektif dan mampan. Sebanyak 355 syarikat telah dibantu dengan RM40 juta jualan eksport dijana. Menyedari pentingnya fungsi MATRADE dalam memberi khidmat nasihat kepada pengeksport, program eNational Export Day (eNED) yang mengumpulkan pengeksport seluruh Malaysia secara maya telah diadakan. Program ini menampilkan penceramah terkemuka dari pelbagai industri dan dihadiri lebih 1,300 peserta membincangkan topik berkaitan pertumbuhan perniagaan dalam keadaan ekonomi yang mencabar. MATRADE terus memberi fokus kepada penambahbaikan infrastruktur IT dalaman dan sistem aplikasi MATRADE dibawah projek Digital MATRADE Pakej 3 (DM3) yang merangkumi pembangunan lima (5) sistem aplikasi seperti Sistem Maklumat Perdagangan, Sistem Pengurusan Bakat, Sistem Pengurusan KPI, Portal Pengurusan Pengetahuan dan Pengukuhan Portal MATRADE.

Organisasi MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 17 INISIATIF KELESTARIAN MATRADE memperkukuhkan lagi Program Nilai Kelestarian untuk Pengeksport (S.A.V.E), sebuah program perkongsian nilai korporat. Ia merupakan manifestasi kepimpinan MATRADE untuk mendorong amalan kelestarian selari dengan agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menggalakkan amalan kelestarian dalam perniagaan. Sebagai tindak balas, MATRADE telah menganjurkan siri webinar S.A.V.E bertujuan membantu syarikat terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memahami konsep kelestarian dalam konteks pasaran global dari aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). Bagi menyokong inisiatif kelestarian ini, MATRADE turut menjalin kerjasama strategik dengan Pusat Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) dan CIMB Islamic Bank Berhad bagi menggalakkan pembangunan pengeksport hijau seterusnya meletakkan Malaysia sebagai negara perdagangan lestari. Secara keseluruhan, matlamat utama MATRADE pada tahun 2021 adalah untuk memastikan bahawa komuniti pengeksport Malaysia kekal terhubung dengan pembeli luar negara dan mendapat maklumat terkini mengenai trend global semasa. Dengan rangkaian 46 pejabat di luar negara dan 5 pejabat wilayah dalam negara, MATRADE akan terus berkolaborasi dengan semua pihak yang berkaitan dalam memacu ekonomi walaupun berhadapan ekosistem perdagangan antarabangsa yang mencabar. MATRADE kekal komited dalam menyokong dan memudah cara operasi syarikat pengeksport Malaysia agar terus utuh di barisan hadapan pasaran global. Akhir kata, saya ingin menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada YB Menteri Kanan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat serta Pengurusan Tertinggi MITI di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Lembaga Pengarah, Pengurusan Kanan serta semua warga MATRADE atas sokongan yang tidak ternilai dalam membentuk MATRADE menjadi sebuah organisasi yang gemilang, terbilang dan warganya yang cemerlang. Terima kasih, Datuk Mohd Mustafa Bin Abdul Aziz Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE

Laporan Tahunan 2021 18 LEMBAGA PENGARAH (Sehingga Disember 2021) Datuk Ravi Muthayah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) Datuk Lokman Hakim Ali Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Pengerusi Tan Sri Dr. Halim Mohammad Pengarah Eksekutif & Pengarah Urusan Halim Mazmin Group Datuk Dr. Zunika Mohamed Timbalan Ketua Pengarah (Polisi) Unit Perancang Ekonomi (EPU) Dato’ Mohammad Medan Abdullah Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port Holdings Berhad Datuk Kamal Khalid Ketua Korporat dan Transformasi Celcom Axiata Berhad Dato’ Hazimah Zainuddin Pengarah Urusan Kumpulan Hyrax Oil Sdn Bhd

Organisasi MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 19 Pn. Rina Neoh Siew Lian Pengasas Bersama & Pelabur Ficus Venture Capital Sdn Bhd Dato’ Mahmud Abbas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Dato’ Sri Dr. Irmohizam Ibrahim JP Pengarah Eksekutif World Trade Centre Kuala Lumpur En. Mohd Mustafa Abdul Aziz Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Datuk Dr. Ibrahim Ahmad Mantan Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) (sehingga 31 Julai 2021) Dato’ Shahrul Nazri Dato’ Abdul Rahim Ketua Pegawai Eksekutif EXIM Bank Malaysia Berhad (sehingga 31 Julai 2021)

Laporan Tahunan 2021 20 PENGURUSAN KANAN Mohd Mustafa Abdul Aziz Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Sharimahton Mat Saleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Akselerasi Eksport Abu Bakar Yusof Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Pengeksport Datuk Aureen Jean Nonis Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik Amran Yem Pengarah Kanan Bahagian Transformasi dan Perdagangan Digital Abu Bakar K.V. Koyakutty Pengarah Kanan Bahagian Promosi Eksport dan Akses Pasaran Khairul Annuar Abdul Halim Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan YM Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman Pengarah Seksyen ASEAN & Oceania Yuslinawati Mohd Yusof Pengarah Seksyen Pengangkutan dan Logistik Jamaliah Jamaludin Pengarah Seksyen Bantuan Pembangunan dan Seksyen Khidmat Nasihat & Latihan Pengeksport Norzihan Mohd Zain Pengarah Seksyen Pengurusan Kewangan

Organisasi MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 21 Khairul Nizam Moonier Pengarah Seksyen Eropah dan Amerika (berkuat kuasa 01.04.2021) Rusiah Mohamed Pengarah Seksyen Pembinaan & Perkhidmatan Perniagaan (bersara pada 15.06.2021) Idzham Abdul Hamid Pengarah Seksyen Pembinaan & Perkhidmatan Perniagaan (berkuat kuasa 01.07.2021) Mansor Shah Wahid Pengarah Seksyen Asia Tengah, Barat, Selatan & Afrika S. Jai Shankar Pengarah Seksyen Minyak & Gas, Kimia & Tenaga Remee Yaakub Pengarah Seksyen Halal, Makanan dan Minuman & Agro Naim Abdul Rahman Pengarah Seksyen Elektrik & Elektronik, ICT, Jentera & Peralatan Jamaluddin Abdullah Pengarah Seksyen Teknologi Maklumat Zalela Jaafar Pengarah Seksyen Gayahidup & Sains Hayat (Peralatan Perubatan & Farmaseutikal) Mohammad Aminuddin Sham Tajudin Pengarah Seksyen Eropah dan Amerika (bersara pada 01.04.2021) Noraslan Hadi Abdul Kadir Pengarah Seksyen China dan Asia Timur (bersara pada 06.10.2021) Sim Kok Aun Pengarah Seksyen China dan Asia Timur (berkuat kuasa 01.11.2021)

Laporan Tahunan 2021 22 STRUKTUR ORGANISASI Fungsi utama MATRADE adalah untuk mempromosi eksport produk dan perkhidmatan Malaysia serta membangunkan aktiviti pengeksport yang merupakan asas teras kepada struktur organisasi. MATRADE dengan tenaga kerja seramai 605 kakitangan berkhidmat dan membantu pengeksport Malaysia untuk menembusi pasaran antarabangsa melalui lima (5) pejabat wilayah dan 46 pejabat di luar negara. KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LEMBAGA PENGARAH Unit Audit Dalam Unit Integriti Stakeholder Relations Officer Pejabat Timbalan Ketua Pengawai Eksekutif Akselerasi Export Pejabat Timbalan Ketua Pengawai Eksekutif Pembangunan Pengeksport Bahagian Promosi Eksport dan Akses Pasaran Bahagian Transformasi dan Perdagangan Digital Bahagian Perancangan Strategik Bahagian Khidmat Pengurusan

Organisasi MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 23 Seksyen Elektrikal & Elektronik, ICT, Jentera dan Peralatan Seksyen Pengangkutan & Logistik Seksyen Minyak & Gas, Kimia dan Tenaga Seksyen Halal, Makanan dan Minuman & Agro Seksyen Gaya Hidup dan Sains Hayat (Peralatan Perubatan & Farmaseutikal) Seksyen Pembinaan & Perkhidmatan Perniagaan Seksyen ASEAN & Oceania • Bangkok • Hanoi • Ho Chi Minh City • Jakarta • Manila • Medan • Melbourne • Phnom Penh • Yangon Seksyen China & Asia Timur • Beijing • Chengdu • Guangzhou • Hong Kong • Osaka • Seoul • Shanghai • Taipei • Tokyo Seksyen Asia Tengah, Barat, Selatan & Afrika • Almaty • Cairo • Chennai • Doha • Dubai • Jeddah • Johannesburg • Lagos • Mumbai • Nairobi • Tashkent Seksyen Eropah & Amerika • Budapest • Buenos Aires • Frankfurt • Istanbul • Kyiv • London • Los Angeles • Mexico City • Miami • Milan • Moscow • New York • Paris • Rotterdam • Santiago • Sao Paulo • Warsaw Seksyen Bantuan Pembangunan • Unit Pembangunan Pasaran • Unit Pembangunan Perkhidmatan Seksyen Program Khas • Unit Syarikat Peringkat Pertengahan (SPP) • Unit Pembangunan Export PKS (X-SEED) • Unit Pembangunan Pengeksport Bumiputera, Wanita & Belia Pejabat Wilayah • Utara (Pulau Pinang) • Selatan (Johor) • Timur (Terengganu) • Sabah • Sarawak Seksyen Teknologi Maklumat • Unit Pangkalan Data Industri & ePerkhidmatan • Unit Pembangunan Aplikasi • Unit Operasi & Keselamatan IT • Unit Rangkaian • Unit Perancangan & Tadbir Urus IT Seksyen Perdagangan Digital • Unit Ekosistem eDagang • Unit Program (eTRADE) Seksyen Khidmat Nasihat dan Latihan Pengeksport • Unit Khidmat Nasihat Pengeksport • Unit Latihan Pengeksport • Unit Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC) • Pusat Informasi Perniagaan (BIC) Seksyen Penyelidikan • Unit Analisa Perdagangan • Unit Statistik Perdagangan Seksyen Pembangunan Strategik • Unit Pembangunan Strategik • Unit Kolaborasi Antarabangsa Seksyen Koordinasi dan Pemantauan • Unit Koordinasi Strategik • Unit Pemantauan Prestasi Seksyen Komunikasi Strategik • Unit Komunikasi Korporat • Unit Penerbitan Perdagangan Seksyen Pengurusan Kewangan • Unit Kewangan • Unit Perakaunan • Unit Perolehan • Unit Penjanaan Hasil Seksyen Pengurusan Korporat • Unit Pentadbiran • Unit Undang-Undang Seksyen Sumber Manusia • Unit Perancangan Organisasi & Transformasi • Unit Pengurusan Sumber Manusia • Unit Kompetensi & Pembangunan Bakat Seksyen Pengurusan Fasiliti • Unit Pengurusan Fasiliti • Unit Pengurusan Aset

Laporan Tahunan 2021 24 RANGKAIAN GLOBAL MATRADE

Organisasi MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 25 1. Jakarta 2. Medan 3. Bangkok 4. Ho Chi Minh City 5. Hanoi 6. Manila 7. Yangon 8. Phnom Penh 9. Melbourne 10. Chennai 11. Mumbai 12. Hong Kong SAR 13. Guangzhou 14. Taipei 15. Shanghai 16. Chengdu 17. Beijing 18. Seoul 19. Osaka 20. Tokyo 21. Dubai 22. Doha 23. Jeddah 24. Almaty 25. Tashkent 26. Cairo 27. Nairobi 28. Johannesburg 29. Lagos 30. Istanbul 31. Budapest 32. Kyiv 33. Frankfurt 34. Moscow 35. Warsaw 36. Milan 37. Paris 38. Rotterdam 39. London 40. Sao Paulo 41. Buenos Aires 42. Santiago 43. Miami 44. New York 45. Mexico City 46. Los Angeles

Laporan Tahunan 2021 26 Matrade 2021 - BAB 2.indd 26 21/11/2022 11:39

Laporan Prestasi Perdagangan Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 27 LAPORAN PRESTASI PERDAGANGAN PRESTASI PERDAGANGAN MALAYSIA 2021 RUMUSAN PRESTASI PASARAN PASARAN FTA & PASARAN BAHARU PRESTASI SEKTOR BARANGAN UTAMA PRESTASI IMPORT PRESTASI SEKTOR PERKHIDMATAN Matrade 2021 - BAB 2.indd 27 21/11/2022 11:39

Laporan Tahunan 2021 28 PRESTASI PERDAGANGAN MALAYSIA 2021 Tahun 2021 menyaksikan prestasi perdagangan dunia yang kembali kukuh setelah mengalami kerencatan rantaian bekalan global serta ketidaktentuan ekonomi yang tercetus akibat pandemik COVID-19. Di sebalik pelbagai cabaran, komuniti perniagaan Malaysia masih berdaya saing dan menyumbang kepada peningkatan aktiviti perdagangan, didorong oleh permintaan global yang kukuh. Perdagangan Malaysia tahun 2021 merekodkan satu lagi pencapaian baharu apabila buat julung kalinya melepasi aras RM2 trilion serta mencatatkan pertumbuhan terpantas sejak 1994. Perdagangan pulih dengan pertumbuhan dua digit sebanyak 24.9% kepada RM2.228 trilion berbanding tahun 2020, setelah mencatatkan penurunan selama dua tahun berturut-turut. Eksport berkembang sebanyak 26.1% kepada RM1.241 trilion, mencapai 99% daripada unjuran yang telah ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMKe-12) bagi tahun 2025, empat tahun lebih awal daripada sasaran yang ditetapkan. Import naik 23.3% kepada RM987.34 bilion dan lebihan dagangan meningkat 38.4% kepada RM253.68 bilion, merupakan lebihan dagangan yang ke-24 tahun berturut-turut sejak 1998. Perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan mencatatkan nilai yang tertinggi setakat ini. Pencapaian ini telah disokong terutamanya oleh permintaan luar yang kukuh dan harga komoditi yang lebih tinggi. China, Singapura, Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Taiwan merupakan lima rakan dagang utama Malaysia pada tahun 2021. Secara keseluruhan, kelima-lima pasaran ini merangkumi 52.6% atau RM1.172 trilion daripada jumlah perdagangan Malaysia. China merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia, diikuti oleh Singapura, AS, Hong Kong SAR dan Jepun. Kelima-lima pasaran ini menyumbang 53.3% atau RM661.21 bilion kepada jumlah eksport negara. Manakala, lima sumber utama import adalah China, Singapura, Taiwan, AS dan Jepun yang secara kolektif menyumbang 55.4% atau RM546.52 bilion kepada jumlah keseluruhan import Malaysia. Pada tahun 2021, eksport barangan perkilangan, keluaran pertanian dan hasil galian mencatatkan pertumbuhan dua digit. Eksport barangan perkilangan berkembang 25.8% berbanding tahun 2020, melepasi aras RM1 trilion buat pertama kali dengan jumlah RM1.068 trilion. Ini merupakan jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan, mewakili 86.1% daripada jumlah eksport. Barangan elektrik dan elektronik (E&E) merupakan penyumbang terbesar kepada komposisi eksport dengan 36.7% syer atau RM455.95 bilion, bertambah sebanyak 18%. Peningkatan ini disumbangkan oleh permintaan yang kukuh bagi semikonduktor berikutan peningkatan trend bekerja dan pembelajaran secara atas talian serta pendigitalan perniagaan. RAKAN DAGANG UTAMA 12% Singapura 5.2% Taiwan * syer 18.9%* China 9.7% AS 6.7% Jepun 52.6% daripada perdagangan Mewakili Matrade 2021 - BAB 2.indd 28 21/11/2022 11:39

Laporan Prestasi Perdagangan Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 29 Sorotan Utama Prestasi Perdagangan Pada Tahun 2021 • Perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan mencecah paras tertinggi setakat ini; • Perdagangan melepasi aras RM2 trilion dan mencatatkan pertumbuhan terpantas sejak 1994; • Eksport mencapai 99% daripada unjuran yang telah ditetapkan dalam RMKe-12, empat tahun lebih awal daripada sasaran yang ditetapkan; • Lebihan dagangan yang ke-24 tahun berturutturut sejak 1998; • Eksport ke rakan dagang utama iaitu ASEAN, China, AS dan Kesatuan Eropah (EU) telah merekodkan pertumbuhan dua digit dengan nilai tertinggi baharu. Sementara itu, eksport ke Jepun pulih dengan pertumbuhan dua digit selepas mencatatkan penyusutan selama tiga tahun berturut-turut; • Kenaikan eksport yang ketara turut dicatatkan ke pasaran baharu seperti Costa Rica, Kenya, Mesir, Nigeria, Ghana dan Iraq; • Eksport ke rakan dagang Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) juga menunjukkan trend peningkatan dengan rekod tertinggi baharu setelah mencatatkan penurunan selama dua tahun berturut-turut; * syer • Eksport sektor perkilangan, keluaran pertanian dan hasil galian merekodkan pertumbuhan dua digit di mana eksport sektor perkilangan telah melepasi nilai RM1 trilion buat pertama kali; dan • Pertumbuhan eksport yang mampan ini disokong oleh eksport yang kukuh bagi barangan E&E, keluaran petroleum, barangan perkilangan logam, minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, keluaran getah serta kimia dan bahan kimia, yang mana masing-masing merekodkan nilai tertinggi dengan pertumbuhan dua digit. PASARAN EKSPORT UTAMA PASARAN IMPORT UTAMA 53.3% daripada eksport Mewakili 55.4% daripada import Mewakili 14% Singapura 9.5% Singapura 15.5%* China 23.2%* China 11.5% AS 7.6% AS 6.2% Hong Kong SAR 6.1% Jepun 7.5% Jepun 7.6% Taiwan Matrade 2021 - BAB 2.indd 29 21/11/2022 11:39

Laporan Tahunan 2021 30 JUMLAH PERDAGANGAN RM576.18 bilion 28.7% EKSPORT RM343.50 bilion 25.8% BARANGAN EKSPORT UTAMA IMPORT RM232.68 bilion 33.1% RUMUSAN PRESTASI PASARAN Sebagai rakan dagang yang penting dan strategik bagi Malaysia, perdagangan dengan ASEAN pulih sebanyak 28.7% kepada RM576.18 bilion berbanding tahun sebelumnya, merupakan nilai tertinggi setakat ini. Perdagangan dengan ASEAN merangkumi 25.9% daripada jumlah perdagangan Malaysia pada tahun 2021. Lima daripada 20 rakan dagang utama Malaysia merupakan negara ASEAN iaitu Singapura (kedua), !ailand (keenam), Indonesia (ketujuh), Viet Nam (ke-11) dan Filipina (ke-15). Eksport ke ASEAN mencatatkan peningkatan sebanyak 25.8% kepada RM343.50 bilion, menyumbang 27.7% kepada jumlah eksport Malaysia. Eksport ke pasaran ASEAN telah merekodkan pertumbuhan kecuali Myanmar. Barangan yang mencatatkan peningkatan eksport ke ASEAN adalah barangan E&E, keluaran petroleum serta kimia dan bahan kimia. Sementara itu, barangan eksport utama ialah barangan E&E dengan syer sebanyak 37.2%, keluaran petroleum (14.2%) serta kimia dan bahan kimia (8.1%). Import dari ASEAN berkembang sebanyak 33.1% kepada RM232.68 bilion. Barangan import utama adalah barangan E&E, keluaran petroleum serta kimia dan bahan kimia. Singapura merupakan pasaran eksport utama dan menyumbang 50.6% kepada jumlah eksport ke rantau ini. Ini diikuti oleh !ailand (15.2%), Viet Nam (13.3%), Indonesia (11.4%), Filipina (6.6%), Brunei (1.5%), Myanmar (0.8%), Kemboja (0.6%) dan Lao PDR (0.03%). Barangan eksport utama ke Singapura adalah barangan E&E dengan syer sebanyak 49.4%, keluaran petroleum (13.3%) serta jentera, kelengkapan dan peralatan (7%). Eksport ke Singapura berkembang sebanyak 22.4% kepada RM173.97 bilion berikutan eksport barangan E&E, keluaran petroleum serta jentera, kelengkapan dan peralatan yang lebih tinggi. Import dari Singapura meningkat sebanyak 27.1% kepada RM93.63 bilion. Barangan import utama adalah barangan E&E, keluaran petroleum serta kimia dan bahan kimia. PASARAN EKSPORT UTAMA *syer kepada jumlah eksport rantau ini BARANGAN E&E KELUARAN PETROLEUM KIMIA & BAHAN KIMIA ASEAN Filipina 6.6% Singapura 50.6%* Brunei 1.5% !ailand 15.2% Myanmar 0.8% Lao PDR 0.03% Indonesia 11.4% Kemboja 0.6% Viet Nam 13.3% Matrade 2021 - BAB 2.indd 30 21/11/2022 11:39

Laporan Prestasi Perdagangan Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 31 Pada tahun 2021, China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia bagi 13 tahun berturut-turut dan menyumbang syer sebanyak 18.9% kepada jumlah perdagangan, meningkat 27.2% kepada RM421.49 bilion berbanding tahun 2020. China kekal sebagai pasaran eksport utama sejak tahun 2019, dengan syer sebanyak 15.5% daripada jumlah eksport Malaysia. Eksport ke China berkembang 20.9% kepada RM192.47 bilion, nilai tertinggi yang pernah direkodkan. Peningkatan ini dipacu oleh eksport yang kukuh bagi gas asli cecair (LNG), barangan perkilangan logam serta barangan E&E. Barangan eksport utama ke China ialah barangan E&E dengan syer sebanyak 31%, kimia dan bahan kimia (9.3%) serta barangan perkilangan logam (9%). China terus memacu sumber import utama Malaysia, mewakili 23.2% syer daripada jumlah import, meningkat sebanyak 33% kepada RM229.02 bilion. Barangan import utama adalah barangan E&E, jentera, kelengkapan dan peralatan serta kimia dan bahan kimia. JUMLAH PERDAGANGAN RM421.49 bilion 27.2% EKSPORT RM192.47 bilion 20.9% BARANGAN EKSPORT UTAMA IMPORT RM229.02 bilion 33% BARANGAN E&E KIMIA & BAHAN KIMIA BARANGAN PERKILANGAN LOGAM CHINA Matrade 2021 - BAB 2.indd 31 21/11/2022 11:39

Laporan Tahunan 2021 32 Jepun kekal sebagai rakan dagang keempat terbesar, dengan jumlah perdagangan bernilai RM149.76 bilion, berkembang sebanyak 20.6% pada tahun 2021. Perdagangan dengan negara ini merangkumi 6.7% daripada jumlah perdagangan Malaysia. Jepun masih merupakan pasaran eksport Malaysia kelima terbesar. Eksport ke Jepun kembali pulih, bertambah sebanyak 21.2% kepada RM75.82 bilion berikutan Jumlah perdagangan dengan Asia Timur Laut (tidak termasuk China) pada tahun 2021 adalah bernilai RM448.58 bilion, dengan peningkatan sebanyak 18.2% berbanding tahun sebelumnya. Eksport ke rantau ini bertambah sebanyak 16.1% kepada RM231.63 bilion, manakala import berkembang 20.5% kepada RM216.95 bilion. Rakan dagang utama Malaysia di Asia Timur Laut (tidak termasuk China) adalah Jepun, Taiwan, Hong Kong SAR dan Republik Korea (ROK). Pasaran-pasaran ini secara kolektif menyumbang 99.9% kepada jumlah perdagangan Malaysia ke rantau ini. 25.8% Taiwan Jepun 33.4%* RAKAN DAGANG UTAMA 21% Hong Kong SAR ROK 19.7% Jepun ASIA TIMUR LAUT (tidak termasuk China) *syer kepada jumlah perdagangan ke rantau ini JUMLAH PERDAGANGAN RM448.58 bilion 18.2% EKSPORT RM231.63 bilion 16.1% IMPORT RM216.95 bilion 20.5% EKSPORT RM75.82 bilion 21.2% BARANGAN EKSPORT UTAMA BARANGAN E&E LNG BARANGAN PERKILANGAN LOGAM peningkatan eksport barangan E&E, LNG dan barangan perkilangan logam. Barangan eksport utama ke Jepun ialah barangan E&E dengan 29.9% syer, LNG (21.6%) dan barangan perkilangan logam (6.1%). Import dari Jepun meningkat sebanyak 20.1% kepada RM73.94 bilion. Barangan import utama adalah barangan E&E, jentera, kelengkapan dan peralatan serta barangan perkilangan logam. Matrade 2021 - BAB 2.indd 32 21/11/2022 11:39

Laporan Prestasi Perdagangan Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 33 Hong Kong SAR yang merupakan rakan dagang Malaysia kelapan terbesar telah mencatatkan pertumbuhan perdagangan sebanyak 14.5% kepada RM94.34 bilion. Perdagangan dengan negara ini merangkumi 4.2% daripada jumlah perdagangan Malaysia. Hong Kong SAR masih mengekalkan kedudukan sebagai pasaran eksport keempat terbesar dengan nilai sebanyak RM76.71 bilion, bertambah 12.5% berbanding tahun 2020. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh eksport barangan E&E, keluaran petroleum serta barangan perkilangan logam yang lebih tinggi. Barangan eksport utama ke Hong Kong SAR ialah barangan E&E dengan 85.7% syer, barangan perkilangan lain (terutamanya solid-state storage devices (SSD) (3.5%) dan keluaran petroleum (1.9%). Taiwan merupakan rakan dagang Malaysia yang kelima terbesar dan merangkumi 5.2% daripada jumlah perdagangan Malaysia, bernilai RM115.83 bilion, meningkat sebanyak 26% berbanding tahun sebelumnya. Taiwan juga adalah pasaran eksport Malaysia kesembilan terbesar, naik sebanyak 19.9% kepada RM40.62 bilion berikutan eksport barangan E&E, keluaran petroleum serta barangan besi dan keluli yang lebih tinggi. Barangan eksport utama ialah barangan E&E dengan syer sebanyak 57.4%, barangan optik dan saintifik (10.4%) serta keluaran petroleum (5.1%). Import dari Taiwan pula naik sebanyak 29.6% kepada RM75.20 bilion. Barangan import utama ialah barangan E&E, keluaran petroleum serta kimia dan bahan kimia. Sementara itu, ROK merupakan rakan dagang Malaysia yang kesembilan terbesar dengan jumlah perdagangan sebanyak RM88.31 bilion, 9.3% lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Perdagangan dengan ROK mewakili 4% daripada jumlah perdagangan Malaysia. Eksport ke ROK berkembang sebanyak 10.1% kepada RM38.22 bilion dan merupakan pasaran eksport ke-11 terbesar Malaysia. Ini adalah berikutan peningkatan eksport keluaran petroleum, barangan besi dan keluli serta barangan perkilangan logam. Barangan eksport utama ialah barangan E&E dengan syer sebanyak 33.3%, LNG (16.1%) dan barangan perkilangan logam (7.3%). Import dari ROK bertambah sebanyak 8.6% kepada RM50.08 bilion. Barangan import utama ialah barangan E&E, keluaran petroleum serta kimia dan bahan kimia. ROK Hong Kong SAR Taiwan EKSPORT RM40.62 bilion 19.9% BARANGAN EKSPORT UTAMA BARANGAN E&E BARANGAN OPTIK & SAINTIFIK KELUARAN PETROLEUM EKSPORT RM76.71 bilion 12.5% BARANGAN EKSPORT UTAMA BARANGAN E&E BARANGAN PERKILANGAN LAIN KELUARAN PETROLEUM EKSPORT RM38.22 bilion 10.1% BARANGAN EKSPORT UTAMA BARANGAN E&E LNG BARANGAN PERKILANGAN LOGAM Import dari Hong Kong SAR meningkat sebanyak 24.2% kepada RM17.64 bilion. Barangan import utama adalah barangan E&E, barangan optik dan saintifik serta jentera, kelengkapan dan peralatan. Matrade 2021 - BAB 2.indd 33 21/11/2022 11:39

Laporan Tahunan 2021 34 JUMLAH PERDAGANGAN RM76.09 bilion 14.6% EKSPORT RM39.91 bilion 50.9% BARANGAN EKSPORT UTAMA IMPORT RM36.19 bilion 9.5% RAKAN DAGANG UTAMA Perdagangan dengan Asia Barat telah mencatatkan peningkatan dua digit sebanyak 14.6% kepada RM76.09 bilion pada 2021 berbanding tahun sebelumnya. UAE Arab Saudi Turkiye 22.3% 29.3%* 23.1% ASIA BARAT Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Turkiye kekal sebagai rakan dagang utama di Asia Barat, masing-masing dengan nilai perdagangan sebanyak RM22.33 bilion (29.3% syer), RM17.56 bilion (23.1%) dan RM17 bilion (22.3%). Jumlah eksport Malaysia ke Asia Barat melonjak sebanyak 50.9% kepada RM39.91 bilion didorong oleh pertambahan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, barangan perkilangan logam dan keluaran petroleum. Barangan eksport utama ke rantau ini adalah minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit (22.9% syer), barangan perkilangan logam (11.6%) dan barangan E&E (10.1%). Walau bagaimanapun, import dari Asia Barat merosot 9.5% kepada RM36.19 bilion. Barangan import utama adalah keluaran petroleum, kimia dan bahan kimia serta petroleum mentah. *syer kepada jumlah perdagangan ke rantau ini MINYAK SAWIT (PERTANIAN) BARANGAN PERKILANGAN LOGAM BARANGAN E&E berasaskan minyak sawit (25.5%) serta tekstil, pakaian dan kasut (10.3%). Eksport ke Turkiye juga melonjak dua digit sebanyak 82.9% kepada RM14.15 bilion berikutan eksport barangan perkilangan logam, minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit serta tekstil, pakaian dan kasut yang lebih tinggi. Import dari Turkiye berkembang sebanyak 42% kepada RM2.84 bilion. Barangan import utama adalah barangan besi dan keluli, kimia dan bahan kimia serta barang kemas. UAE merupakan pasaran eksport kedua terbesar di rantau ini, meningkat sebanyak 25.1% kepada RM10.62 bilion berikutan kenaikan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, barang kemas serta barangan E&E. Barangan eksport utama adalah barangan E&E (24.2% syer), barang kemas (15.1%) serta minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit (7.1%). Walau bagaimanapun, import dari UAE menyusut 3.7% kepada RM11.71 bilion. Barangan import utama adalah keluaran petroleum, petroleum mentah serta kimia dan bahan kimia. Turkiye merupakan pasaran utama eksport dan merangkumi 35.5% daripada jumlah eksport ke rantau ini, diikuti oleh UAE (26.6%) dan Arab Saudi (12.7%). Barangan eksport utama ke Turkiye adalah barangan perkilangan logam yang mewakili 26.9% syer, minyak sawit dan keluaran pertanian Matrade 2021 - BAB 2.indd 34 21/11/2022 11:39

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0