Laporan Tahunan 2021

Matlamat Teras MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 67 MATRADE buat julung kalinya berjaya mengadakan EAM ke Lagos, Nigeria dan Dakar, Senegal secara maya dengan objektif untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia di pasaran Afrika Barat. Misi ini dianggotai 22 peserta melibatkan 16 syarikat dari pelbagai sektor termasuk makanan dan minuman, automotif dan komponen, mesin dan komponen serta perkhidmatan ICT. Sebanyak 282 padanan perniagaan diaturkan di antara syarikat Malaysia dan pembeli berpotensi dari kedua-dua negara. SEKTOR PELBAGAI EAM ke Lagos, Nigeria dan Dakar, Senegal LOKASI Lagos, Nigeria & Dakar, Senegal TARIKH 18 – 19 Ogos 2021 (Lagos) 29 – 30 Sep 2021 (Dakar) NAMA PROGRAM Pada tahun 2021, Indonesia merupakan rakan dagang Malaysia yang ketiga terbesar dalam kalangan negara ASEAN. Kedua-dua negara mempunyai banyak persamaan dari segi nilai budaya, bahasa dan cita rasa yang membolehkan jenama Malaysia dikenali dan diterima oleh pengguna di Indonesia dengan meluas. Buat julung kalinya, MATRADE menyelaras penyertaan 13 syarikat Malaysia secara maya di dalam misi ke Surabaya. Misi ini merangkumi dua (2) komponen penting iaitu sesi pemadanan perniagaan dan perkongsian maklumat berkenaan prosedur pendaftaran produk serta perniagaan di Indonesia melalui sesi webinar. Sejumlah 76 sesi padanan perniagaan secara maya berjaya diaturkan di antara syarikat Malaysia dengan pembeli berpotensi dari Indonesia. Antara produk yang mendapat sambutan adalah berkaitan penjagaan kesihatan seperti penjagaan kulit dan pergigian, produk makanan dan minuman serta bahan binaan jalan raya. Usaha mempromosi produk dan perkhidmatan Malaysia ke pasaran Indonesia berjaya diteruskan walaupun terdapat kekangan pergerakan rentas sempadan. EAM ke Surabaya, Indonesia LOKASI Surabaya, Indonesia TARIKH 20 – 22 Sep 2021 NAMA PROGRAM EAM secara maya ke Hungary dan Ukraine telah disertai oleh 13 syarikat daripada sektor makanan dan minuman, peralatan perubatan, E&E, automotif serta produk hasilan kelapa sawit. Sejumlah 59 padanan perniagaan berjaya diaturkan di antara syarikat Malaysia dan pembeli berpotensi dari kedua-dua negara. Produk dan perkhidmatan yang mendapat sambutan antaranya adalah produk hasilan kelapa sawit, makanan dan minuman dan peralatan perubatan. Di samping memperkukuhkan hubungan perdagangan di antara Malaysia dengan Hungary dan Ukraine, misi ini juga menjadi platform untuk menerokai pasaran berkenaan yang masih kurang diberi perhatian oleh pengeksport meskipun mempunyai saiz pasaran yang besar. Kedutaan Malaysia di Budapest dan Kyiv serta persatuan perniagaan tempatan turut terlibat dalam menjayakan program ini. EAM ke Hungary & Ukraine LOKASI Hungary & Ukraine TARIKH 28 Sep – 1 Okt 2021 NAMA PROGRAM Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 67 21/11/2022 11:49

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0