Laporan Tahunan 2021

Matlamat Teras MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 55 Tokyo Game Show (TGS) adalah acara tahunan berkaitan permainan video dan kandungan digital yang terbesar di Jepun dan Asia sejak ia diadakan buat pertama kali pada tahun 1996. Ia merupakan platform strategik bagi syarikat Malaysia untuk mempromosi produk, perkhidmatan dan keupayaan berkaitan permainan video serta kandungan digital di Jepun, yang merupakan pasaran ketiga terbesar di dunia, selepas China dan Amerika Syarikat. Pameran perdagangan ini turut dihadiri oleh syarikat ternama di Jepun seperti Konami, Sega, Bandai Namco, Square Enix, Sony PlayStation dan lain - lain. Tahun 2021 merupakan tahun ke-5 penyertaan MATRADE di dalam pameran ini dan merupakan tahun pertama pameran ini diadakan secara hibrid berikutan risiko penularan wabak COVID-19. Penyertaan MATRADE di dalam pameran ini bertujuan memperkukuhkan posisi Malaysia sebagai peneraju penciptaan harta intelek dan destinasi pilihan dalam penyumberan luar untuk animasi dan permainan video di rantau Asia Tenggara. MATRADE telah menyelaras penyertaan lima (5) syarikat di dalam pameran ini secara hibrid di astaka Malaysia. MATRADE Tokyo telah menyertai TGS2021 secara fizikal mewakili syarikat Malaysia yang menyertai secara maya. Penyertaan secara fizikal ini merupakan pendekatan yang berkesan dalam mempromosi syarikat Malaysia dengan mengadakan sesi demo permainan video yang ditawarkan oleh syarikat Malaysia secara langsung kepada influencer dari sektor kandungan digital dan pelawat ke TGS 2021. Turut disediakan adalah platform persidangan video antara syarikat Malaysia dan pengimport produk permainan dan kandungan digital. Sebanyak 95 sesi padanan perniagaan secara atas talian telah dijalankan di antara syarikat Malaysia dengan syarikat ternama di Jepun. Penyertaan Malaysia di dalam pameran ini telah berjaya mewujudkan pelbagai peluang perniagaan dan kerjasama dengan syarikat Jepun termasuk dalam membangun serta mencipta permainan video dan kandungan digital baharu yang merangkumi seni dan watak, penciptaan grafik, migrasi platfom, perkhidmatan penyumberan luar, penterjemahan, peruncitan, eSport dan sebagainya. Tokyo Game Show LOKASI Chiba, Jepun TARIKH 30 Sep - 3 Okt 2021 NAMA PROGRAM SEMICON West merupakan pameran perdagangan antarabangsa utama bagi industri semikonduktor dan mikroelektronik global. Ia menggabungkan rantaian bekalan mikroelektronik secara keseluruhan merangkumi bahan, peralatan, reka bentuk, pembuatan, penyepaduan sistem serta solusi baharu seperti Flexible Hybrid Electronics (FHE), MEMS dan sensor dengan dihadiri pemain industri E&E dari seluruh dunia. Edisi ke51 SEMICON West dianjurkan secara hibrid dengan pameran fizikal berlangsung di San Francisco, California, Amerika Syarikat dari 7 - 9 Disember 2021. Pameran maya pula diadakan selama sebulan dari 7 Disember 2021 hingga 7 Januari 2022. Sebanyak 347 pempamer secara fizikal dari 22 negara dan 38 pempamer secara maya menyertai acara ini yang melibatkan 3,000 pelawat antarabangsa. Dalam hal ini, MATRADE berperanan menyelaraskan program penyertaan syarikat di astaka Malaysia bagi edisi ke-12 pada pameran berkenaan. Program ini merupakan usaha berterusan dalam mempromosi eksport produk dan perkhidmatan berkaitan semikonduktor dan industri E&E di pasaran Amerika Syarikat dan rantau sekitarnya. Penyertaan syarikat Malaysia telah dilaksanakan secara maya dan MATRADE Los Angeles mengambil bahagian secara fizikal melalui kaunter promosi yang menerima pelbagai pelawat seperti pakar industri, penyelidik, penganalisis industri dari seluruh rantaian bekalan mikroelektronik. Sebanyak empat (4) syarikat telah menyertai dan mempromosi produk dan perkhidmatan seperti automated optical inspection (AOI) equipment & solutions, vision & taping equipment, semiconductor inspection & handling equipment, packaging & assembly equipment dan semiconductor design services. Secara keseluruhannya, penyertaan Malaysia dalam pameran ini berjaya menarik 95 pelawat antarabangsa dan menerima 63 pertanyaan perdagangan mengenai pelbagai produk E&E termasuk pemasangan dan ujian semikonduktor penyumberan luar (OSAT), komponen papan litar bercetak (PCB), pemasang PCB, komponen E&E dan lain-lain. MATRADE juga mengaturkan sesi padanan perniagaan antara syarikat Malaysia dengan pengimport E&E terkemuka Amerika Syarikat bagi menyediakan peluang perkongsian pengetahuan dan mempromosikan keupayaan syarikat Malaysia. SEMICON WEST LOKASI San Francisco, Amerika Syarikat TARIKH 7 – 9 Dis 2021 NAMA PROGRAM Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 55 21/11/2022 11:49

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0