Laporan Tahunan 2021

Laporan Prestasi Perdagangan Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 47 PRESTASI SEKTOR PERKHIDMATAN Jumlah perdagangan bagi perkhidmatan Malaysia pada tahun 2021 naik sebanyak 0.5% kepada RM234.21 bilion berbanding tahun 2020. Walau bagaimanapun, eksport menguncup sebanyak 6.7% kepada RM86.74 bilion. Ini disebabkan oleh penurunan eksport terutamanya perjalanan (ê97.4%), perkhidmatan kewangan (ê5.1%) serta perkhidmatan perniagaan lain (ê0.7%). Sektor perkhidmatan telah terkesan oleh pandemik COVID-19, terutamanya sektor-sektor berkaitan pelancongan ekoran penutupan sempadan antarabangsa dalam usaha memerangi wabak ini. Komponen yang mencatatkan kenaikan dalam eksport adalah perkhidmatan pembuatan bagi input fizikal dimiliki pihak lain; pengangkutan; pembinaan; perkhidmatan telekomunikasi, komputer dan maklumat; perkhidmatan persendirian, kebudayaan dan rekreasi; perkhidmatan insurans dan pencen serta caj penggunaan harta intelek. Lima komponen eksport utama telah menyumbang 87.2% kepada jumlah eksport perkhidmatan. Komponen tersebut adalah perkhidmatan perniagaan lain dengan 31.2% syer, perkhidmatan pembuatan bagi input fizikal dimiliki pihak lain (17.8%), pengangkutan (17.8%), perkhidmatan telekomunikasi, komputer dan maklumat (15.9%) serta pembinaan (4.4%). Benua Asia merupakan pasaran rantau terbesar bagi eksport perkhidmatan, mewakili 48% syer diikuti oleh benua Amerika (31.3%) dan benua Eropah (18.6%). Ketiga-tiga pasaran ini menyumbang RM84.92 bilion kepada jumlah eksport perkhidmatan Malaysia. Singapura adalah pasaran eksport yang terbesar di benua Asia, mewakili 22.5% syer daripada jumlah eksport perkhidmatan Malaysia diikuti oleh Hong Kong SAR (6.4%), China (3.3%), Jepun (3.2%) dan !ailand (2.5%). Selain pasaran di benua Asia, pasaran utama bagi eksport perkhidmatan adalah AS, UK, Jerman, Belanda dan Australia, masingmasing dengan syer sebanyak 30.7%, 7.3%, 3.1%, 1.7% dan 1.3%. Import meningkat sebanyak 5.2% kepada RM147.47 bilion didorong oleh import yang lebih tinggi bagi pengangkutan; perkhidmatan perniagaan lain; perkhidmatan insurans dan pencen; perkhidmatan telekomunikasi, komputer dan maklumat serta caj penggunaan harta intelek. Ekoran daripada peningkatan import dan pengurangan eksport, defisit dagangan melebar kepada RM60.73 bilion berbanding RM47.16 bilion pada tahun 2020. PERKHIDMATAN PERNIAGAAN LAIN 31.2%* PERKHIDMATAN PEMBUATAN BAGI INPUT FIZIKAL DIMILIKI PIHAK LAIN 17.8% PENGANGKUTAN 17.8% PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI, KOMPUTER & MAKLUMAT 15.9% PEMBINAAN 4.4% KOMPONEN EKSPORT UTAMA * syer kepada jumlah eksport JUMLAH PERDAGANGAN RM234.21 bilion 0.5% EKSPORT RM86.74 bilion 6.7% IMPORT RM147.47 bilion 5.2% DEFISIT DAGANGAN RM60.73 bilion Matrade 2021 - BAB 2.indd 47 21/11/2022 11:42

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0