Laporan Tahunan 2021

Organisasi MATRADE Program Antarabangsa bersama MATRADE Jenama Anda di Arena Antarabangsa Penggalakan Eksport Membantu syarikat Malaysia menembusi pasaran antarabangsa melalui penyertaan dalam pameran perdagangan antarabangsa (ITF), misi akselerasi eksport (EAM), program penyumberan antarabangsa (INSP) dan misi perdagangan dan pelaburan (TIM). Sebagai agensi promosi perdagangan kebangsaan, MATRADE sering menjadi pusat rujukan bagi pertanyaan dan kunjungan dari pembeli asing serta memainkan peranan penting untuk menganjurkan program padanan perniagaan di antara mereka dengan syarikat Malaysia. Maklumat Perdagangan dan Pasaran MATRADE menyediakan risikan pasaran dan maklumat terkini seperti perubahan trend pasaran, jangkaan pelanggan, gangguan rantaian bekalan global dan halangan bukan tarif. Risikan pasaran ini diedarkan kepada pengeksport melalui pelbagai laporan dan kajian serta penerbitan perdagangan antarabangsa yang dapat diakses dengan mudah seperti Market Alert (MA), Product Market Study (PMS), Trade Leads, MATRADE Insight (MI) dan majalah Exclusive From Malaysia (EFM). Selain itu, MATRADE juga menyediakan akses dalam talian kepada bahan risikan komersial lain di Pusat Informasi Perniagaan (BIC). Khidmat Nasihat & Sokongan MATRADE menawarkan khidmat nasihat perdagangan dan sokongan yang diperlukan oleh syarikat Malaysia untuk meneroka pasaran luar negara. Antara maklumat yang diberi adalah berkaitan tatacara mengeksport serta informasi pasaran, produk dan perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi di luar negara. Khidmat nasihat perdagangan dan sokongan ini juga disediakan semasa program jangkauan seperti penyertaan kaunter informasi di persidangan dan pameran antarabangsa di Malaysia. Memudahkan akses ke pasaran luar negara melalui pelbagai program promosi perdagangan seperti ITF, EAM, INSP dan sesi padanan perniagaan. Mendigitalisasikan eksport bagi menggalakkan penggunaan platform eDagang untuk mengembangkan eksport negara melalui perdagangan dalam talian. Menyediakan risikan pasaran untuk syarikat Malaysia memantau dan menerokai pasaran eksport. Memperkasa pelan eksport negara sejajar dengan peranan MATRADE sebagai pemangkin untuk meningkatkan eksport negara. Membina kesediaan eksport untuk mempersiapkan syarikat Malaysia menerokai pasaran eksport melalui program pembangunan pengeksport. Meluaskan komuniti pengeksport dengan menawarkan khidmat nasihat perdagangan dan sokongan. Menyediakan sokongan khusus untuk mengukuhkan daya saing syarikat Malaysia dan meningkatkan aktiviti promosi eksport. Memperkasa jenama Malaysia melalui pelbagai inisiatif dan saluran supaya pengeksport boleh memanfaatkannya. Matlamat Kami Lapan (8) matlamat utama MATRADE sebagai agensi promosi perdagangan kebangsaan diringkaskan seperti berikut: 1 2 3 4 5 6 7 8

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0