Laporan Tahunan 2021

Laporan Prestasi Perdagangan Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 45 PRESTASI SEKTOR BARANGAN UTAMA Eksport barangan perkilangan pada tahun 2021 meningkat sebanyak 25.8% berbanding tahun 2020, melepasi aras RM1 trilion buat pertama kali dengan jumlah RM1.068 trilion. Ini merupakan jumlah tertinggi yang pernah direkodkan, mewakili 86.1% daripada jumlah eksport negara. Barangan E&E merupakan penyumbang terbesar kepada komposisi eksport dengan 36.7% syer atau RM455.95 bilion, naik sebanyak 18%. Peningkatan ini disumbangkan oleh permintaan yang kukuh bagi semikonduktor. Pasaran eksport utama bagi barangan E&E adalah Singapura (18.8% syer), AS (14.6%) dan Hong Kong SAR (14.4%). Keluaran petroleum merupakan penyumbang kedua terbesar dan merangkumi 7.8% daripada jumlah eksport. Eksport keluaran petroleum melonjak sebanyak 55.4% kepada RM96.21 bilion berbanding tahun 2020. Pasaran eksport utama bagi keluaran petroleum adalah Singapura dengan syer sebanyak 24%, Indonesia (14.6%) dan Australia (9.6%). Manakala, eksport kimia dan bahan kimia merupakan penyumbang ketiga terbesar (5.7% syer), mencatatkan peningkatan sebanyak 39.3% kepada RM70.68 bilion. Barangan perkilangan lain yang menyumbang kepada perkembangan eksport adalah: • Keluaran getah (é45.9% kepada RM64.61 bilion); • Barangan perkilangan logam (é67.1% kepada RM61.56 bilion); • Jentera, kelengkapan dan peralatan (é26.6% kepada RM49.92 bilion); • Barangan perkilangan berasaskan minyak sawit (é55.7% kepada RM32.70 bilion); dan • Barangan besi dan keluli (é24.9% kepada RM29.41 bilion). EKSPORT BARANGAN PERKILANGAN EKSPORT 25.8% RM1.068 trilion BARANGAN E&E 18% RM455.95 bilion BARANGAN EKSPORT UTAMA EKSPORT KELUARAN PERTANIAN Eksport keluaran pertanian merekodkan nilai tertinggi sebanyak RM98.09 bilion, berkembang sebanyak 36.8% berbanding tahun sebelumnya dan merangkumi 7.9% syer daripada jumlah eksport Malaysia. EKSPORT 36.8% RM98.09 bilion MINYAK SAWIT (PERTANIAN) 44.9% RM75.81 bilion BARANGAN EKSPORT UTAMA EKSPORT HASIL GALIAN Eksport hasil galian yang merangkumi 5.6% syer daripada jumlah eksport negara pulih sebanyak 19.4% kepada RM69.76 bilion berbanding tahun 2020, setelah mencatatkan penyusutan selama dua tahun berturutturut. EKSPORT 19.4% RM69.76 bilion LNG 27.9% RM38.19 bilion BARANGAN EKSPORT UTAMA Barangan eksport utama bagi keluaran pertanian adalah minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit yang meningkat 44.9% kepada RM75.81 bilion atau 6.1% syer, disusuli oleh getah asli (é39% kepada RM4.57 bilion, 0.4% syer) serta kayu gergaji dan kumai (é5% kepada RM3.27 bilion, 0.3% syer). Pasaran utama eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit adalah India dengan syer sebanyak 20.9%, diikuti oleh China (10.8%) dan Belanda (9.7%). Barangan eksport utama bagi hasil galian adalah LNG yang mencatatkan peningkatan sebanyak 27.9% kepada RM38.19 bilion atau 3.1% syer, diikuti oleh petroleum mentah (ê2.5% kepada RM18.37 bilion, 1.5% syer) serta bijih logam dan serpihan logam (é32% kepada RM7.87 bilion, 0.6% syer). Jepun merupakan pasaran eksport LNG yang terbesar bagi Malaysia, mewakili 43% syer disusuli oleh China (33.9%) dan ROK (16.1%). Matrade 2021 - BAB 2.indd 45 21/11/2022 11:42

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0