Laporan Tahunan 2021

122 INTEGRITI, AUDIT DALAMAN DAN PEMATUHAN UNDANG-UNDANG Program pengukuhan integriti yang dilaksanakan pada tahun 2021 adalah: • Ceramah Kesedaran Gangguan Seksual di Tempat Kerja • Taklimat Kesalahan Rasuah dan Salah Guna Kuasa • Ceramah “Kenapa Saya?” Nilai-Nilai dan Tanggungjawab Penjawat Awam • Taklimat Pengenalan berkenaan Tatakelakuan Berdasarkan Akta 605 • Sesi Pertama “Sembang Santai bersama Integriti: Apa Itu OACP MATRADE?” (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) • Sesi Kedua “Sembang Santai bersama Integriti: Apa Itu OACP MATRADE?” (Kumpulan Pelaksana) • 24 Integrity Alert • Pekeliling2u • Pelaksanaan Naziran Integriti: Proses Pemantauan Laporan Kedatangan Pejabat Perdagangan MATRADE Luar Negara INTEGRITI MATRADE telah menubuhkan Unit Integriti bagi memastikan warga kerjanya mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri moral dan etika yang kukuh serta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini akan dapat mengelak berlakunya salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi. Unit Integriti bertanggungjawab melaksanakan enam (6) fungsi teras iaitu tadbir urus, pengukuhan integriti, pengesanan dan pengesahan, pengurusan aduan, pemantauan dan tatatertib. Pelan Antirasuah MATRADE atau OACP MATRADE 2021 - 2025 telah dilancarkan pada 3 Ogos 2021. Sebanyak 90 inisiatif telah dirangka dan sedang dalam pelaksanaan. OACP MATRADE 2021 - 2025 merangkumi lima (5) bidang keutamaan iaitu pentadbiran, tadbir urus, sumber manusia, perolehan dan kewangan serta undang-undang. AUDIT DALAMAN DAN PENGURUSAN RISIKO Kedudukan ini menggambarkan kebebasan UAD dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan. Aktiviti audit yang dilaksanakan secara terancang atau mengejut setiap tahun meliputi audit pengurusan kewangan, prestasi kerja dan susulan berdasarkan giliran atau pusingan yang telah ditentukan iaitu meliputi ibu pejabat, pejabat luar negeri dan pejabat wilayah. Semua rancangan dan penemuan audit dibentangkan untuk pengesahan oleh Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko (JKAPR) MATRADE. JKAPR bertanggungjawab untuk menyemak dan mengkaji keutuhan sistem kawalan dalaman dan pengurusan organisasi, mengkaji rancangan audit dan memastikan pengauditan dapat dilaksanakan dengan bebas dan tanpa sekatan. Keahlian JKAPR terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah seperti berikut: Pengerusi • YBhg. Dato’ Mohammad Medan Abdullah Ahli-ahli • YBhg. Dato’ Mahmud Abbas (1 November 2020-28 Oktober 2021) • YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed • YBrs. Pn. Rina Neoh Siew Lian Fungsi utama Unit Audit Dalam (UAD) pada Ogos 2003 untuk meningkatkan pengurusan kewangan, tadbir urus dan prestasi program agensi melalui pemerhatian dan penemuan audit. UAD juga berperanan untuk memberi nasihat dan pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT. UAD merupakan entiti bebas yang bertanggungjawab terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif dalam melaporkan hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan. Pada tahun 2021, perancangan program audit telah dibuat meliputi Pengauditan Pengurusan Kewangan, Pengauditan Prestasi, Pengauditan Perolehan, Pengauditan Mengejut dan Audit Kendiri. Sebanyak 17 pengauditan telah dilaksanakan seperti berikut: i. Pengauditan Pengurusan Kewangan: • Pengurusan Aset MATRADE • Pengauditan ke atas tujuh (7) Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE iaitu Yangon, Bangkok, Melbourne, Seoul, Tokyo, Taipei dan Hong Kong • Pengauditan ke atas lima (5) Pejabat Cawangan Wilayah Utara, Timur, Selatan, Sabah dan Sarawak ii. Pengauditan Prestasi • Pelaksanaan Pengurusan Dana Geran • Pembangunan Pasaran iii. Pengauditan Perolehan • Pengurusan Perolehan Kerja Secara Belian Terus dan Sebut Harga iv. Pengauditan Mengejut • Pengurusan Peti Besi di Ibu Pejabat MATRADE v. Audit Kendiri • Audit Penilaian Kendiri Tahun 2020 Laporan Tahunan 2021 Matrade 2021 - BAB 4 zrq.indd 122 21/11/2022 11:52

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0