Laporan Tahunan 2021

Laporan Prestasi Perdagangan Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 43 Jumlah perdagangan Malaysia dengan benua Afrika meningkat 47.4% kepada RM46.20 bilion pada 2021 berbanding tahun 2020. Rakan dagang terbesar di benua Afrika adalah Afrika Selatan, Nigeria, Kenya, Ghana dan Cote d’Ivoire. Negara-negara ini mewakili 51.7% daripada jumlah perdagangan dengan benua Afrika. RAKAN DAGANG UTAMA Afrika Selatan Cote d’Ivoire Nigeria Kenya Ghana 11.7%* 11.4% 10.4% 9.3% 9% JUMLAH PERDAGANGAN RM46.20 bilion 47.4% EKSPORT RM30.40 bilion 54.6% BARANGAN EKSPORT UTAMA IMPORT RM15.80 bilion 35.3% MINYAK SAWIT (PERTANIAN) KELUARAN PETROLEUM BARANGAN MAKANAN DIPROSES *syer kepada jumlah perdagangan ke rantau ini BENUA AFRIKA Pasaran eksport terbesar di benua Afrika adalah Kenya yang mewakili 15.4% syer ke benua ini, diikuti oleh Nigeria (12.4%) dan Afrika Selatan (11.3%). Eksport ke benua Afrika melonjak 54.6% kepada RM30.40 bilion berbanding tahun sebelumnya berikutan kenaikan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, keluaran petroleum dan keluaran getah. Barangan eksport utama adalah minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, yang merangkumi 44.6% syer daripada jumlah eksport ke rantau ini, diikuti oleh keluaran petroleum (19.8%) dan barangan makanan diproses (5.2%). Import dari benua Afrika berkembang 35.3% kepada RM15.80 bilion. Barangan import utama adalah petroleum mentah, bijih logam dan serpihan logam serta getah asli. Eksport ke Kenya melonjak 107% kepada RM4.67 bilion disebabkan oleh kenaikan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, barangan perkilangan berasaskan minyak sawit dan keluaran petroleum. Barangan eksport utama adalah minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit (75.9% syer), keluaran petroleum (10.2%) dan barangan perkilangan berasaskan minyak sawit (4.4%). Walau bagaimanapun, import dari Kenya menurun sebanyak 66.5% kepada RM120.4 juta. Barangan import utama adalah bijih logam dan serpihan logam, barangan makanan diproses dan barangan perkilangan logam. Eksport ke Nigeria meningkat 40.3% kepada RM3.77 bilion disebabkan oleh kenaikan eksport keluaran petroleum, minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit serta jentera, kelengkapan dan peralatan. Barangan eksport utama adalah keluaran petroleum (33.5% syer), minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit (32.8%) serta jentera, kelengkapan dan peralatan (7.5%). Import dari Nigeria melonjak sebanyak 75.4% kepada RM1.51 bilion. Barangan import utama adalah bijih logam dan serpihan logam, LNG serta petroleum kondensat dan minyak petroleum lain. Matrade 2021 - BAB 2.indd 43 21/11/2022 11:42

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0