Laporan Tahunan 2021

Pengurusan, Integriti, Audit Dalam dan Perancangan Strategik 119 Sejajar dengan visi dan misi MATRADE serta aspirasi untuk mencapai organisasi yang Gemilang, Terbilang dan warganya yang Cemerlang, pembangunan sumber manusia dilaksanakan melalui inisiatif pembangunan bakat berpandukan kepada analisis keperluan latihan dan pengurusan penilaian prestasi yang menggabungkan teras-teras nilai MATRADE iaitu Global, Respect, Agile, Creative dan Ethical (G.R.A.C.E). Pada tahun 2021, pembangunan sumber manusia telah memperuntukkan sejumlah RM490,000 untuk mewujudkan tenaga kerja yang cekap dan berprestasi tinggi supaya penyampaian perkhidmatan lebih efektif dan efisien kepada semua pemegang taruh. Sejumlah 78 program pembangunan bakat yang dianjurkan sepanjang tahun ini sama ada secara maya atau bersemuka, yang merangkumi program penambahbaikan kemahiran teknikal berkaitan kerja serta kemahiran am bagi meningkatkan kebolehupayaan warga kerja. Di samping itu, beberapa program kerohanian juga dianjurkan bagi menguatkan sahsiah dan jati diri warga kerja. Pada tahun 2021 juga MATRADE telah berjaya mencapai kecemerlangan 100% bagi petunjuk prestasi utama Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Sistem penilaian G.R.A.C.E yang merupakan sebahagian daripada penilaian prestasi pegawai MATRADE telah dilaksanakan secara dalam talian sejak 2019 dan sistem ini dapat membantu pengurusan penilaian prestasi menjadi lebih efektif dan efisien. Sistem penilaian G.R.A.C.E akan diintegrasikan dengan Sistem Pengurusan Bakat yang kini sedang dibangunkan di bawah projek Digital MATRADE 3 (DM3). Sistem ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2022. Buat julung kalinya juga, Biasiswa Pengajian MATRADE (BPM) diperkenalkan pada tahun 2021 khusus untuk membuka peluang kepada pegawai MATRADE yang berkelayakan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana atau peringkat Doktor Falsafah (PhD). Langkah ini selaras dengan inisiatif membangunkan kompetensi KOMPETENSI DAN PEMBANGUNAN BAKAT Pada tahun 2021 juga, pihak pengurusan MATRADE bersetuju melaksanakan program Change Management yang bertujuan: 1. Memupuk dan meningkatkan semangat kebersamaan (togetherness), kepercayaan (trust) dan sinergi dalam kalangan pegawai MATRADE 2. Membangkitkan tenaga atau daya kekuatan dengan bekerjasama dalam hubungan kerja berpasukan yang strategik 3. Memastikan komitmen pegawai MATRADE ke arah pembentukan organisasi berprestasi tinggi yang menitikberatkan Sikap (Attitude) yang positif, Nilai (Values) yang baik dan Budaya Kerja (Culture) yang kondusif demi mencapai organisasi yang Gemilang, Terbilang dan warganya yang Cemerlang 4. Menyemai dan mengukuhkan tingkah laku kepimpinan yang tinggi dan cemerlang untuk memacu dan memotivasikan prestasi ahli pasukan 5. Memupuk sumbang saran (brainstorming) yang positif dan sikap kerjasama dalam kalangan pegawai MATRADE dengan menggalakkan minda yang positif serta kesediaan untuk berubah Program ini adalah hasil kesinambungan daripada Senior Management Retreat (Strategic Leadership Synergy) yang telah dihadiri oleh Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Pengurusan Kanan pada bulan Mac 2021. Program Change Management ini mempunyai tiga komponen iaitu: 1. Pre-Employees Engagement Survey (Pre-EES) yang merupakan satu tinjauan secara dalam talian untuk menganalisis maklum balas bagi mengenal pasti penambahbaikan yang diperlukan dan merancang strategi peningkatan tahap komitmen serta keberkesanan tenaga kerja 2. Sesi latihan secara fizikal melibatkan lapan (8) sesi berasingan di mana sesi pertama telah dijalankan pada 9 hingga 11 Disember 2021 dan program ini akan diteruskan pada tahun 2022 3. Post-Employees Engagement Survey (Post-EES) yang akan dilaksanakan pada penghujung sesi terakhir bagi mendapatkan semula maklum balas impak program dan pengaplikasiannya dalam kerja harian MATRADE amat prihatin dan mengutamakan pencapaian aspirasi berasaskan Attitude, Values dan Culture (AVC) dalam menuju ke arah organisasi yang Gemilang, Terbilang dan warganya yang Cemerlang (GTC). Justeru, program latihan pada tahun 2021 telah dilaksanakan secara inklusif dan menjurus kepada kesinambungan berterusan pada masa yang akan datang. pegawai agar lebih berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta memiliki perilaku yang baik berlandaskan strategi pembangunan sumber manusia yang efektif dan efisien PENGANJURAN KURSUS PADA TAHUN 2021 Kursus Anjuran Pihak Awam 22 Kursus Anjuran Pihak Swasta 12 Aktiviti AKRAB 1 Kursus Dalaman 65 (%) Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik Matrade 2021 - BAB 4 zrq.indd 119 21/11/2022 11:52

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0