Laporan Tahunan 2021

Matlamat Teras MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 63 EAM sempena High Point Market 2021 LOKASI North Carolina, Amerika Syarikat TARIKH 16 – 21 Okt 2021 NAMA PROGRAM SEKTOR GAYA HIDUP & SAINS HAYAT (PERALATAN PERUBATAN & FARMASEUTIKAL) Perabot berasaskan kayu buatan Malaysia yang berkualiti dengan rekaan moden mendapat permintaan tinggi dari Amerika Syarikat yang melihatkan Malaysia sebagai pembekal utama yang mempunyai keupayaan pengeluaran berskala besar dengan kos yang berdaya saing. Peluang yang tersedia susulan konflik geopolitik berjaya diraih oleh pemain industri untuk meningkatkan eksport perabot ke pasaran Amerika Syarikat sejak tahun 2019. MATRADE menyelaras penyertaan 10 syarikat Malaysia dalam EAM secara hibrid bersempena pameran High Point Market edisi musim luruh tahun 2021. Sebanyak lima (5) syarikat dipilih bagi mempamerkan sampel perabot secara fizikal di Malaysia Furniture Gallery bertempat di Pavilion Global Sourcing itu di pameran High Point Market, yang merupakan pameran industri perabot terbesar di dunia. Dianggarkan lebih 75,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa terdiri daripada pengimport dan pengedar menghadiri pameran ini yang diadakan dua (2) kali setahun. Hebahan profil syarikat Malaysia boleh diakses di ePavilion Malaysia (www. malaysianfurniture2021.com). Perkhidmatan Market Linker telah dimanfaatkan sepenuhnya dengan 10 pembeli dari Amerika Syarikat termasuk Rooms To Go iaitu peruncit utama menunjukkan minat mengimport perabot bilik tidur, perabot ruang makan, perabot kayu solid dan perabot sedia untuk dipasang dari Malaysia. Usaha mempromosi eksport perabot Malaysia dipergiatkan dengan kerjasama American Furniture Connections yang mempunyai hubungan perniagaan dan rangkaian industri perabot di seluruh Amerika Syarikat. MATRADE turut bekerjasama dengan Furniture Today, majalah nombor satu industri perabot Amerika Syarikat dengan capaian 185,000 pembaca setiap bulan untuk memperkenalkan rekaan terkini perabot berkualiti tinggi keluaran Malaysia. Portal Furniture Today juga menayangkan video promosi berdurasi 15 minit mengenai industri dan eksport perabot Malaysia dengan disokong kempen eMailing yang menyasarkan 650 syarikat perabot utama di Amerika Syarikat. Di samping itu, satu (1) webinar berjaya dianjurkan melibatkan kehadiran hampir 200 peserta. Susulan itu, empat (4) sesi padanan perniagaan diaturkan di antara pembeli berpotensi dengan pengeksport Malaysia bagi perabot pejabat dan perabot bilik tidur. Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 63 21/11/2022 11:49

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0