Laporan Tahunan 2021

Pengurusan, Integriti, Audit Dalam dan Perancangan Strategik 127 S.A.V.E NILAI KELESTARIAN UNTUK PENGEKSPORT Dalam tahun 2021, kelestarian terus menjadi agenda utama di serata dunia terutamanya dalam kalangan pengeksport kerana negara-negara lain telah mulai memberi penekanan ke atas perkara itu lantaran ia memberi impak kepada rantaian bekalan global. MATRADE merupakan agensi kerajaan pertama yang menerapkan program kesedaran untuk menggalakkan pengeksport Malaysia menerapkan nilai kelestarian di dalam perniagaan. Program yang dikenali sebagai Nilai Kelestarian Untuk Pengeksport (S.A.V.E) telah dirangka agar ia boleh diamalkan oleh pemegang taruh dalaman dan luaran. S.A.V.E merupakan penzahiran kepimpinan MATRADE untuk mendesak penerapan kelestarian sejajar dengan agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membuka peluang kepada syarikat yang menerapkan amalan kelestarian di dalam perniagaan mereka. Penerapan nilai dan amalan kelestarian perlu dilaksanakan dalam kalangan pengeksport Malaysia agar produk dan perkhidmatan mereka selari dengan objektif SDG untuk kekal relevan di dalam rantaian bekalan global. Program S.A.V.E yang sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 akan diterapkan secara berperingkat. Ia memberi fokus terhadap inisiatif pembinaan kapasiti untuk meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian perniagaan dalam kalangan pengeksport. MATRADE telah menganjurkan beberapa siri webinar S.A.V.E kepada pengeksport sepanjang tahun 2021. Webinar tersebut bertujuan untuk membantu syarikat memahami konsep kelestarian dalam konteks pasaran global, merancang dan melaksanakan rancangan kelestarian serta meningkatkan keupayaan PKS dari aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar. MATRADE turut menganjurkan sesi panel kelestarian sempena eNational Export Day 2021 dengan tajuk “Can Sustainability Ensure Survivability and Future Proof Your Export Agenda?” pada 14 Julai 2021 yang telah dihadiri lebih 800 peserta. MATRADE juga membantu PKS memulakan inisiatif kelestarian melalui program CIMB GreenBizReady dengan dana berjumlah RM250 juta. GreenBizReady akan memberikan PKS kelebihan daya saing dengan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kaedah yang praktikal untuk menerapkan pertimbangan ekonomi, alam sekitar dan sosial (EES) dalam perniagaan mereka bagi menjamin kemampanan perniagaan untuk jangka masa panjang. Inisiatif ini merupakan kolaborasi antara CIMB, MATRADE, MIDA, SIRIM, Malaysian Green Technology and Climate Change Center (MGTC), TNBX Sdn Bhd, Impacto Sdn Bhd, Private Financing Advisory Network (PFAN), OpenSys Technologies Sdn Bhd, Aerodyne Group, Mentari Alam EKO (M) Sdn Bhd, Sols Energy Sdn Bhd dan Revotech Electrical Sdn Bhd. Bagi memastikan PKS memenuhi piawaian kelestarian antarabangsa, MATRADE menjalinkan kerjasama bersama SIRIM dan CIMB Group dengan menganjurkan empat (4) program webinar berkaitan kelestarian sepanjang tahun 2021. Langkah ini bagi meningkatkan kefahaman PKS tentang keperluan kelestarian dan mengamalkannya bagi memenuhi kehendak pasaran eksport. Kelestarian eksport termasuklah produk dan perkhidmatan yang dibekalkan perlu bersifat mesra alam, bebas daripada bahan mencemarkan serta memenuhi piawaian dan mendapat pensijilan hijau. MATRADE juga bekerjasama dengan rakan-rakan strategik di mana satu (1) Perjanjian Kerjasama (MoC) telah dimeterai bersama MGTC dan CIMB Islamic Bank Berhad. Kerjasama ini bertujuan untuk membantu pengeksport PKS sektor hijau Malaysia mengenal pasti, memupuk dan mempromosikan produk dan perkhidmatan ke pasaran antarabangsa, kekal berdaya saing dalam pasaran melalui transformasi digital dan menerima pembiayaan menyeluruh bagi menembusi pasaran eksport. Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik Matrade 2021 - BAB 4 zrq.indd 127 21/11/2022 11:52

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0