Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 78 SEKTOR HALAL, MAKANAN & MINUMAN DAN AGRO Sebanyak 61 sesi eBizMatch berjaya diatur bagi sektor sains hayat dan 64 bagi sektor gaya hidup. Permintaan global bagi peranti perubatan dan produk farmaseutikal terus meningkat bagi memenuhi keperluan perkhidmatan penjagaan kesihatan awam dalam menangani peningkatan penularan kes varian baharu Omicron. Sarung tangan getah merupakan produk yang mendapat permintaan tinggi khususnya sarung tangan pemeriksaan dan sarung tangan pembedahan. Seramai 55 bakal pembeli terutamanya dari Arab Saudi, Mexico, Rusia, India dan Itali telah menyertai sesi padanan perniagaan. Dalam usaha mengekang penularan wabak, kit ujian kendiri (RTK) bagi pengesanan virus COVID-19 juga mendapat permintaan yang amat menggalakkan. Syarikat pengilang tempatan merupakan antara perintis pengeluaran RTK telah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA) untuk membekalkannya di pasaran domestik dan antarabangsa. Dalam meraih peluang eksport yang tersedia di pasaran global, MATRADE menerusi pejabat perdagangan di luar negara memainkan peranan menghubungkan syarikat pengeksport dengan pembeli berpotensi. Sebanyak 15 padanan perniagaan berjaya diatur dengan pembeli dari Arab Saudi, Indonesia, UAE, Myanmar, Rusia, United Kingdom dan Mauritus. Bagi sektor gaya hidup, produk yang mendapat sambutan menggalakkan adalah perabot, produk penjagaan diri dan peralatan pembersihan. Sebanyak 61 syarikat tempatan telah dipadankan dengan 44 pembeli berpotensi dari Brazil, Mexico, Turki, Taiwan dan United Kingdom. Sejumlah 213 sesi eBizmatch telah berjaya dilaksanakan di antara 162 pengimport dan pengedar luar negara dengan 193 pengeksport produk makanan, minuman dan agro Malaysia. Antara barangan dan perkhidmatan yang mendapat permintaan adalah produk berasaskan kelapa sawit, minyak masak, konfeksi, biskut, sos dan pes, produk berasaskan kelapa, perencah makanan dan perisa, makanan sedia dimakan serta perkhidmatan pembungkusan makanan. Sebahagian besar pengimport dan pengedar yang dibantu adalah dari rantau Asia Tenggara, Asia Timur, Asia Barat, Eropah dan Amerika. SEKTOR GAYA HIDUP & SAINS HAYAT (PERALATAN PERUBATAN & FARMASEUTIKAL) 213 sesi padanan perniagaan 125 sesi padanan perniagaan Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 78 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0