Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 106 DANA EKSPORT PERKHIDMATAN Dana Eksport Perkhidmatan (SEF) merupakan bantuan kewangan dalam bentuk geran pembayaran semula perbelanjaan kepada Syarikat Penyedia Perkhidmatan Malaysia (MSPs), Persatuan Perdagangan & Industri, Dewan Perniagaan, Badan-badan Profesional, Government-Linked Investment Companies (GLICs), Government-Linked Companies (GLCs) dan Koperasi yang berkelayakan bagi tempoh 2021 – 2025, bagi membantu meringankan beban untuk mengembangkan eksport dan menjalankan aktiviti-aktiviti penerokaan ke pasaran luar negara. Kelayakan siling bagi setiap syarikat yang memohon geran dan pinjaman mudah adalah berjumlah RM4.3 juta. Kemudahan SEF bertujuan untuk meningkatkan daya saing, kebolehcapaian dan memperluas peluang eksport ke pasaran global, serta menjenamakan dan meningkatkan profil Malaysia di peringkat antarabangsa sebagai penyedia perkhidmatan yang kompeten. Sepanjang tahun 2021, sebanyak 79 sesi jangkauan yang terdiri daripada aktiviti seperti penyertaan dalam seminar/webinar/ taklimat dan konsultansi kepada syarikat dan pihak industri telah dilaksanakan untuk mempromosikan SEF. Sejumlah 58 organisasi telah dibantu dengan geran sebanyak RM2.22 juta. Sementara itu, jumlah eksport yang dijana dari pemberian SEF pada tahun 2021 ialah RM204 juta. Antara projek signifikan yang telah diluluskan di bawah SEF ialah kajian kemungkinan bagi pelbagai projek, iaitu: • Projek Kemudahan Loji Rawatan Air di Kabupaten Karawang, Indonesia; dan • Projek Penyediaan Perkhidmatan Menukar Sisa Plastik kepada Kuasa Elektrik di Wilayah Chaiyaphum, !ailand. Sementara itu, pasaran baharu yang ditembusi pada tahun 2021 adalah Tanzania, Maldives, Somalia, Republik Guinea, Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Poland. Antara sektor yang diterokai adalah seperti berikut: • Informasi, telekomunikasi dan teknologi; • Kandungan kreatif dan hiburan; • Perkhidmatan perniagaan; • Kejuruteraan; dan • Pembinaan. Bagi perancangan masa hadapan, MATRADE akan terus menggalakkan penerokaan pasaran antarabangsa dengan memanfaatkan sepenuhnya pemberian geran yang diberikan oleh kerajaan untuk meningkatkan daya saing sektor perkhidmatan. Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 106 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0