Laporan Tahunan 2021

Matlamat Teras MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 91 MI merupakan artikel perdagangan yang telah ditambah baik oleh ibu pejabat MATRADE berdasarkan maklumat yang terdapat pada MA dan PMS. MI menyalurkan maklumat mengenai peluang eksport, pembangunan pasaran berkaitan perubahan peraturan atau perundangan serta rejim import contohnya halangan bukan tarif. Pada 2021, MATRADE telah menghasilkan sebanyak 336 artikel MI yang merangkumi 20 sub-sektor. Ianya telah disalurkan kepada persatuan perdagangan dan agensi berkaitan untuk disebarkan kepada pihak berkepentingan dan pelanggan mereka. MI ini juga telah dimasukkan dalam terbitan bertajuk Master Builders Journal dan Buletin ACCCIM. Menerusi MI, MATRADE telah menerima sebilangan besar pertanyaan perdagangan yang kemudiannya disalurkan ke pejabat MATRADE di luar negara untuk tindakan selanjutnya. Melihat kepada kejayaan penerbitan majalah Exclusive from Malaysia (EFM) pada tahun 2019, MATRADE meneruskan penerbitan EFM bagi tahun 2021. eMajalah ini dengan cogan kata Advancing Beyond Boundaries mempamerkan syarikat Malaysia yang menawarkan produk dan perkhidmatan yang inovatif dan unik. Penerbitan ini menyasarkan lebih 20,000 komuniti perniagaan antarabangsa dan diedarkan melalui Electronic Direct Mail (EDM) kepada pengimport dan pejabat MATRADE di seluruh dunia. Sebanyak empat (4) isu telah diterbitkan dengan tema produk & perkhidmatan halal, produk penjagaan peribadi, digitalisasi & ICT serta kelestarian. EFM ini boleh dicapai di https://www.matrade. gov.my/en/exclusive-from-malaysia. Penerbitan Penerbitan merupakan medium untuk menyampaikan maklumat perdagangan kepada pihak berkepentingan. Justeru, MATRADE menerbitkan MATRADE Insight (MI) untuk menyalurkan maklumat risikan pasaran kepada komuniti eksport Malaysia. Malaysia Your Business Partner (MYBP) Bagi meneruskan kesinambungan penerbitan MYBP yang bermula pada tahun 2009, MATRADE telah menerbitkan edisi ke-3 pada 2021. Ianya memfokuskan kekuatan sektor utama eksport Malaysia yang diterima pakai pada peringkat global serta memenuhi standard antarabangsa. MYBP merupakan bahan rujukan yang sesuai bagi komuniti perdagangan antarabangsa untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kebolehan pengeksport Malaysia dalam pelbagai sektor. MATRADE links.. Mulai Januari 2021, MATRADE berjaya menerbitkan MATRADE links.., sebuah e-akhbar yang dikeluarkan secara dua kali sebulan bertujuan untuk memberi maklumat relevan kepada pihak berkepentingan mengenai trend dan perkembangan semasa industri dan pasaran antarabangsa, maklumat perdagangan terkini serta pelbagai aktiviti dan pencapaian MATRADE. MATRADE juga menerbitkan brosiur, antaranya Upcoming Events bagi program MATRADE di dalam dan luar negara. Selain itu, brosiur International Trade Fair (ITF) yang dianjurkan di Malaysia juga turut diterbitkan. Brosiur ini merupakan kalendar perniagaan tahunan menyeluruh bagi ITF utama di Malaysia dan bertujuan untuk mempromosi industri MICE (Mesyuarat, Insentif, Konvensyen & Pameran) di Malaysia. Selain itu, pelbagai program bantuan bertujuan untuk menyokong promosi perdagangan dan pembangunan pengeksport telah dilaksanakan iaitu penyediaan e-flyers, web banners dan lain-lain. Scan dan layari Penerbitan digital MATRADE Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 91 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0