Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 36 RAKAN DAGANG UTAMA Perdagangan dengan Asia Tengah telah mencatatkan penyusutan sebanyak 2.8% kepada RM707.4 juta pada 2021 berbanding tahun lepas. Rakan dagang utama di rantau ini adalah Kazakhstan, Uzbekistan dan Tajikistan. Secara kolektif, negara-negara ini merangkumi 94.2% syer daripada jumlah perdagangan dengan rantau ini. Walau bagaimanapun, eksport ke rantau ini merosot sebanyak 6.9% kepada RM628.8 juta berikutan penurunan eksport barangan E&E, minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit serta barangan makanan diproses. Barangan E&E merupakan barangan eksport utama yang merangkumi 24.1% syer daripada jumlah eksport ke rantau ini, diikuti oleh minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit (16.2%) serta barangan perkilangan berasaskan minyak sawit (12.1%). Kazakhstan Uzbekistan Tajikistan 4.5% 57.6%* 32.1% *syer kepada jumlah perdagangan ke rantau ini JUMLAH PERDAGANGAN RM707.4 juta 2.8% EKSPORT RM628.8 juta 6.9% BARANGAN EKSPORT UTAMA IMPORT RM78.5 juta 49.2% ASIA TENGAH BARANGAN E&E MINYAK SAWIT (PERTANIAN) MINYAK SAWIT (PERKILANGAN) Kazakhstan merupakan pasaran eksport terbesar bagi pasaran Asia Tengah, mewakili 57.7% syer daripada jumlah eksport ke rantau ini. Walau bagaimanapun, eksport ke Kazakhstan menurun 16.3% kepada RM363 juta, berikutan pengurangan eksport barangan E&E, barangan makanan diproses serta minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit. Barangan eksport utama ke Kazakhstan adalah barangan E&E (36.4% syer), keluaran getah (13%) dan barangan perkilangan berasaskan minyak sawit (12%). Import dari Kazakhstan melonjak sebanyak 168% kepada RM44.5 juta. Barangan import utama adalah barangan perkilangan logam, kelengkapan pengangkutan serta kimia dan bahan kimia. Import dari Asia Tengah berkembang 49.2% kepada RM78.5 juta. Barangan import utama adalah barangan perkilangan logam, kimia dan bahan kimia serta barangan minuman dan tembakau. Matrade 2021 - BAB 2.indd 36 21/11/2022 11:39

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0