Laporan Tahunan 2021

Matlamat Teras MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 87 Program eTRADE 2.0 bertujuan untuk terus membantu PMKS Malaysia mempromosikan produk dan perkhidmatan ke pasaran global menerusi penyenaraian di platform eDagang antarabangsa selain menjalankan aktiviti pemasaran digital dan menyertai latihan bagi memperkasakan keberadaan dalam talian. Terdapat dua (2) skim boleh dinikmati daripada program ini iaitu Skim Onboarding dan Skim Digital Marketing & Training (DMT). Di bawah Skim Onboarding, syarikat boleh menerima bantuan sebanyak RM5,000 bagi tujuan penyenaraian di dalam platform eDagang antarabangsa manakala di bawah Skim DMT, syarikat boleh menerima sehingga RM20,000 bagi tujuan pemasaran digital dan latihan berkaitan eDagang untuk tujuan eksport. Melalui risikan pasaran, MATRADE mendapati para pengimport dari rakan dagang utama negara semakin banyak menggunakan eDagang sebagai medium urus niaga mereka. Justeru, MATRADE mengambil beberapa langkah bagi memperkukuhkan program eDagang sebagai tindak balas kepada keperluan penggunaan eDagang dalam bidang perniagaan khususnya eksport. Sebanyak 39 program kesedaran dan aktiviti jangkauan telah diadakan menerusi webinar yang melibatkan sesi taklimat bersama platform eDagang dan eTRADE Consultation Day. Program ini telah disertai oleh 2,100 syarikat dan 6,664 peserta. Sebanyak 280 permohonan diterima bagi Program eTRADE 2.0 bagi tahun 2021 dan sebanyak 108 permohonan berjaya diluluskan. Sektor produk utama syarikat yang terlibat di dalam program ini adalah makanan dan minuman, farmaseutikal, kosmetik dan penjagaan diri serta barangan rumah. PROGRAM eTRADE PROGRAM eTRADE syarikat menyertai program 2,100 program kesedaran dan aktiviti 39 peserta program 6,664 Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 87 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0