Laporan Tahunan 2021

Pengurusan, Integriti, Audit Dalam dan Perancangan Strategik 117 AKRAB Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) merupakan pegawai yang dilantik untuk melaksanakan tanggungjawab digariskan di dalam Program Pengupayaan Kendiri, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 iaitu Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia di bawah program pembimbing rakan sekerja. Pelaksanaan AKRAB adalah berkonsepkan “rakan membantu rakan” dengan memupuk semangat berpasukan, keakraban, keharmonian dan saling menghormati potensi masing-masing. Pada tahun 2021, AKRAB mempunyai seramai 25 orang ahli dari pelbagai peringkat pegawai dan kakitangan termasuk lapan (8) ahli baharu yang telah menghadiri Program Pra-AKRAB. Dalam situasi pandemik, lima (5) sesi AKRAB Talk telah dilaksanakan secara maya dengan memberi tumpuan kepada isu berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan dan Bekerja Dari Rumah termasuk tekanan dan pengurusan masa. Selain sesi bimbingan, AKRAB turut melaksanakan program bagi membantu rakan sekerja mendapatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, tingkah laku, perhubungan, kreativiti dan nilai kepada diri. Secara tidak langsung, program ini membantu warga MATRADE meningkatkan potensi diri. Selain itu, AKRAB turut bekerjasama dengan AKRAB Persada MITI dan Unit Pengurusan Psikologi MITI dalam melaksanakan program ceramah, pertandingan, kuiz dan hebahan poster motivasi kepada warga MATRADE. oleh Ahli Lembaga Pengarah MATRADE, YBhg. Dato’ Hazimah Zainuddin dan turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah yang lain iaitu YBhg. Datuk Kamal Khalid dan YBhg. Dato’ Sri Dr. Irmohizam Ibrahim JP. Club Lounge ini bertujuan untuk menyediakan satu ruang rekreasi dan sosial yang selesa bagi kemudahan semua warga MATRADE. Penularan wabak COVID-19 yang berterusan pada tahun 2021 tidak menjadi penghalang kepada kelab untuk terus menganjurkan aktiviti rekreasi dan sosial pada tahap optimum. Sikap keprihatinan dalam kalangan warga MATRADE telah menginspirasikan kelab untuk menubuhkan Tabung Bantuan COVID-19 pada bulan Julai 2021. Penubuhan tabung ini merupakan inisiatif pengumpulan sumbangan daripada warga MATRADE kepada rakan-rakan yang telah terkesan akibat wabak ini. Selaras dengan penerapan sikap kebersamaan, Kelab MATRADE turut menyokong Kelab MITI dalam menjayakan Program Misi Bantuan Bencana Alam anjuran MITI melalui penglibatan dalam Misi Bencana Banjir di Johor pada Januari 2021 dan Misi MITI Prihatin di Johor, Pahang dan Selangor pada Disember 2021. Warga MATRADE yang terjejas akibat bencana alam seperti banjir dan ribut turut dibantu oleh Kelab MATRADE melalui penubuhan Tabung Bantuan Banjir pada Disember 2021, hasil sumbangan daripada para kakitangan agensi. Program penerapan nilai kerohanian juga diteruskan oleh Kelab MATRADE dengan penganjuran program melalui amalan norma baharu. Program Kuliah Zuhur mingguan, solat hajat secara berkala, bacaan Surah Yasin mingguan dan kelas seni tetap dilaksanakan secara maya dan fizikal dengan mengamalkan SOP penjarakan sosial. Dalam pada itu, pelbagai aktiviti telah dianjurkan sepanjang tahun bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga MATRADE untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Satu kempen menderma darah dan pemeriksaan kesihatan diadakan dengan kerjasama Lions Club dan Sungai Long Specialist Hospital pada 26 Mac 2021 di ruang legar MATRADE. Kempen ini berjaya menarik minat lebih 80 kakitangan untuk menderma dan menjalani pemeriksaan kesihatan. Kelab juga mengadakan program MATRADE 90-days Weight Loss Challenge pada April 2021 yang disertai oleh 77 kakitangan. Dua (2) warga MATRADE daripada kategori lelaki dan perempuan yang berjaya mengurangkan berat badan paling banyak masing-masing menerima hadiah sebuah basikal. Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat MATRADE 2021 dianjurkan oleh kelab pada 8 Oktober 2021 melalui acara Fun Walk, badminton, futsal dan berbasikal. Seramai 120 orang warga MATRADE menyertai aktiviti ini dengan pematuhan SOP yang ditetapkan. Kelab juga melancarkan Rumah Sukan Dalaman MATRADE dan pembahagian kumpulan sukan mengikut pecahan empat (4) kumpulan iaitu Gemilang, Terbilang, Cemerlang dan Keunggulan selaras dengan Attitude, Value & Culture (AVC) yang dipupuk dalam jiwa setiap warga MATRADE. Karnival Mini Keluarga pada 18 Disember 2021 bersempena dengan TRADEX Exponanza of the World 2021 berjaya dianjurkan oleh Kelab dan dihadiri oleh 150 warga MATRADE dan ahli keluarga. Pelbagai aktiviti telah diadakan semasa karnival tersebut seperti senamrobik, acara sukaneka dan cabutan bertuah. AKRAB Talk telah dilaksanakan secara maya dengan memberi tumpuan kepada isu berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan dan Bekerja Dari Rumah termasuk tekanan dan pengurusan masa. Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik Matrade 2021 - BAB 4 zrq.indd 117 21/11/2022 11:52

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0