Laporan Tahunan 2021

Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik Matlamat Teras MATRADE 51 global dan halangan bukan tarif boleh diperoleh. Maklumat ini berguna bagi syarikat menyusun strategi eksport mereka ke pasaran antarabangsa. Rangkaian 46 pejabat MATRADE luar negara bertindak sebagai penasihat perdagangan untuk berunding dengan pengimport dan pemain industri serta menyediakan risikan pasaran. Risikan pasaran yang diedarkan kepada pengeksport adalah laporan serta kajian produk dan pasaran dalam bentuk Market Alert (MA), Product Market Study (PMS) dan Trade Lead yang boleh diakses melalui aplikasi digital MyExport. MATRADE juga menyediakan pelbagai penerbitan termasuk MATRADE Insight (MI) yang menyalurkan maklumat risikan pasaran serta majalah Exclusive From Malaysia (EFM) untuk mempromosi syarikat Malaysia di pasaran antarabangsa. Pusat Informasi Perniagaan (BIC) juga menyediakan bahan risikan komersial lain yang dilanggan dan diakses secara dalam talian. MATLAMAT 4 Matlamat 4 iaitu memperkasa pelan eksport negara, MATRADE memainkan peranan memperkasakan eksport negara melalui Rangka Tindakan Perdagangan Nasional (RTPN) yang bertujuan meningkatkan daya saing eksport Malaysia di pasaran global. Ia melibatkan pemantauan dan penyelarasan kesemua inisiatif dalam memantapkan ekosistem eksport negara merangkumi pelbagai kementerian, agensi dan pihak swasta. MATRADE juga bertanggungjawab menyelaraskan semua program promosi eksport anjuran kementerian dan agensi melalui peranannya sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Koordinasi Eksport (JK-X). Semua usaha ini adalah untuk mencapai sinergi yang lebih jitu di antara kementerian, agensi dan pihak swasta untuk meningkatkan eksport negara. MATLAMAT 5 Matlamat 5 pula ialah membina kesediaan eksport di mana MATRADE melaksanakan beberapa program untuk membantu syarikat tempatan mempersiapkan diri meneroka peluang eksport di luar negara. Inisiatif itu antara lainnya membabitkan latihan perniagaan, peningkatan kemahiran, jaringan hubungan, pendedahan antarabangsa, kepimpinan dan keusahawanan. Program ini memberi fokus kepada pembangunan eksport kumpulan sasar tertentu seperti syarikat Bumiputera, wanita dan belia, syarikat peringkat pertengahan serta PKS di peringkat negeri. Ia membolehkan entiti perniagaan dari kumpulan sasar berkenaan menjadi lebih berdaya tahan dan mapan di peringkat antarabangsa. Selain itu, MATRADE melalui rangkaian pejabat wilayah di seluruh negara turut menyediakan bantuan khidmat nasihat kepada syarikat Malaysia. MATLAMAT 6 Matlamat 6 adalah meluaskan komuniti pengeksport di mana MATRADE menawarkan khidmat nasihat perdagangan dan perkhidmatan sokongan yang diperlukan syarikat Malaysia untuk meneroka pasaran luar negara. MATRADE juga menjalankan program jangkauan seperti penyertaan Kaunter Informasi pada persidangan dan ITF serta menganjurkan atau terlibat dalam seminar atau webinar untuk berkongsi maklumat perdagangan. Selain itu, MATRADE memberi maklum balas kepada pertanyaan perdagangan yang diterima daripada komuniti perniagaan termasuk pengimport. MATLAMAT 7 Matlamat 7 iaitu menyediakan sokongan khusus kepada syarikat Malaysia di mana MATRADE menawarkan sokongan dalam bentuk pemberian geran dan insentif untuk mempersiapkan syarikat menembusi pasaran eksport. Geran atau dana yang diberi bertujuan meningkatkan aktiviti promosi eksport dan daya saing syarikat di pasaran antarabangsa. Pejabat MATRADE di luar negara pula berperanan membantu pengeksport Malaysia dengan memberi konsultasi berkaitan perdagangan dan industri serta memadankan syarikat dengan pengimport produk dan perkhidmatan. MATLAMAT 8 Matlamat 8 iaitu memperkasa jenama Malaysia, MATRADE melaksanakan usaha meneguhkan jenama Malaysia supaya pengeksport boleh mendapat manfaat daripada aktiviti promosi produk dan perkhidmatan ke pasaran global. Promosi memperkukuhkan jenama Malaysia ke pasaran antarabangsa dapat dilaksanakan menerusi kemudahan dan ruang pameran seperti Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC) di samping penganjuran MIHAS 2021 dan eNational Export Day (eNED) secara maya serta penyertaan dalam China-ASEAN Expo (CAEXPO). Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 51 21/11/2022 11:49

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0