Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 80 SOROTAN KAUNTER INFORMASI MATRADE melalui pejabat di luar negara menyertai pameran perdagangan antarabangsa dalam bentuk kaunter promosi untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan syarikat Malaysia. Melalui penyertaan ini, MATRADE menguar-uarkan keupayaan syarikat Malaysia di peringkat antarabangsa dan menerima pertanyaan perdagangan yang kemudiannya disalurkan kepada syarikat yang berkenaan. Di samping itu, MATRADE turut mengaturkan sesi padanan perniagaan sekiranya terdapat permintaan ke atas barangan dan perkhidmatan Malaysia. MATRADE telah menyertai pameran Hannover Messe Digital Edition 2021 pada 12 hingga 16 April 2021 di Hannover, Jerman melalui platform kaunter promosi secara maya untuk mempromosikan keupayaan syarikat jentera dan peralatan (M&E) Malaysia. Hannover Messe merupakan pameran dan persidangan terbesar di Eropah bagi produk M&E serta Industri 4.0 (I4.0). Tahun 2021 merupakan penyertaan pertama kali MATRADE dalam pameran secara digital berikutan risiko penularan pandemik. MATRADE juga menyelaras penyertaan 11 syarikat Malaysia yang mempamerkan keupayaan dalam teknologi komunikasi maklumat, fabrikasi komponen jentera, peralatan ujian automatik (ATE), inovasi pendigitalan dan automasi pintar berkaitan Industri 4.0. Sebanyak 30 sesi padanan perniagaan direkodkan di antara syarikat Malaysia dan pembeli berpotensi. Produk dan perkhidmatan yang mendapat sambutan adalah bahagian dan komponen ketepatan pemesinan, ATE, perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) dan papan suis elektrik. SEKTOR ELEKTRIK & ELEKTRONIK, ICT, JENTERA & PERALATAN SEKTOR HALAL, MAKANAN & MINUMAN DAN AGRO Pameran perdagangan merupakan satu platform yang telah dikenal pasti bagi mempromosi produk makanan dan minuman di pasaran Eropah. Penyertaan MATRADE di ANUGA di peringkat kaunter promosi dari 9 hingga 13 Oktober 2021 di Cologne, Jerman memberi penekanan kepada aktiviti penjenamaan negara. Sampel produk dan brosiur dari 34 syarikat Malaysia yang terdiri dari rempah ratus, sos dan pes makanan, pelbagai jenis minuman, produk berasaskan kelapa, biskut dan konfeksi, mi segera dan produk sejuk beku telah dipamerkan. Susulan penyertaan ini, promosi penjenamaan Malaysia diteruskan sehingga 31 Disember 2021 di mana syarikat Malaysia dinilai dari segi kesediaan pasaran di mana khidmat nasihat telah diberi bagi meningkatkan kebolehpasaran produk melalui kolaborasi dengan rakan strategik termasuk pengedar dan peruncit tempatan. Syarikat Malaysia juga berpeluang untuk disenaraikan di Mal Asia yang merupakan platform eDagang khusus untuk produk Asia di Jerman, Austria dan Switzerland. Kejayaan awal inisiatif ini dapat dilihat apabila produk makanan dan minuman daripada empat (4) syarikat Malaysia berjaya menembusi pasaran Jerman. Ini membuktikan produk Malaysia berpotensi menembusi pasaran Eropah dengan lebih pantas melalui inisiatif kesediaan pasaran yang dilaksanakan. Hannover Messe Digital Edition 2021 LOKASI Hannover, Jerman TARIKH 12 – 16 Apr 2021 NAMA PROGRAM Kaunter Promosi sempena ANUGA 2021 LOKASI Cologne, Jerman TARIKH 9 – 13 Okt 2021 NAMA PROGRAM Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 80 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0