Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 38 Perdagangan dengan Oceania pada tahun 2021 mewakili 3.1% daripada jumlah perdagangan Malaysia, mencatatkan peningkatan sebanyak 27% kepada RM68.08 bilion berbanding tahun 2020. Australia merupakan rakan dagang terbesar Malaysia di Oceania, dengan syer sebanyak 83.8%, diikuti oleh New Zealand (11.1%) dan Papua New Guinea (3%). Eksport ke rantau ini bertambah 39.6% kepada RM41.64 bilion berikutan eksport keluaran petroleum, barangan E&E serta kimia dan bahan kimia yang lebih tinggi. Barangan eksport utama adalah keluaran petroleum dengan syer sebanyak 24.8%, petroleum mentah (15.2%) dan barangan E&E (12.8%). Import dari Oceania naik 11.3% kepada RM26.44 bilion. Barangan import utama adalah bijih logam dan serpihan logam, barangan perkilangan logam dan barangan makanan diproses. RAKAN DAGANG UTAMA Australia New Zealand Papua New Guinea Australia juga merupakan pasaran eksport terbesar di rantau ini, mewakili 82.8% syer ataupun RM34.48 bilion, berkembang 41.5% berikutan kenaikan eksport keluaran petroleum, barangan E&E dan barangan perkilangan logam. Barangan eksport utama ke Australia adalah keluaran petroleum (26.7% syer), petroleum mentah (16.8%) dan barangan E&E (13.5%). Import dari Australia berkembang 14.6% kepada RM22.56 bilion. Barangan import utama adalah bijih logam dan serpihan logam, barangan perkilangan logam dan LNG. 3% 83.8%* 11.1% *syer kepada jumlah perdagangan ke rantau ini JUMLAH PERDAGANGAN RM68.08 bilion 27% EKSPORT RM41.64 bilion 39.6% BARANGAN EKSPORT UTAMA IMPORT RM26.44 bilion 11.3% KELUARAN PETROLEUM PETROLEUM MENTAH BARANGAN E&E OCEANIA Matrade 2021 - BAB 2.indd 38 21/11/2022 11:41

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0