Laporan Tahunan 2021

128 PEMACUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT PORTAL MATRADE: MEMPROMOSIKAN PENGEKSPORT MALAYSIA SECARA DALAM TALIAN Portal MATRADE portal kekal sebagai saluran utama untuk komuniti perniagaan Malaysia dan antarabangsa mendapatkan maklumat berkaitan perdagangan di samping memperoleh maklumat produk dan perkhidmatan Malaysia. Dengan lebih 570,000 pengunjung dan paparan halaman 5.3 juta pada tahun 2021, portal MATRADE terus menjadi medium digital untuk mempromosikan eksport Malaysia. Halaman yang paling tinggi dilawati di portal MATRADE adalah Malaysia Products/ Services Directory, Malaysian Brands, Tariff Code References, Market Development Grant dan Trade Events. Malaysia Products/ Services Directory kekal sebagai halaman paling popular yang dikunjungi dengan 94,668 pelawat. Antara negara yang kerap mengakses portal MATRADE ialah Singapura, Indonesia, India, China, Jepun, Hong Kong, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Turki. MYEXPORT: PERKHIDMATAN DIGITAL MATRADE MATRADE terus mempromosikan aplikasi MyExport iaitu perkhidmatan dalam talian yang membolehkan pengeksport Malaysia yang berdaftar sebagai ahli dengan MATRADE untuk mengakses risikan pasaran yang eksklusif melalui platform digital. Perkhidmatan MyExport membuka peluang kepada pengeksport Malaysia untuk mengakses maklumat perdagangan dan peluang perniagaan secara dalam talian. Pada tahun 2021, MyExport telah menyiarkan 3,256 pertanyaan perdagangan dan 820 makluman pasaran. Makluman pasaran dan peluang perniagaan ini disediakan oleh 46 pejabat perdagangan MATRADE di seluruh dunia. Produk makanan dan minuman mendahului senarai selain produk kimia, mineral dan aloi, hasil pertanian dan diikuti dengan pembinaan, bahan binaan dan perkakasan. Pertanyaan perdagangan telah diterima dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Amerika Latin, Eropah, India, Afrika, selain negara ASEAN. DIGITAL MATRADE Usaha pendigitalan MATRADE adalah bertepatan dengan hasrat organisasi sebagai agensi promosi perdagangan negara untuk memiliki sistem maklumat perdagangan yang komprehensif dan bersepadu. Ini dapat menyokong proses pembuatan keputusan bagi memberikan perkhidmatan lebih berkesan dan cekap. Projek Digital MATRADE Pakej 3 yang merupakan kesinambungan daripada Projek Digital MATRADE sebelum ini, menumpukan kepada pembangunan sistem aplikasi yang terdiri daripada Sistem Maklumat Perdagangan, Sistem Pengurusan Bakat, Sistem Pengurusan KPI, Portal Pengurusan Pengetahuan dan Peningkatan Portal MATRADE. Kesemua sistem aplikasi ini dijangka beroperasi pada bulan Jun 2022. Melalui pelbagai sistem yang dibangunkan, fokus diberikan kepada mendigitalisasikan proses utama dan mengintegrasikan maklumat di seluruh bahagian melalui proses kerja yang cekap dan telus serta menggalakkan semangat kerja berpasukan di MATRADE. Sejajar dengan transformasi digital, MATRADE amat menitikberatkan penyediaan ekosistem teknologi maklumat (IT) yang efektif dan efisien kepada warga MATRADE dan komuniti perniagaan dalam memastikan kelancaran operasinya dan meningkatkan pengalaman pengguna. Pelaksanaan transformasi digital itu dilakukan antaranya melalui penggunaan portal MATRADE dan MyExport, pengenalan Projek Digital MATRADE serta penambahbaikan infrastruktur IT. Bagi menangani pandemik COVID-19, MATRADE turut meningkatkan penggunaan teknologi digital dalam melaksanakan aktiviti promosi eksport seperti pameran perdagangan maya MIHAS 2021, eNational Export Day 2021, Misi Akselerasi Eksport Maya, eBizMatch dan webinar. Laporan Tahunan 2021 Matrade 2021 - BAB 4 zrq.indd 128 21/11/2022 11:52

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0