Laporan Tahunan 2021

Matlamat Teras MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 65 EAM secara hibrid bagi penyedia perkhidmatan profesional ke Yangon, Myanmar berjaya diadakan pada 9 hingga 11 November 2021. Misi ini disertai 11 firma penyedia perkhidmatan profesional dari Malaysia yang menawarkan rundingan reka bentuk mapan bagi pembinaan kawasan perumahan dan perancangan bandar, rundingan keselamatan pembinaan jalan, pembinaan perancah bangunan dan kawalan hakisan serta pergerakan tanah. Setiap firma diberi peluang menerangkan kepakaran kepada bakal pembeli dan kontraktor dari Yangon, Myanmar yang dianjurkan secara dalam talian menggunakan kemudahan infrastruktur moden disediakan oleh Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU) yang merupakan salah satu anggota Malaysia Service Providers Confederation (MSPC), rakan pintar MATRADE dalam penganjuran misi ini. Sebanyak 36 sesi padanan perniagaan secara dalam talian berjaya dianjurkan di antara 13 syarikat pembinaan dan kejuruteraan Myanmar dengan merekodkan sebanyak RM22.4 juta peserta dan potensi jualan. Antara bidang yang menjadi tumpuan dalam sesi tersebut adalah penggunaan teknologi moden di dalam sektor pembinaan seperti Building Information System (BIM) dan pembangunan kawasan perumahan pintar yang mapan. Syarikat dari Myanmar turut diberikan lima (5) sesi lawatan tapak secara maya yang dihoskan Firma Arkitek Mustapha, BIM Engineering Solution and Technology, PDP Utek, Pakatan Jurutera Pintar dan PLYTEC Formwork System Industries. Sesi ini membuka peluang kepada syarikat Myanmar melawat projek yang berjaya dilaksanakan oleh firma Malaysia. Langkah itu sekali gus dapat menambah keyakinan mereka untuk bekerjasama dengan firma dari Malaysia bagi projek pembangunan di Myanmar. Satu (1) Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani oleh MSPC dengan Federation of Myanmar Engineering Societies (Fed. MES). Dengan MoU berkenaan, MSPC melalui konsortium enam (6) firma penyedia perkhidmatan profesional berpeluang menyertai projek yang diselaraskan oleh Fed. MES di Myanmar. Program ini berjaya diadakan walaupun terdapat kekangan perjalanan dan cabaran kestabilan politik di Myanmar. Misi ini menunjukkan minat Malaysia untuk terus memberikan sokongan dan bantuan kepada rakan niaga di Myanmar bagi membangunkan semula infrastruktur dan ekonomi di sebalik kemelut politik yang melanda negara tersebut. SEKTOR PEMBINAAN & PERKHIDMATAN PERNIAGAAN EAM Perkhidmatan Profesional ke Yangon, Myanmar LOKASI Yangon, Myanmar TARIKH 9 – 11 Nov 2021 NAMA PROGRAM 36 sesi padanan perniagaan Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 65 21/11/2022 11:49

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0