Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 68 150 sesi padanan perniagaan 299 sesi padanan perniagaan 63 sesi padanan perniagaan Malaysia bersama 191 negara lain menyertai Ekspo 2020 Dubai yang berlangsung selama enam (6) bulan mulai 1 Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022. Sempena acara ini, MATRADE menganjurkan EAM Ekosistem Digital Halal di Dubai, UAE dari 28 September hingga 1 Oktober 2021 dengan disertai 18 syarikat Malaysia. Misi ini berjaya mempamerkan keupayaan negara dalam industri Halal kepada dunia dan meletakkan Malaysia sebagai hab Halal antarabangsa. Sejumlah 299 sesi padanan telah diaturkan di antara syarikat Malaysia dan pembeli berpotensi dari luar negara. Produk dan perkhidmatan yang mendapat sambutan antaranya adalah logistik, eDagang dan pembangunan kandungan kreatif, makanan dan minuman serta gaya hidup. Beberapa sesi taklimat juga diadakan semasa misi berlangsung mengenai keperluan pelabelan makanan, dokumen serta sijil berkaitan pengeksportan produk makanan dan minuman ke UAE. Peserta turut berpeluang melawat gudang penyimpanan Tradeling iaitu platform pemasaran dalam talian di UAE. Taklimat mengenai peluang perniagaan yang berpotensi di UAE turut diaturkan bersama Dubai Chambers of Commerce dan Sharjah Chambers of Commerce and Industry. Antara kejayaan dicapai dari misi tersebut adalah pemeteraian Surat Niat antara syarikat Malaysia, Serunai Commerce dengan Universitas Brawijaya Indonesia untuk berkolaborasi di bawah Reverse Linkage Program yang disokong oleh Bank Pembangunan Islam (IsDB) berkaitan khidmat nasihat pembangunan perisian ekosistem Halal. EAM Ekosistem Digital Halal bersempena Dubai Ekspo 2020 LOKASI Dubai, UAE TARIKH 1 Okt - 31 Mac 2021 NAMA PROGRAM MATRADE memperhebatkan promosi produk dan perkhidmatan Malaysia di Indonesia khususnya ke Medan dan Pekanbaru, Sumatera melalui misi secara maya. Langkah itu merupakan salah satu strategi promosi untuk menerokai pasaran eksport di bandar peringkat pertama dan kedua di Indonesia. Melalui misi ini, MATRADE menyelaras penyertaan 11 syarikat Malaysia di dalam sektor makanan dan minuman, gaya hidup dan francais. Sejumlah 150 sesi padanan perniagaan berjaya diaturkan sepanjang misi ini dengan antara produk yang mendapat sambutan dalam kalangan pembeli Indonesia adalah produk makanan kesihatan dan penjagaan diri seperti penjagaan kulit dan mandian. Selain sesi padanan perniagan, penerangan secara webinar berkaitan pendaftaran produk dan perniagaan serta peluang pasaran di Indonesia turut diadakan. Misi ini secara keseluruhannya berjaya mempromosikan barangan buatan Malaysia serta menyediakan platform kepada syarikat Malaysia untuk mendapatkan maklumat berkaitan perdagangan dan peluang eksport di Indonesia EAM ke Medan & Pekanbaru, Sumatera, Indonesia LOKASI Medan & Pekanbaru, Indonesia TARIKH 8 – 12 Nov 2021 NAMA PROGRAM Sebagai negara jiran, Malaysia dan !ailand mempunyai hubungan diplomatik dan ekonomi yang rapat. !ailand merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia di peringkat global dan kedua terbesar dalam kalangan anggota ASEAN. Bagi meneruskan aktiviti promosi di !ailand, MATRADE menyelaras penyertaan 10 syarikat Malaysia di dalam misi secara maya ke Bangkok. Misi ini berjaya mempromosi barangan dan perkhidmatan Malaysia di samping menyediakan platform kepada syarikat Malaysia untuk mengenal pasti pembeli berpotensi di !ailand. Sejumlah 63 sesi padanan perniagaan berjaya diaturkan di antara syarikat Malaysia dengan pembeli berpotensi dari !ailand. Antara produk dan perkhidmatan yang mendapat sambutan adalah makanan kesihatan, produk penjagaan diri dan perkhidmatan perisian IT. MATRADE juga menganjurkan sesi penerangan melalui webinar berkenaan urusan mengendalikan perniagaan di !ailand dan tatacara permohonan di bawah !ai Food & Drug Authority (FDA). EAM ke Bangkok, Thailand LOKASI Bangkok, Thailand TARIKH 26 – 28 Okt 2021 NAMA PROGRAM Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 68 21/11/2022 11:49

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0