Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 50 MATLAMAT TERAS MATRADE MATRADE menetapkan lapan (8) matlamat teras bagi melonjakkan sektor eksport. Matlamat berkenaan ialah memudahkan akses pasaran, mendigitalisasikan eksport, menyediakan risikan pasaran, memperkasakan pelan eksport negara, membina kesedaran eksport, meluaskan komuniti pengeksport, menyediakan sokongan khusus dan memperkasakan jenama Malaysia. MATLAMAT 1 Matlamat 1 iaitu memudahkan akses pasaran di mana MATRADE berperanan menghubungkan syarikat Malaysia kepada pembeli luar negara. Dalam usaha ini, MATRADE telah mengatur penyertaan dalam Pameran Perdagangan Antarabangsa (ITF) bagi meneroka lebih banyak peluang eksport untuk syarikat tempatan. Selain itu, MATRADE menganjurkan Misi Akselerasi Eksport (EAM) dan mengadakan Program Penyumberan Antarabangsa (INSP). Semua usaha ini bertujuan membantu syarikat Malaysia menembusi pasaran eksport dan meneroka peluang baharu di luar negara bagi memperkenalkan produk dan perkhidmatan masing-masing. MATRADE meneruskan usaha menganjur program promosi untuk syarikat Malaysia sama ada secara maya atau hibrid sejajar dengan trend penganjuran acara antarabangsa pada pasca pandemik dalam keadaan sekatan perjalanan yang dilanjutkan. MATRADE terus memanfaatkan inisiatif digitalisasi menggunakan kaedah alternatif padanan perniagaan di antara syarikat Malaysia dengan pembeli luar negara secara maya yang dikenali sebagai eBizMatch. Inisiatif memudahkan akses pasaran ini dilaksanakan secara bersama oleh ibu pejabat MATRADE, pejabat wilayah dan pejabat luar negara dengan memanfaatkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani. Rangkaian pejabat MATRADE di luar negara memantau perkembangan peluang perniagaan di pasaran antarabangsa dan memberikan risikan pasaran bagi membolehkan ibu pejabat memadankan pengimport dengan syarikat Malaysia. Selain menguruskan operasi program promosi eksport di luar negara, pejabat luar negara turut menjadi penghubung di antara pengimport dan syarikat Malaysia. MATLAMAT 2 Matlamat 2 melibatkan aspek mendigitalisasikan eksport dengan MATRADE memberi tumpuan terhadap usaha memacu perdagangan elektronik (eDagang) rentas sempadan bagi memastikan eksport Malaysia kekal kompetitif. MATRADE telah melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif bagi mencapai matlamat ini menerusi kerjasama serantau, kerjasama antara kementerian dan agensi kerajaan serta pemain industri. Pandemik COVID-19 telah memberi lebih kesedaran kepada komuniti perniagaan untuk meneroka strategi baharu bagi berinteraksi dengan pelanggan dan memudahkan proses urus niaga. Komuniti perniagaan telah bertindak meningkatkan penggunaan eDagang sebagai strategi yang semakin relevan dan berkesan. MATRADE terus menggandakan usaha menggalakkan penerapan eDagang dalam kalangan komuniti perniagaan serta memperkukuhkan hubungan rangkaian ekosistem eDagang di peringkat domestik dan antarabangsa bagi memperluaskan akses pasaran global. MATLAMAT 3 Matlamat 3 iaitu menyediakan risikan pasaran di mana MATRADE membantu syarikat Malaysia dengan memantau perkembangan peluang perniagaan di pasaran luar negara. Risikan pasaran merupakan faktor penting bagi syarikat yang berhasrat untuk meneroka pasaran eksport. Melalui risikan pasaran, maklumat penting seperti perubahan teknologi, jangkaan pelanggan, gangguan rantaian bekalan Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 50 21/11/2022 11:49

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0