Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 76 SOROTAN eBIZMATCH Peranan utama MATRADE adalah menghubungkan syarikat Malaysia dengan pembeli luar negara melalui sesi padanan perniagaan yang lazimnya dijalankan secara fizikal. Pada tahun 2021, syarikat tempatan masih berhadapan dengan situasi ketidaktentuan ekonomi akibat pandemik yang menyekat perjalanan antarabangsa. Justeru, kaedah alternatif padanan perniagaan dilaksanakan secara maya mulai tahun 2020 dengan dikenali sebagai eBizMatch. Padanan perniagaan adalah usaha bersama di antara pejabat luar negara dengan ibu pejabat MATRADE. Sebanyak 777 sesi padanan perniagaan berjaya diatur pada tahun 2021. Sektor yang mendapat minat tertinggi adalah Halal, makanan dan minuman serta agro diikuti gaya hidup, sains hayat, E&E, ICT dan M&E. Pengimport yang menunjukkan minat terhadap produk dan perkhidmatan Malaysia adalah dari rantau Asia Timur, ASEAN dan Eropah. Selain sesi padanan perniagaan yang diatur secara maya bersempena Pameran Perdagangan Antarabangsa (ITF) dan Program Penyumberan Antarabangsa (INSP), sesi eBizMatch juga berlangsung sepanjang tahun secara berasingan dengan pembeli dari seluruh dunia merangkumi pelbagai sektor. eBiMatch MENGIKUT SEKTOR Elektrik & Elektronik, ICT, Jentera & Peralatan Pengangkutan & Logistik Minyak & Gas, Kimia & Tenaga Halal, Makanan dan Minuman & Agro Gaya hidup & Sains Hayat (Peralatan Perubatan & Farmaseutikal) Pembinaan & Perkhidmatan Perniagaan Pelbagai Jumlah 87 28 48 243 125 27 219 777 eBizMatch DENGAN PEMBELI MENGIKUT RANTAU Asia Timur ASEAN Eropah Amerika Utara Amerika Selatan Asia Selatan Asia Barat Oceania Asia Tengah Afrika Jumlah 197 162 137 97 76 42 40 12 10 4 777 777 sesi padanan perniagaan Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 76 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0