Laporan Tahunan 2021

116 PENTADBIRAN KORPORAT PENTADBIRAN Pentadbiran organisasi adalah penting dalam menyediakan sistem sokongan dan urus tadbir yang diperlukan oleh keseluruhan rangkaian dan warga MATRADE. Peranan tersebut meliputi perancangan, penyelarasan dan kawal selia terhadap sumber serta aset yang bertujuan bagi memastikan operasi berada pada tahap terbaik. Tahun 2021 menyaksikan negara masih berhadapan dengan cabaran penularan wabak COVID-19. Walaupun situasi ini telah merubah suasana persekitaran kerja dan membawa kepada pewujudan prosedur kawal selia yang lebih teliti, MATRADE telah berjaya melaksanakan tugasan seperti berikut: 1. Operasi sanitasi Menara MATRADE Initiatif mensanitasi Menara MATRADE telah dilaksanakan sebagai langkah pencegahan penularan wabak. Operasi sanitasi pertama telah dilakukan pada 24 sehingga 29 Mac 2021 dengan melibatkan keseluruhan Menara MATRADE. Bagi memastikan keselamatan warga MATRADE, perkhidmatan proses sanitasi ruang pejabat dilaksanakan dari semasa ke semasa apabila terdapat kes positif. KELAB MATRADE Kelab MATRADE yang ditubuhkan pada 3 Mei 1994 memainkan peranan untuk mengeratkan silaturahim antara kakitangan MATRADE. Kelab MATRADE sentiasa mengadakan aktiviti rekreasi, sukan, kebajikan, kembara, agama dan sosial untuk semua kakitangan agensi serta membekalkan fasiliti atau kemudahan bagi menjalankan aktiviti berkenaan. Kelab ini adalah satu platform yang terbaik untuk warga kerja menyerlahkan bakat kepimpinan dan pengurusan di luar bidang kerja harian. Kelab melalui idea daripada penaung Encik Mohd Mustafa Abdul Aziz yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE telah melancarkan Club Lounge di Tingkat 4 East Wing pada 17 November 2021. Perasmian Club Lounge ini disempurnakan Sistem tadbir urus sektor awam yang terbaik dan budaya kerja berkualiti merupakan landasan penting dalam meningkatkan keyakinan umum terhadap MATRADE dalam melaksanakan dasar yang dimandatkan. Sehubungan ini, MATRADE terus mengambil langkah untuk memantapkan pengurusan organisasi, pengurusan sumber manusia, pengurusan belanjawan, integriti, audit dalaman, perancangan strategik serta teknologi maklumat bagi memastikan warga kerjanya menjunjung prinsip serta akauntabiliti dan mengamalkan pemikiran strategik ke arah mencapai sistem penyampaian lebih cemerlang. 2. Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) MBJ merupakan platform bagi pihak pekerja menyuarakan isu berhubung perkhidmatan serta menyalurkan pendapat melalui wakil yang dilantik kepada pihak pengurusan. Sebanyak tiga (3) sesi MBJ telah dilaksanakan dengan antara cadangan penambahbaikan yang dipersetujui adalah seperti berikut: • Peluasan skop kemudahan rawatan perubatan merangkumi tuntutan pembelian cermin mata; dan • Penyediaan mesin layan diri (vending machine) di Club Lounge Laporan Tahunan 2021 Matrade 2021 - BAB 4 zrq.indd 116 21/11/2022 11:52

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0