Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 86 KOLABORASI DI PERINGKAT SERANTAU / ANTARABANGSA ASEAN Online Sales Day 2021 (AOSD 2021) merupakan salah satu inisiatif utama di bawah Jawatankuasa Penyelaras Mengenai Perdagangan Elektronik ASEAN (ACCEC) yang dianjurkan untuk mempertingkatkan potensi pasaran eDagang serantau serta meraikan sambutan Hari ASEAN. Melalui AOSD, negara anggota ASEAN secara kolektif mengadakan kempen membeli-belah atas talian melalui portal khas di mana setiap negara anggota mengetengahkan syarikat-syarikat di dalam astaka negara kepada pembeli dari seluruh negara anggota ASEAN. Melalui AOSD, negara-negara anggota ASEAN secara kolektif mengadakan kempen membeli-belah atas talian melalui portal khas di mana setiap negara anggota mengetengahkan syarikatsyarikat di dalam astaka negara kepada pembeli dari seluruh negara anggota ASEAN. Melalui Jawatankuasa Kerjasama Ekonomi Malaysia – Taiwan (MTECC), MATRADE bersama MDEC serta Institut Penyelidikan Pembangunan Perdagangan Taiwan (CDRI) berjaya menganjurkan Kempen Jualan Malaysia Select 2021 dari 1 hingga 10 Oktober 2021. Kempen ini bertujuan untuk membantu PKS kedua-dua ekonomi menjual dan mempromosikan jenama serta produk mereka ke pasaran masing-masing. Kempen selama 10 hari itu telah dilaksanakan melalui platform EasyStore bagi produk seperti alat ganti kenderaan, fesyen bayi dan kanak-kanak, makanan dan minuman serta produk kesihatan dan kecantikan. Sebanyak 330 PKS Malaysia mengambil bahagian di dalam kempen ini dan berjaya mencatatkan 40,362 pengunjung yang kebanyakannya menunjukkan minat dalam sektor makanan dan minuman, kesihatan dan kecantikan serta fesyen. Jawatankuasa Kerjasama Ekonomi Malaysia- Taiwan (MTECC) Pada tahun 2020, AOSD 2020 yang pertama telah diiktiraf pada mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN dan Sidang Kemuncak ASEAN 2020 sebagai titik permulaan bagi meningkatkan lagi kebolehpasaran merentas sempadan ASEAN bagi barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan atas talian. Sementara itu, pada AOSD 2021, syarikat Malaysia yang menyertai kempen B2C berjaya mencatatkan 873,329 transaksi melibatkan jualan dan promosi 8,036 jenama daripada pelbagai kategori seperti produk isi rumah, fesyen dan aksesori serta makanan dan minuman. MATRADE juga memperkenalkan buat julung kalinya program padanan perniagaan dalam talian yang menghubungkan pemain industri ekosistem eDagang Malaysia dengan rakan kongsi berpotensi dari negara anggota ASEAN. Sebanyak 25 mesyuarat perniagaan berjaya diatur bagi 23 syarikat Malaysia di dalam sektor makanan dan minuman, peranti perubatan serta gaya hidup ke Indonesia, !ailand, Filipina, Singapura dan Vietnam. Jawatankuasa Penyelaras Mengenai Perdagangan Elektronik ASEAN (ACCEC) Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 86 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0