Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 92 PUSAT INFORMASI PERNIAGAAN Berslogankan One Centre, Multiple Resources, Pusat Informasi Perniagaan (BIC) merupakan antara perpustakaan khusus yang menyediakan pelbagai sumber informasi perdagangan yang paling komprehensif di Malaysia kepada komuniti perniagaan di dalam dan luar negara. Pelbagai genre dan bentuk sumber informasi disediakan di BIC ini termasuklah sumber fizikal (bahan bercetak dan bukan bercetak), elektronik dan digital. Sebanyak 114,279 judul koleksi fizikal, elektronik dan digital yang merangkumi statistik perdagangan, profil negara, profil syarikat, berita niaga, laporan risikan pasaran, jadual duti import dan sebagainya telah disediakan bagi membantu pengeksport tempatan bersaing di peringkat antarabangsa. BIC sentiasa komited dan berusaha memastikan perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan kekal relevan dengan keperluan dan perkembangan trend masa kini. Bergerak ke hadapan dan selaras dengan era pendigitalan masa kini, BIC turut dilengkapi dengan Sistem Pengurusan Perpustakaan dan Perkhidmatan Pangkalan Data Dalam Talian untuk membolehkan komuniti perniagaan sentiasa memperolehi maklumat terkini dan komprehensif daripada sumber informasi yang boleh diakses di dalam dan luar negara. 12 sumber digital melalui Perkhidmatan Pangkalan Data Dalam Talian adalah: Global Trade Atlas PIERS Prospects Euromonitor Passport EMIS CEIC Data Kompass International EIU Solutions CTOS Basis Nikkei Asia MERCOSUR Online LawSoft Pro ProQuest eBook Central Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia memberi impak besar kepada jumlah kunjungan pelawat dan pengguna ke BIC secara fizikal. Susulan daripada pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) di dalam usaha untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini, kebanyakan premis pejabat termasuk BIC ditutup daripada kunjungan pelawat dan pengguna secara fizikal. Oleh itu, pada tahun 2021, hanya 136 pengguna dan pelawat di kalangan komuniti perniagaan memanfaatkan kemudahan di BIC. Namun, sebanyak 753 pertanyaan bagi mendapatkan informasi perdagangan telah dijawab melalui panggilan telefon, emel, aplikasi komunikasi dan secara bersemuka. Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 92 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0