Laporan Tahunan 2021

Matlamat Teras MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 61 SOROTAN MISI AKSELERASI EKSPORT Meskipun menghadapi kekangan sekatan perjalanan ekoran pandemik pada tahun 2021, MATRADE berjaya menganjurkan 15 Misi Akselerasi Eksport (EAM) secara maya dan fizikal di luar negara untuk meneroka dan mengenal pasti peluang perdagangan bagi produk dan perkhidmatan terpilih. Misi ini juga memberi peluang untuk mengumpul maklumat dan mewujudkan rangkaian perniagaan. Antara pengisian program EAM adalah sesi taklimat pasaran, padanan perniagaan, lawatan dan perjumpaan bersama golongan profesional. MATRADE telah menyelaras penyertaan 18 syarikat Malaysia dalam Misi Akselerasi Eksport (EAM) bagi Sektor Jentera & Peralatan (M&E) ke Jerman pada 18 hingga 22 Oktober 2021. EAM itu diadakan secara maya dengan kerjasama persatuan industri di Jerman iaitu !e Federal Association of Materials Management, Purchasing and Logistics e.V (BME). EAM ini bertujuan mempromosikan syarikat pengeksport M&E Malaysia di pasaran Jerman termasuk rantau Eropah yang menunjukkan peningkatan permintaan terhadap pelbagai produk dan perkhidmatan M&E. Jerman merupakan pasaran eksport bagi M&E terbesar di Eropah, mewakili 30 peratus daripada nilai eksport keseluruhan M&E Malaysia ke rantau tersebut. EAM ini juga merupakan misi susulan kepada penyertaan MATRADE melalui kaunter promosi bersama 11 syarikat Malaysia di pameran Digital Hannover Messe pada April 2021. Antara program di dalam EAM ini ialah sesi business pitching, padanan perniagaan dan webinar yang dihadiri oleh syarikat Malaysia dan juga Jerman. Program webinar bertajuk Unlocking Opportunities for Export Growth - Procurement Requirements of German Companies yang merangkumi beberapa sesi perbincangan bersama panel industri M&E telah diadakan dan disusuli sesi pembentangan mengenai keperluan import oleh syarikat Jerman. Sejumlah 39 sesi padanan perniagaan telah diaturkan di antara syarikat M&E Malaysia dan pembeli Jerman. Syarikat Malaysia berjaya mempamerkan keupayaan pembuatan bagi bahagian dan komponen ketepatan pemesinan (precision machining parts), acuan suntikan plastik (plastic injection moulding), bahagian berasaskan logam (sheet metal parts), bahagian mesin penggilingan dan pemusing (milling and turning parts), tools & dies serta jig dan lekapan yang telah menarik minat pembeli Jerman. SEKTOR ELEKTRIK & ELEKTRONIK, ICT, JENTERA & PERALATAN EAM Sektor Jentera & Peralatan ke Jerman LOKASI Frankfurt, Jerman TARIKH 18 – 22 Okt 2021 NAMA PROGRAM 39 sesi padanan perniagaan Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 61 21/11/2022 11:49

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0