Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 110 PUSAT PAMERAN EKSPORT MALAYSIA Pusat Pameran Eksport Malaysia atau lebih dikenali sebagai MEEC terletak di Aras 2, Menara MATRADE yang mempunyai keluasan 4,500 meter persegi merupakan pusat pameran khusus untuk pengeksport Malaysia. Ianya terletak di lokasi strategik yang boleh menempatkan lebih daripada 400 syarikat PKS dari pelbagai produk dan perkhidmatan yang berperanan sebagai salah satu medium promosi eksport. Sehingga kini, MEEC telah berjaya mempamerkan produk dan perkhidmatan lebih daripada 6,000 syarikat PKS. MEEC juga berfungsi sebagai pusat sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti padanan perniagaan, pelancaran produk dan jenama serta kemudahan jalinan perniagaan antara penjual dan pembeli di bilik-bilik perbincangan dan lain-lain lagi. Pelbagai perkhidmatan yang disediakan di MEEC telah berjaya menarik lebih ramai pengunjung perdagangan dari luar negara setiap tahun dalam mengakses pasaran produk dan perkhidmatan tempatan selaras dengan kehendak semasa. Delegasi perdagangan dan pengunjung berpeluang untuk melihat pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan Malaysia daripada lebih 400 syarikat merangkumi 25 sektor berbeza. Antara produk yang dipamerkan ialah produk teknologi hijau, E&E, kimia, automotif, getah, plastik, farmaseutikal dan kayu kayan. Sektor perkhidmatan pula merangkumi perkhidmatan minyak & gas, pembinaan, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Selain daripada berfungsi sebagai pusat pameran tetap, MEEC juga memainkan peranan penting sebagai pusat pertemuan perdagangan antara pembeli asing dengan syarikat Malaysia khususnya bagi pempamer. MEEC juga menyediakan perkhidmatan lain kepada syarikat Malaysia dan pelawat asing seperti berikut: • Mengedarkan maklumat syarikat Malaysia kepada pembeli asing yang berpotensi; • Memberi bimbingan kepada syarikat Malaysia berkaitan perdagangan antarabangsa; dan • Menyediakan bantuan daripada pegawai yang mahir dan berpengalaman untuk menjawab pertanyaan tentang perdagangan berkenaan sektor yang relevan dengan syarikat. MEEC turut juga tidak ketinggalan dalam memaksimumkan penggunaan platform digital terutamanya ketika tempoh pandemik COVID-19. Justeru, pada tahun 2021, MEEC telah menyelaraskan pelbagai program untuk mempromosikan pempamer melalui platform samada secara konvensional atau digital. Antara aktivitiaktiviti yang telah diadakan secara platform digital adalah seperti Webinar, Online Directory, Trade Information, eBizMatch dan eBizlink. Pempamer di MEEC telah menyertai pelbagai aktiviti yang dikoordinasikan oleh Ibu Pejabat MATRADE, lima (5) pejabat cawangan MATRADE, 46 pejabat MATRADE luar negara, rakanrakan strategik kerajaan dan swasta sama ada di dalam mahupun luar negara. Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 110 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0