Laporan Tahunan 2021

126 Pelbagai inisiatif perhubungan awam (PR) telah dilaksanakan seperti sidang media dan siaran akhbar untuk media tempatan dan antarabangsa bagi program promosi eksport dan pembangunan pengeksport. Aktiviti promosi di media sosial turut dititikberatkan seperti Twitter, LinkedIn, Facebook, Instagram dan YouTube. KOMUNIKASI STRATEGIK MATRADE sentiasa meningkatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan dengan memberikan tumpuan kepada keberkesanan komunikasi. Penambahbaikan sistem komunikasi yang berkesan bukan sahaja tertumpu kepada sistem dan proses kerja malah meningkatkan jalinan hubungan antara organisasi dengan pelanggan serta pemegang taruh. Pelbagai langkah dan program telah dirancang dan dilaksanakan oleh MATRADE untuk memenuhi kehendak dan jangkaan pelanggan yang semakin meningkat. !e Star Outstanding Business Award MATRADE, bagi memperkukuhkan jenamanya telah bekerjasama dengan !e Star Media Group sejak tahun 2016 sebagai rakan promosi perdagangan rasmi bagi program SOBA. Program ini bertujuan memberikan pengiktirafan kepada komuniti perniagaan di Malaysia yang banyak menyumbang kepada kepesatan ekonomi negara. Program ini membolehkan MATRADE menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan pihak media dan PKS dari pelbagai industri. Ia merupakan satu platform yang sangat baik untuk berinteraksi dengan lebih banyak lagi PKS bagi memberikan pendedahan mengenai fungsi dan peranan MATRADE dalam mempromosikan eksport negara sekali gus menggalakkan mereka untuk menembusi pasaran antarabangsa. Anugerah Putra Brand MATRADE juga menyokong Anugerah Putra Brand yang dianjurkan oleh Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4As) bersama Malaysian Advertisers Association (MAA), Media Specialists dan Malaysian Digital Association (MDA). Sokongan padu MATRADE terhadap penganjuran anugerah ini adalah untuk menekankan kepentingan penjenamaan dalam kalangan pengeksport Malaysia bagi meningkatkan daya saing produk dan perkhidmatan mereka. Malaysia Public Relations Award 2021 MATRADE melalui MIHAS 2021 telah berjaya meraih anugerah di bawah kategori kempen Best Pandemic Pivot or COVID-19 Communications di acara Malaysia PR Awards 2021 pada 17 Disember 2021. Dalam mengukuhkan jenama halal buatan Malaysia di peringkat global melalui pasaran eksport, pelbagai langkah strategi PR telah dilaksanakan sempena MIHAS 2021 melalui semua platform digital termasuk saluran media sosial. Langkah ini bagi mengoptimumkan impak pameran MIHAS 2021 serta memberi keyakinan tinggi kepada pemegang taruh dalam mengukuhkan jenama MIHAS di persada dunia. Laporan Tahunan 2021 Matrade 2021 - BAB 4 zrq.indd 126 21/11/2022 11:52

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0