Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 82 PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ditandatangani oleh Malaysia sebagai salah satu kaedah terbaik untuk membuka pasaran luar negara bagi produk dan perkhidmatan Malaysia. FTA adalah perjanjian antara dua atau lebih negara di mana negara yang terlibat diberi akses keutamaan dalam pasaran. Setiap negara rakan FTA akan menawarkan kelonggaran, insentif atau kemudahan kepada satu sama lain bagi tujuan perdagangan, pelaburan, penyediaan perkhidmatan serta kerjasama ekonomi. Setakat ini, Malaysia telah menandatangani 16 FTA dan melaksanakan 14 FTA. Tujuh (7) daripadanya merupakan perjanjian dua hala dengan Australia, Chile, India, Jepun, New Zealand, Pakistan dan Turkiye. Semua perjanjian dua hala ini telah dikuatkuasakan. Malaysia turut menandatangani tujuh (7) FTA serantau melalui Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dengan Australia, China, Hong Kong SAR, Jepun, India, New Zealand dan Republik Korea (ROK). Malaysia dan 10 negara anggota telah menandatangani Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) pada 2018. Perjanjian ini telah dikuatkuasakan oleh Australia, Kanada, Jepun, New Zealand, Mexico, Peru, Singapura dan Viet Nam. Malaysia sedang dalam usaha melengkapkan proses ratifikasi yang dijangka dimuktamadkan pada suku ketiga tahun 2022. Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) akan menjadi instrumen penting kepada pertumbuhan dan kerancakan kerjasama ekonomi serantau. Malaysia menandatangani RCEP pada 2020 yang merangkumi negara ASEAN dan lima rakan dagang iaitu Australia, China, Jepun, ROK dan New Zealand. FTA membolehkan pengeksport Malaysia mendapat akses keutamaan ke pasaran negara yang terlibat. FTA juga mempertingkatkan daya saing pengeksport Malaysia melalui penjimatan kos daripada pengurangan atau penghapusan tarif dan halangan bukan tarif serta liberalisasi dalam peraturan dan prosedur perdagangan. Bagi sektor perkhidmatan pula, FTA menyediakan akses pasaran yang lebih baik untuk pelbagai perkhidmatan komersial dan profesional selain memudahkan pelabur Malaysia untuk melabur ke negara rakan FTA. Menyedari keistimewaan dan kemudahan yang ditawarkan oleh FTA, MATRADE bekerjasama dengan MITI untuk memastikan pengeksport Malaysia mendapat maklumat lengkap mengenai manfaat FTA. Pada 2021, dagangan Malaysia dengan rakan FTA mencatat 66.9% dari jumlah dagangan negara (RM1.49 trilion) dan 67% jumlah eksport negara (RM831.02 bilion). * Populasi dan Pertumbuhan GDP Sebenar – Sumber utama: Bank Dunia (2020) Nota: Malaysia menandatangani Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) pada 2018 dan Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) pada 2020 namun kedua-dua perjanjian tersebut masih belum berkuat kuasa. FTA DUA HALA Malaysia-Turkiye Malaysia-Pakistan Malaysia-New Zealand Malaysia-India Malaysia-Chile Malaysia-Australia Malaysia-Turkiye 2006 2008 2010 2011 2012 2013 2015 TAHUN BERKUAT KUASA NEGARA 7 FTA SERANTAU ASEAN FREE TRADE AREA (AFTA) ASEAN – China (ACFTA) ASEAN - Republik Korea (AKFTA) ASEAN – Jepun (AJCEP) ASEAN – India (AIFTA) ASEAN - Australia – New Zealand (AANZFTA) ASEAN - Hong Kong SAR (AHKFTA) 1993 2003 2006 2009 2010 2010 2019 NEGARA TAHUN BERKUAT KUASA Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 82 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0