Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 56 Industri makanan dan minuman tempatan merupakan salah satu sektor penting yang menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi negara. Sebagai industri yang mempunyai peratusan tinggi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) milik tempatan, bantuan dan sokongan berterusan terus diberi oleh Kerajaan supaya pemain industri sentiasa berdaya saing dan menyumbang kepada rantaian makanan negara yang mapan. Malaysia sebagai peneraju industri halal global telah memberikan kelebihan besar kepada pemain tempatan dalam memenuhi permintaan dunia terhadap produk makanan dan minuman. Asia Barat merupakan pasaran berpotensi besar yang telah dikenal pasti untuk meningkatkan eksport pemain industri makanan dan minuman Malaysia. Semenjak tahun 2005, MATRADE menerajui penyertaan Kementerian, agensi dan syarikat Malaysia di pameran perdagangan Gulfood di Dubai, UAE yang merupakan acara tahunan terkemuka di rantau berkenaan. Gulfood merupakan platform terbaik untuk syarikat Malaysia mempromosi dan menembusi pasaran makanan dan minuman yang berkembang pesat di rantau Asia Barat dan sekitarnya. Sepanjang penyertaan pameran Gulfood terdahulu, MATRADE berjaya mempromosi pelbagai jenama makanan dan minuman Malaysia antaranya Fraser & Neave (F&N), Saji (FGV), Adabi, Jalen, MakCik (Sydney Cake House), Dasto dan Mamee. Kebanyakan jenama ini bukan sahaja berjaya bertapak di UAE malah berupaya menembusi pasaran baharu lain merentasi Asia dan Afrika. Gulfood 2021 yang berlangsung di Dubai dari 21 hingga 25 Februari 2021 menampilkan penyertaan 20 syarikat Malaysia dan dua (2) Agensi Kerajaan. Sekatan perjalanan akibat pandemik telah mengakibatkan penurunan penyertaan di astaka Malaysia berbanding tahun sebelumnya. Antara produk yang dipromosikan termasuk barangan berasaskan minyak sawit, ramuan makanan, madu kelulut, sos dan pes makanan, rempah ratus, makanan sejuk beku, biskut serta produk sedia dimakan SEKTOR HALAL, MAKANAN & MINUMAN DAN AGRO Jepun adalah rakan dagang utama Malaysia dan usaha berterusan dilaksana bagi meningkatkan eksport ke pasaran ini. Susulan daripada minat Jepun untuk membangunkan sektor pelancongan mesra Muslim sempena penganjuran acara besar dunia seperti Olimpik Tokyo 2020 dan World Expo Osaka 2025, syarikat Malaysia dapat meraih manfaat terutamanya dalam sektor makanan dan minuman. Selama hampir dua dekad, MATRADE memilih pameran perdagangan FOODEX sebagai aktiviti utama mempromosi makanan dan minuman Malaysia. Pada tahun 2021, empat (4) syarikat Malaysia menyertai astaka Malaysia yang berlangsung dari 9 hingga 12 Mac 2021 di Chiba, Jepun. Astaka ini turut disertai beberapa agensi termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) Gulfood 2021 LOKASI Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE) TARIKH 21 – 25 Feb 2021 NAMA PROGRAM Foodex Japan LOKASI Tokyo, Jepun TARIKH 9 – 12 Mac 2021 NAMA PROGRAM Sarawak. Antara produk yang dipromosi adalah snek, minyak masak, makanan sejuk beku, sos dan pes, minuman, produk sedia dimakan dan ramuan makanan. Sekatan perjalanan akibat pandemik yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Jepun telah mengekang kehadiran secara fizikal pempamer antarabangsa. Selaras dengan hasrat untuk terus mempromosikan Malaysia, penyertaan syarikat Malaysia yang berpangkalan di Jepun telah diberi keutamaan. Syarikat Malaysia berjaya menjalinkan hubungan perniagaan dengan pengimport, pengedar dan procurement centre tempatan yang berpotensi di samping mempromosi jenama Malaysia kepada lebih 26,000 pengunjung perdagangan. Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 56 21/11/2022 11:49

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0