Laporan Tahunan 2021

Matlamat Teras MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 81 30 syarikat menyertai program PROMOSI IN-STORE MATRADE menganjurkan program promosi in-store di lokasi yang dikenal pasti untuk memperkenalkan produk Malaysia. Promosi lazimnya dijalankan dengan kerjasama pengimport dan pengedar di dalam premis peruncitan seperti pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka. Menerusi promosi in-store, produk Malaysia dipamerkan untuk jangka masa tertentu bagi tujuan meningkatkan penjenamaan negara di samping mempromosi produk buatan Malaysia. SEKTOR HALAL, MAKANAN & MINUMAN DAN AGRO Australia telah dikenal pasti sebagai pasaran berpotensi untuk produk makanan dan minuman Malaysia berdasarkan komuniti Asia termasuk dari Timur Tengah yang besar di negara berkenaan. Ini memberi kelebihan kepada produk keluaran Malaysia yang memenuhi cita rasa dan berstatus halal. Berikutan penangguhan pameran perdagangan Fine Food Australia, MATRADE telah menganjurkan Program Choose Malaysia sebagai alternatif di bawah inisiatif aktiviti penjenamaan negara. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama pengimport produk Malaysia melalui promosi in-store di 25 kedai peruncitan Asia di Victoria dan Australia Selatan. Di samping itu, aktiviti promosi secara fizikal juga diadakan pada acara Colours of Malaysia (CoM) anjuran pejabat Perwakilan Malaysia di Melbourne serta penyenaraian dan promosi produk di platform eDagang tempatan iaitu Peepo, Just Go Shop dan Savour of Asia. Sejumlah 30 syarikat Malaysia telah menyertai program ini dan barangan yang dipromosikan adalah produk berasaskan minyak sawit, ramuan makanan, madu kelulut, sos dan pes, rempah ratus, makanan sejuk beku, biskut serta produk sedia dimakan. Program ini berjaya meningkatkan kesedaran dan penjenamaan produk Malaysia di mana penambahan jualan sama ada secara fizikal atau dalam talian telah dilaporkan. Promosi InStore Program Choose Malaysia LOKASI Victoria dan Australia Selatan, Australia TARIKH 9 – 13 Okt 2021 NAMA PROGRAM Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 81 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0