Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 112 ANTARA KISAH KEJAYAAN Aladdin Commerce Sdn Bhd Aladdin1 Malaysia (www.aladdin1.my), merupakan platform perdagangan yang memanfaatkan teknologi dan media sosial untuk mengetengahkan produk dan perkhidmatan yang berfokuskan gaya hidup Halal. Melalui kerjasama pejabat MATRADE di luar negara serta penyertaan aktif dalam aktiviti promosi perdagangan yang dianjurkan oleh MATRADE, Aladdin berjaya meluaskan capaiannya ke 45 buah negara dengan lima (5) bilion penduduk termasuk 1.45 bilion muslim. Ini memberi peluang lebih banyak PKS Malaysia untuk mengeksport produk dan perkhidmatan mereka. MATRADE membantu mengenal pasti PKS yang sedia mengeksport dengan tujuan untuk menyenaraikan produk dan perkhidmatan mereka di semua platform perdagangan dalam talian, termasuk Aladdin. Perak Duck Food Industries Sdn Bhd Ditubuhkan pada 1985, Perak Duck Food Industries Sdn Bhd merupakan peneraju industri itik di Malaysia. Syarikat menggunakan teknologi moden dan canggih dalam penghasilan makanan itik untuk mendapatkan daging itik yang bermutu. Dengan lebih 40 buah ladang di seluruh negeri Perak, pelbagai anak syarikat di sepanjang rantaian nilai telah ditubuhkan, antaranya untuk mengendalikan ladang, mengawal proses pembiakan dan penetasan, membuat makanan itik, rumah penyembelihan serta kilang memproses itik. Produk syarikat dieksport ke China, Hong Kong, Jepun, Brunei, Indonesia, India, Sri Lanka dan Timur Tengah. Bina Puri Holdings Bhd Bina Puri Holdings Bhd ialah syarikat senaraian awam berkaitan pembinaan termasuk pembinaan sivil dan bangunan, konsesi lebuh raya, pembangunan hartanah, utiliti, operasi kuari dan usaha niaga antarabangsa. Bina Puri merupakan syarikat pembinaan Malaysia yang terawal menerokai pasaran luar negara sejak 1995 dan mempunyai pengalaman luas dalam menjalankan perniagaan di negara asing. Syarikat telah berjaya melaksanakan projek pembinaan di beberapa negara termasuk !ailand, Brunei, Indonesia, China, India, Pakistan, Nepal, UAE, Arab Saudi, Iraq dan Rusia. Memenangi projek berprofil tinggi seperti Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) merupakan satu lagi kejayaan besar syarikat di pasaran global. Berikutan ini, jumlah eksport dan imej Malaysia sebagai pengeksport perkhidmatan dijangka akan terus meningkat di peringkat antarabangsa. Syarikat telah mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang disediakan oleh MATRADE melalui penyertaan dalam ITF, misi pelaburan, dana eksport perkhidmatan (SEF) dan lain-lain termasuk hubungan baik dengan pejabat perdagangan MATRADE di negara syarikat beroperasi. KGiSL (KG Information Systems Sdn Bhd) KGiSL ialah syarikat perisian perusahaan B2B pelbagai produk yang menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan dalam ruang perbankan, perkhidmatan kewangan dan insurans (BFSI) yang sangat sensitif dan berorientasikan data. Berbekalkan misi untuk memberikan kepuasan pelanggan, perisian next-gen direka dan dibangunkan Press Metal Bintulu Sdn Bhd Syarikat merupakan pengeluar aluminium bersepadu global di rantau Asia Tenggara. Aktiviti perniagaan utama syarikat terdiri daripada pembuatan value-added and extrusion aluminium products. Kilang yang terletak lokasi strategik di Sarawak menerima purata hujan yang banyak, membolehkan tenaga hidro digunakan dan menjadikan produk aluminiumnya lestari serta mampan. Syarikat menerima permintaan yang tinggi kerana faktor kelestarian di mana produknya diperlukan untuk industri tenaga boleh diperbaharui dan kenderaan elektrik. Operasi bersepadu syarikat memastikan bekalan bahan mentah terjamin dan mengurangkan kebergantungan kepada pembekal luar. MATRADE melalui pejabat perdagangan di Hong Kong telah menghubungkan syarikat dengan pembeli dari negara itu yang mempunyai permintaan terhadap produk aluminum dengan jejak karbon rendah di mana syarikat telah berjaya mendapatkan kontrak pembekalan jongkong aluminium. MATRADE membantu mengenal pasti pasaran eksport baharu untuk ditembusi oleh syarikat melalui pelbagai program promosi yang dianjurkan serta risikan pasaran yang disediakan oleh pejabat MATRADE luar negara. oleh syarikat. Produk utama syarikat iaitu NSURE Suites of Solutions dan Rangka Kerja Penyelesaian Produk Insurans Teras (ISF) yang meliputi segmen insurans hayat, bukan hayat dan takaful, bersedia untuk dijadikan ‘Center of Excellence’ of KGiSL’s InsurTech vertical dan juga sebagai hab untuk pasaran ASEAN dan Timur Tengah. Syarikat menyediakan aplikasi dan penyelesaian kepada industri insurans, perbankan dan takaful selain daripada perkhidmatan automasi dan transformasi digital sebagai tambahan kepada perisian penyelesaian untuk pasaran rantau ASEAN dan Timur Tengah, yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan teknologi digital Malaysia. MATRADE membantu mengatur padanan perniagaan antara syarikat dengan pelanggan antarabangsa semasa aktiviti promosi perdagangan serta berkongsi maklumat berkaitan perniagaan dan perdagangan. Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 112 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0