Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 102 PROGRAM RAMP-UP SYARIKAT PERINGKAT PERTENGAHAN PROGRAM RAMP-UP SPP Program Ramp-Up untuk SPP sedia ada melibatkan 275 syarikat yang telah berjaya menyertai MTCDP. SPP ini telah dibantu dalam meningkatkan eksport mereka di pasaran sasaran dan pasaran baharu, menerusi program intervensi khusus ataupun penyertaan di dalam program promosi eksport MATRADE. Seperti mana tahun 2020, kebanyakan program dilaksanakan secara maya dan hibrid. Bagi meraikan 63 SPP yang telah berjaya menamatkan program MTCDP pada tahun 2019 dan 2020, satu Majlis Graduasi secara hibrid telah diadakan pada 23 Mac 2021. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) YB Senator Datuk Lim Ban Hong telah menyampaikan sijil kepada SPP terlibat. Program sasaran pasaran juga telah dilaksanakan secara maya ke negara seperti Indonesia dan China. Program ini melibatkan taklimat terkini tentang pasaran, kaedah mengeksport, sesi padanan perniagaan dan sesi personalised pitching di antara SPP bersama rakan niaga yang berpotensi dari luar negara Bagi tahun 2021, Inisiatif Penjenamaan Global turut dilaksanakan di bawah Program Ramp-Up bagi meningkatkan nilai jenama negara sebagai pengeluar produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan bertaraf dunia. Program berikut telah dilaksanakan di bawah inisiatif ini: • Malaysia Festival 2021 and In-Store Promotion for Mid-Tier Companies, Hong Kong (26 November – 8 Disember 2021) • Malaysia Festival 2021 Beijing, China (18 Oktober 2021) • Kisah Kejayaan SPP - kolaborasi bersama !e Star Online (Mac - November 2021) • Mid-Tier Branding Initiatives, Istanbul, Turkiye (Disember 2021) Dalam usaha bagi membolehkan MATRADE memberikan sokongan yang lebih berkesan dan efektif di bawah Program Ramp-Up ini, sesi impact tracking bersama SPP telah diadakan secara maya. Melalui sesi tersebut, MATRADE dapat menilai keberkesanan program, memperolehi maklumat terkini daripada SPP serta mengenalpasti cabaran terkini yang dihadapi dalam menerokai pasaran antarabangsa. Selain itu, aspek peningkatan keupayaan menjadi tumpuan, terutamanya dalam pendigitalan dan kelestarian. SPP telah bertindak sebagai “mentor” kepada PMKS dalam program penanda aras benchmarking yang telah dilaksanakan seperti berikut: • Benchmarking Programme on Digitalisation pada 10 November 2021 • Benchmarking Programme on Sustainability pada 1 Disember 2021 Acara kemuncak bagi Ramp-Up pada tahun 2021 adalah “MidTier Companies (MTCs) CEO Summit 2021” yang diadakan pada 20 Disember 2021. Persidangan yang dibuat secara hibrid ini bertemakan “Charting the Course for Export Growth”, telah menarik lebih 300 peserta. Ia merupakan platform bagi SPP untuk berkumpul dan berkongsi idea mengenai cabaran dan pelan eksport untuk tahun 2022. Dalam acara ini, MATRADE telah mengiktiraf SPP yang menunjukkan prestasi yang cemerlang berdasarkan kategori berikut: • Sustainable Advocate: Heng Hiap Industries Sdn Bhd • Digitalisation Advocate: MDT Innovations Sdn Bhd • Automation Advocate: Vitrox Corporation Bhd • Business Agility Advocate: Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd • Leadership Advocate: Marrybrown Sdn Bhd • Rising Star: En. Johary Mustapha (CEO Forest Interactive Sdn Bhd) • !e Unsung Hero: En. Callum Chen (CEO LH Plus Sdn Bhd) MATRADE juga turut bekerjasama dengan rakan strategik seperti Malaysian Consortium of Mid Tier Companies (MCMTC), MIDA, MPC, Bank Negara dan beberapa institusi kewangan di Malaysia bagi mengukuhkan daya saing SPP dan seterusnya memacu eksport mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 102 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0