Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 84 Pertumbuhan ekonomi dunia semakin dipacu oleh pendigitalan serta tingkah laku pengguna yang telah beralih kepada pilihan urusan yang cepat dan mudah alih melalui teknologi internet dan komunikasi. Pandemik COVID-19 telah menjadikan ekonomi digital semakin penting demi memastikan kelangsungan aktiviti ekonomi. Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital Blueprint) menyediakan hala tuju bagi merealisasi sepenuhnya potensi ekonomi digital untuk mencapai pembangunan sosioekonomi yang inklusif, bertanggungjawab dan mampan. Rangka Tindakan Perdagangan Nasional (RTPN) pula menggariskan pelan tindakan pembangunan eksport untuk memperkasakan keupayaan eksport negara yang mampan, disokong oleh ekosistem perdagangan yang cekap dan promosi produk yang berdaya saing. Teras Strategik ke-4 RTPN menekankan perkembangan eksport melalui penggunaan teknologi dan eDagang. Berpandukan kedua-dua rangka tindakan di atas, MATRADE memainkan peranan penting sebagai pemboleh daya dalam mentransformasikan PMKS Malaysia dengan menetapkan hala tuju, memudah cara, inisiatif serta menggalakkan perniagaan untuk menguasai teknologi digital terutama untuk perdagangan rentas sempadan yang secara langsung dapat: i. Meningkatkan penglibatan PMKS dalam bidang eDagang rentas sempadan; ii. Meningkatkan nilai eksport melalui eDagang; dan iii. Membangunkan penjenamaan barangan Malaysia di pasaran antarabangsa. MENDIGITALKAN EKSPORT MATLAMAT 2 Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 84 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0