Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 66 MATRADE berjaya menganjurkan EAM bagi perkhidmatan profesional ke Jeddah dan Riyadh, Arab Saudi dari 13 hingga 18 November 2021. Misi dianjurkan bagi mendapatkan maklumat berkaitan peluang pasaran di Arab Saudi, meneroka peluang kerjasama perniagaan dan meningkatkan perdagangan dua (2) hala. Arab Saudi merupakan negara terbesar di rantau Teluk dengan populasi seramai 32 juta serta ekonomi terbesar dengan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak USD683.7 bilion. 10 wakil dari enam (6) syarikat penyedia perkhidmatan profesional Malaysia yang menyertai misi ini adalah dari sektor pengurusan projek, pembinaan, kejuruteraan dan seni bina. Pelbagai program diatur dalam misi ini merangkumi sesi taklimat, padanan perniagaan dan pembentangan syarikat, lawatan kerja, majlis makan malam bersama syarikat tempatan dan majlis menandatangani MoU. Terdapat pelbagai peluang ditawarkan dalam misi ini antaranya pembangunan infrastruktur di kota suci Mekah untuk meningkatkan sistem pengangkutannya dan pembinaan bangunan komersial serta hotel. Selain itu, terdapat juga peluang pembangunan dan pengurusan projek Knowledge Economic City dengan persekitaran pencemaran yang rendah merangkumi projek perumahan, kemudahan moden, kemudahan sukan dan rekreasi yang baik serta perkhidmatan pendidikan dan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi. Dua (2) MoU telah dimeterai dalam misi ini membabitkan tumpuan kepada pembangunan sistem pemanasan, pengudaraan, penyaman udara dan penyejukan (HVACR) di Arab Saudi. Selain itu, satu (1) lagi MoU ditandatangani merangkumi dari kerja pra-kontrak meliputi konsep reka bentuk sehingga penyediaan dokumen tender. Kedua-dua sesi menandatangani MoU itu disaksikan oleh Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi. Misi ini memberi manfaat dari segi menjalinkan hubungan perniagaan di antara syarikat Malaysia dengan pihak berkuasa tempatan, persatuan perniagaan tempatan serta membuka peluang bertemu dengan rakan kongsi berpotensi di Arab Saudi. Syarikat yang menyertai misi ini juga berjaya mendapatkan pemahaman mengenai landskap perniagaan, peluang dan cabaran dalam pasaran Arab Saudi. Selain itu, para peserta turut berkongsi pengalaman dan bertukar idea dengan bakal rakan kongsi di negara tersebut. EAM Perkhidmatan Profesional ke Jeddah dan Riyadh, Arab Saudi LOKASI Jeddah & Riyadh, Arab Saudi TARIKH 13 – 18 Nov 2021 NAMA PROGRAM Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 66 21/11/2022 11:49

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0