Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 54 SOROTAN PAMERAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA MATRADE telah menyelaraskan penyertaan syarikat Malaysia dalam 12 pameran perdagangan antarabangsa dan menganjurkan satu pameran antarabangsa pada 2021. Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mempromosi keupayaan syarikat Malaysia ke peringkat antarabangsa. Menerusi pameran ini, syarikat Malaysia berpeluang untuk menerokai pasaran eksport baharu dan membina rangkaian bersama pengimport. MATRADE turut mengatur sesi padanan perniagaan semasa pameran ini diadakan. SEKTOR ELEKTRIK & ELEKTRONIK, ICT, JENTERA & PERALATAN Industrial Transformation Asia Pacific (ITAP) 2021 merupakan pameran perdagangan antarabangsa bagi Industri 4.0 yang utama di rantau Asia Pasifik. Menurut pihak penganjur, ITAP 2021 yang berlangsung secara hibrid selama tiga (3) hari mulai 22 hingga 24 November 2021 telah menerima kunjungan lebih 11,000 pelawat dari pelbagai latar belakang industri seperti elektrik & elektronik, semikonduktor, minyak & gas, pembuatan aditif, makanan & minuman dan aeroangkasa. Sejajar dengan usaha berterusan dalam menjenamakan dan mempromosi eksport serta keupayaan Malaysia dalam bidang automasi dan Industri 4.0 di luar negara, MATRADE telah berjaya menyelaras bagi kali ketiga penyertaan syarikat Malaysia melalui astaka Malaysia secara maya di ITAP 2021. Lima (5) syarikat Malaysia mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka seperti switchgear & switchboards, big data analytic solution dan IR4.0 training services. MATRADE telah mempromosi penyertaan syarikat Malaysia dalam ITAP 2021 di stesen radio BFM dan platform pengiklanan sepanduk maya sepanjang berlangsungnya acara ini. Astaka Malaysia di ITAP 2021 telah berjaya menarik seramai 140 pelawat dengan beberapa sesi padanan perniagaan telah diatur melibatkan syarikat Malaysia dan luar negara. Industrial Transformation Asia Pacific (ITAP) LOKASI Singapura TARIKH 22 – 24 Nov 2021 NAMA PROGRAM 140 pelawat ke astaka Malaysia Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 54 21/11/2022 11:49

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0