Laporan Tahunan 2021

Matlamat Teras MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 99 PROGRAM PEMBANGUNAN PENGEKSPORT BUMIPUTERA, WANITA DAN BELIA Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera, Wanita dan Belia (BWYEDP) ialah program bimbingan untuk membantu syarikat milik Bumiputera, wanita dan belia meneroka pasaran eksport. BWYEDP diwujudkan pada 2004 sebagai Program Jangkauan Perdagangan MATRADE. Program ini yang pada asalnya bertujuan untuk membangunkan pengeksport Bumiputera telah disusun semula pada 2005 untuk melibatkan usahawan wanita. Program ini telah dikemas kini pada 2014 untuk penyertaan usahawan belia. BWYEDP menawarkan program sokongan selama tiga (3) tahun untuk menggalakkan syarikat yang terlibat berdaya saing dan mampan bagi mengembangkan eksport produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran antarabangsa. Ia adalah satu program yang melibatkan latihan perniagaan pengeksport yang disesuaikan mengikut keperluan syarikat tertentu, termasuk latihan peningkatan kompetensi, pendedahan perniagaan antarabangsa, sesi jaringan hubungan dan pementoran, serta pembangunan kepimpinan dan keusahawanan. Sejak program ini diperkenalkan, BWYEDP telah meluluskan penyertaan sebanyak 430 syarikat milik Bumiputera, wanita dan belia dalam program ini. Sebanyak 342 syarikat telah tamat latihan manakala 88 syarikat masih mengikuti program. Secara keseluruhannya, syarikat-syarikat yang menyertai program BWYEDP telah merekodkan potensi eksport berjumlah RM2.1 bilion. Pada tahun 2021, MATRADE telah meluluskan pengambilan baharu sebanyak 28 syarikat yang terdiri daripada 10 syarikat Bumiputera, 11 syarikat wanita dan tujuh (7) syarikat belia. Program ini juga telah ditambah baik dengan kriteria bimbingan di mana syarikat dibenarkan mengambil bahagian dalam pameran perdagangan antarabangsa secara maya. Inisiatif ini adalah bersesuaian dengan situasi semasa yang menyekat pergerakan rentas sempadan negara dan peningkatan amalan promosi perdagangan secara digital. PROGRAM PEMBANGUNAN PENGEKSPORT BUMIPUTERA, WANITA DAN BELIA 2021 Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera Program Pembangunan Pengeksport Wanita syarikat 10 syarikat syarikat 11 Program Pembangunan Pengeksport Belia 7 KRITERIA KELAYAKAN BUMIPUTERA WANITA BELIA • Berdaftar sebagai Ahli MATRADE & melengkapkan Export Readiness Assessment Tools (ERAT) • Berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 sebagai Sendirian Berhad • 51% milikan atau Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Urusan/ Pengerusi • 3 tahun di pasaran domestik dan bersedia untuk eksport syarikat menyertai program semenjak 2004 430 syarikat pengambilan baru 28 Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 99 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0