Laporan Tahunan 2021

120 Usaha penjanaan hasil melibatkan pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk meningkatkan kedudukan kewangan dalam membantu operasi MATRADE. Inisiatif penjanaan hasil yang dijalankan adalah seperti penyewaan ruang pejabat di Menara MATRADE, yuran latihan pengeksport, yuran penyertaan syarikat dalam program promosi, yuran pameran di Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC), perkongsian pendapatan daripada program promosi perdagangan dan lain-lain hasil diterima berdasarkan kepada inisiatif yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penjanaan Hasil (JPH). Pada tahun 2021, sebanyak 13 kertas kerja bagi pelbagai permohonan telah diluluskan oleh JPH. Kelulusan ini meningkatkan penjanaan hasil di samping memberi kemudahan yang lebih baik kepada syarikat Malaysia. PENJANAAN HASIL Pengurusan Perolehan Pentadbiran Kontrak • Jadual/ Rekod Pemantauan Projek • Tindakan Liquidated Ascertained Damages (LAD) • Penamatan Kontrak • Tempoh Jaminan • Pelepasan Bon Pelaksanaan Perancangan • Kenal Pasti Keperluan • Peruntukan • Kajian Pasaran • Kelulusan Pelaksanaan Pelaksanaan • Penyediaan Spesifikasi/ Terma Rujukan • Penubuhan Jawatankuasa • Kelulusan Spesifikasi/ Terma Rujukan Penilaian • Penilaian Teknikal • Penilaian Harga • Penilaian Perunding ICT Pemantauan • Jaminan Kualiti Produk/ Perkhidmatan • Pemindahan Teknologi • Penyerahan Projek MATRADE berjaya mengekalkan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 bagi tahun 2021 yang telah disyorkan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd (SIRIM) iaitu badan pensijilan yang dilantik oleh MATRADE bagi memastikan agensi menepati dan mematuhi prosedur sistem pengurusan kualiti yang telah ditetapkan. SIRIM bersetuju untuk mengekalkan pensijilan tersebut yang telah diterima semasa Sesi Audit Pengawasan SPK ISO 9001:2015 pada 28 dan 29 Jun 2021. Kesemua proses kerja melibatkan program utama dan aktiviti sokongan MATRADE telah dinilai dengan teliti dan keputusan pengauditan luar mengesahkan bahawa MATRADE telah melaksanakan program mengikut prosedur yang telah ditetapkan selaras dengan keperluan yang termaktub di dalam Standard Antarabangsa ISO tanpa terdapat sebarang penemuan Opportunities for Improvement (OFI) dan NonConformity Report (NCR). Maka, pihak SIRIM telah mengesyorkan dan bersetuju untuk mengekalkan Pensijilan Quality Management System (QMS) ISO 9001:2015 MATRADE yang telah diterima sebelum ini. Pengiktirafan pensijilan ISO ini sudah pasti dapat memperkukuhkan kredibiliti dan reputasi MATRADE sebagai sebuah badan agensi kerajaan bertaraf dunia. MATRADE merakamkan setinggitinggi penghargaan kepada semua warga MATRADE di atas kerjasama yang telah diberikan secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan memberi penyampaian perkhidmatan yang terbaik berpandukan Sistem Pengurusan Kualiti MATRADE dan melaksanakan penambahbaikan secara berterusan selaras dengan garis panduan Standard Antarabangsa ISO. UNIT PERANCANGAN ORGANISASI DAN TRANSFORMASI PENGURUSAN BELANJAWAN Amalan Perolehan Yang Telus Proses perolehan MATRADE telah diuruskan secara telus berdasarkan pekeliling dan peraturan kerajaan yang dikuatkuasakan. Semua urusan berkaitan perolehan dilaksanakan berdasarkan amalan tadbir urus baik dengan mematuhi prinsip perolehan seperti berikut: • Akauntabiliti Awam Urusan perolehan yang diamanahkan hendaklah dilaksanakan secara bertanggungjawab dengan mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan. • Diuruskan Secara Telus Semua dasar, peraturan dan proses perolehan yang dilaksanakan hendaklah jelas, diketahui dan difahami umum serta mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan. • Nilai Faedah Yang Terbaik Pengurusan perolehan hendaklah memberi pulangan yang terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. • Saingan Terbuka Proses perolehan hendaklah memberi peluang terbuka kepada pihak yang layak bersaing. • Adil dan Saksama Sesuatu perolehan hendaklah dipelawa, diproses dan dipertimbangkan dengan adil dan saksama berasaskan dasar dan peraturan yang ditetapkan. PEROLEHAN YANG TELAH DILAKSANAKAN PADA TAHUN 2021 Belian Terus Sebut Harga Tender Rundingan Terus 65 50 7 57 RM765,031.16 RM9,297,784.57 RM55,256,403.03 RM5,746,043.75 236 perolehan pejabat luar negara telah dilaksanakan berjumlah RM9,179,622.48 Prinsip Perolehan Semua urusan berkaitan perolehan MATRADE dilaksanakan berdasarkan amalan tadbir urus baik (good governance practices) dengan mematuhi perolehan seperti berikut: Diuruskan Secara Telus Dasar, peraturan dan proses perolehan yang dilaksanakan hendaklah jelas, diketahui dan difahami umum Saingan Terbuka Memberi peluang terbuka kepada semua pihak yang layak bersaing Nilai Faedah Terbaik Memberi pulangan yang terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan Adil & Saksama Dipelawa, diproses dan dipertimbangkan dengan adil dan saksama PEROLEHAN Laporan Tahunan 2021 Matrade 2021 - BAB 4 zrq.indd 120 21/11/2022 11:52

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0