Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 88 Program Electronic Business Linkage (eBizLink) merupakan inisiatif baharu berimpak tinggi yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang dilaksanakan oleh MATRADE selama setahun bermula dari Julai 2021 sehingga Jun 2022. Ia bertujuan bagi memperhebatkan promosi eksport Malaysia dengan memanfaatkan platform maya dan hibrid dengan penumpuan khusus terhadap pemasaran digital. Pelaksanaan inisiatif ini disokong oleh 46 pejabat MATRADE di luar negara menerusi kolaborasi strategik dengan pemegang taruh tempatan dan antarabangsa termasuk agensi kerajaan berkaitan, komuniti perniagaan dan pemain industri. Program ini menyediakan solusi yang kos efektif dan lestari kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan syarikat peringkat pertengahan (SPP) Malaysia bagi merebut peluang perniagaan baharu di pasaran global dalam mengharungi cabaran dan ketidaktentuan berpanjangan akibat pandemik COVID-19. eBizLink memfokuskan kepada konsep Online to Offline (O2O) dengan penumpuan secara khusus diberikan kepada pemasaran digital termasuk pempengaruh digital (Key Opinion Leaders). Pendekatan pemasaran di platform eDagang B2B dan B2C dan in-store promotion yang diintegrasikan menggunapakai platform sosial media bagi memperhebatkan kempen jualan secara atas talian untuk mempromosi produk dan jenama Malaysia di peringkat serantau dan antarabangsa. Pada akhir tahun 2021, program eBizLink telah memanfaatkan lebih 350 pengeksport dari sektor makanan dan minuman, produk penjagaan diri dan kesihatan, barangan pengguna cepat laris (FMCG) serta perkhidmatan eDagang. MATRADE menyasarkan lebih 40 eBusiness Global Campaign dan sehingga 31 Disember 2021, sembilan (9) program berjaya dijalankan iaitu: 1. JD618 Shopping Festival Digital Expo di China 2. ASEAN Online Sales Day (“AOSD”) di Myanmar, Vietnam, Singapura, Indonesia dan !ailand 3. Choose Malaysia Promotion Programme di Kemboja 4. Malaysia Promotion Programmes sempena China-ASEAN Expo (CAEXPO) 2021 di China 5. Flavours of Malaysia di Belanda 6. Asian Grocery & eMarket Place di Australia 7. Malaysia Festival di Hong Kong 8. Online Campaign with eCommerce Platform di Pakistan 9. Online Campaign with Health & Glow di India Sembilan (9) program lagi masih di peringkat pelaksanaan di Filipina, Myanmar, Jepun, China, ROK, Turki, Uzbekistan dan Amerika Syarikat. 9 10 11 17 Amerika & Eropah aktiviti 9 China & Asia Timur Utara aktiviti 10 ASEAN & Oceania aktiviti 11 1 Asia Tengah, Barat, Selatan & Afrika Dagangan Digital (Global) aktiviti aktiviti 48 Kempen Global eBusiness 2H2021 - 1H2022 ELECTRONIC BUSINESS LINKAGE (eBIZLINK) 17 Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 88 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0