Laporan Tahunan 2021

Organisasi MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 15 PRESTASI PERDAGANGAN 2021 Tahun 2021 telah menyaksikan prestasi perdagangan dunia yang kembali kukuh setelah mengalami kerencatan rantaian bekalan serta ketidaktentuan ekonomi yang tercetus akibat pandemik COVID-19. Di sebalik pelbagai cabaran ini, komuniti perniagaan Malaysia dilihat masih berdaya saing dan dapat menyumbang kepada peningkatan aktiviti perdagangan yang didorong oleh permintaan global yang kukuh. Perdagangan Malaysia pada tahun 2021 mencatatkan prestasi yang memberangsangkan dengan perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan mencecah paras tertinggi setakat ini. Perdagangan turut merekodkan pencapaian baharu apabila buat julung kalinya telah melepasi aras RM2 trilion serta mencatatkan pertumbuhan terpantas sejak 1994. Eksport bernilai RM1.241 trilion, mencapai 99% daripada unjuran yang telah ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMKe12) bagi tahun 2025, empat tahun lebih awal daripada sasaran yang ditetapkan. Lebihan dagangan pula dicatatkan selama 24 tahun berturut-turut sejak 1998. Pencapaian ini disokong oleh permintaan luar yang kukuh dan harga komoditi yang lebih tinggi. RUMUSAN 2021 Untuk terus menyokong pengeksport Malaysia, MATRADE menyediakan perkhidmatan pemudah cara seperti Pusat Informasi Perniagaan (BIC), Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC), Perkhidmatan MyExport dan lain-lain khidmat nasihat. Kemudahan ini disediakan khusus kepada syarikat yang telah berdaftar dengan MATRADE bagi mendapatkan sokongan, akses masa nyata maklumat terkini pasaran, kajian pasaran produk serta pertanyaan perdagangan. Melangkah ke era digitalisasi yang semakin pesat berkembang, terbitan secara elektronik iaitu e-penerbitan berkaitan eksport dan penyumberan telah diterbitkan secara berkala seperti MATRADE’s Insight dan Exclusive from Malaysia (EFM). MATRADE’s Insight mengandungi maklumat berkaitan peluang perniagaan serta halangan perdagangan untuk dikongsi bersama pengeksport. Manakala, EFM pula adalah rujukan bagi rakan kongsi global dan pembeli luar negara yang ingin memperluaskan penyumberan dari Malaysia. Kebanyakan sektor yang diketengahkan dalam e-penerbitan ini merangkumi produk dan perkhidmatan halal, peralatan dan alat ganti jentera, produk penjagaan diri dan banyak lagi. Tahun 2021 turut menyaksikan keberhasilan transformasi digital MATRADE di mana pelbagai inisiatif berimpak tinggi telah dilaksanakan dalam usaha mencapai matlamat sebagai negara perdagangan utama dunia. Selain daripada itu, aspek kelestarian dalam eksport telah diberi penekanan bagi mengintegrasikan syarikat Malaysia dalam rangkaian pasaran global. RANGKA TINDAKAN PERDAGANGAN NASIONAL Dalam memacu agenda perdagangan negara, Rangka Tindakan Perdagangan Nasional (RTPN) telah ditauliahkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan dibangunkan oleh MATRADE. RTPN menggariskan strategi komprehensif dan inisiatif bagi tempoh lima tahun (2021 - 2025) untuk meningkatkan daya saing perdagangan Malaysia khususnya dalam eksport barangan. Dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob pada 25 Oktober 2021, RTPN meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan yang dinamik melalui pembangunan eksport mampan menerusi ekosistem perniagaan yang ditambah baik.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0