Laporan Tahunan 2021

Organisasi MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 11 PENCAPAIAN 2021 MATRADE telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mencapai matlamat penubuhannya yang merangkumi pembangunan pengeksport dan promosi eksport. Usaha-usaha ini melibatkan program pembangunan keupayaan pengeksport, penggalakan eksport, penyebaran maklumat perdagangan dan penyediaan khidmat nasihat serta sokongan berterusan. Dalam fasa pemulihan negara, MATRADE meneruskan inisiatif memanfaatkan teknologi dan platform digital untuk memastikan kelangsungan eksport negara. Program sedia ada telah disesuaikan dengan amalan norma baharu dalam mengatasi kekangan sekatan perjalanan dan penutupan sempadan negara. Usaha ini membolehkan MATRADE berupaya melaksanakan mandatnya dalam memacu eksport dan menjadikan Malaysia sebuah negara perdagangan yang kompetitif di persada antarabangsa. Tahun 2021 menyaksikan prestasi perdagangan dunia kembali kukuh setelah mengalami kerencatan rantaian bekalan global serta ketidaktentuan ekonomi yang tercetus ekoran pandemik COVID-19. Perdagangan Malaysia merekodkan satu lagi pencapaian baharu apabila buat julung kalinya melepasi aras RM2 trilion serta mencatatkan pertumbuhan terpantas sejak 1994. Perdagangan pulih dengan pertumbuhan dua (2) digit sebanyak 24.9% kepada RM2.228 trilion berbanding tahun 2020, setelah mencatatkan penurunan selama dua (2) tahun berturut-turut. Eksport berkembang sebanyak 26.1% kepada RM1.241 trilion, mencapai 99% daripada unjuran yang telah ditetapkan dalam RMKe12 bagi tahun 2025, empat (4) tahun lebih awal dari sasaran yang ditetapkan. Sementara itu, import naik 23.3% kepada RM987.24 bilion dan lebihan dagangan meningkat 38.4% kepada RM253.68 bilion, merupakan lebihan dagangan yang ke-24 tahun berturut-turut sejak 1998. Perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan mencatatkan nilai yang tertinggi setakat ini. MATRADE mempunyai pangkalan data melebihi 26,000 syarikat Malaysia yang menjalankan perniagaan berorientasikan eksport. Syarikat ini dibantu dalam melestarikan pertumbuhan eksport produk dan perkhidmatan Malaysia. Pada tahun 2021, program pembangunan keupayaan pengeksport MATRADE telah memanfaatkan 23,885 syarikat dan program promosi eksport melibatkan sebanyak 2,253 syarikat. MATRADE juga terus menawarkan hala tuju strategik baharu kepada syarikat Malaysia dengan memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi digital serta kelestarian bagi memastikan pertumbuhan jangka panjang. MATRADE akan tetap komited ke arah mengukuhkan ekonomi negara serta bertindak sebagai organisasi peneraju dalam mendukung dan menggalakkan aktiviti eksport negara pada masa akan datang. PERDAGANGAN MALAYSIA MEREKODKAN SATU PENCAPAIAN BAHARU APABILA MELEPASI ARAS EKSPORT BERKEMBANG SEBANYAK KEPADA RM1.241 TRILION, MENCAPAI 99% DARIPADA UNJURAN YANG TELAH DITETAPKAN DALAM RMKe-12 RM2 trilion 26.1%

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0