Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 94 MATRADE memainkan peranan untuk memperkasakan eksport negara melalui Rangka Tindakan Perdagangan Nasional (RTPN) yang bertujuan meningkatkan daya saing eksport Malaysia di pasaran global. Ia melibatkan pemantauan dan penyelarasan kesemua inisiatif dalam memantapkan ekosistem eksport negara yang merangkumi pelbagai kementerian, agensi dan pihak swasta. MATRADE juga bertanggungjawab untuk mengkoordinasi semua program promosi eksport yang dianjurkan oleh kementerian dan agensi melalui peranannya sebagai Urus Setia kepada Jawatankuasa Koordinasi Eksport (JK-X). Semua usaha ini adalah untuk mencapai sinergi yang lebih jitu di antara kementerian, agensi dan pihak swasta untuk meningkatkan eksport negara. MEMPERKASA PELAN EKSPORT NEGARA MATLAMAT 4 Rangka Tindakan Perdagangan Nasional (RTPN) 2021-2025 Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 94 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0