Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 52 Peranan utama MATRADE adalah untuk menyediakan akses bagi menghubungkan syarikat Malaysia kepada pembeli luar negara. Bagi mencapai matlamat tersebut, MATRADE telah mengatur penyertaan dalam Pameran Perdagangan Antarabangsa (ITF) untuk membuka lebih banyak peluang eksport untuk syarikat tempatan. Selain itu, MATRADE menganjurkan Misi Akselerasi Eksport (EAM) dan Program Penyumberan Antarabangsa (INSP). Usaha tersebut bertujuan membantu syarikat Malaysia merebut pasaran eksport dan meneroka peluang baharu di luar negara untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan masingmasing. MATRADE meneruskan usaha menganjur program promosi untuk syarikat Malaysia sama ada secara maya atau hibrid sejajar dengan trend penganjuran acara antarabangsa pada pasca pandemik dalam keadaan sekatan perjalanan yang dilanjutkan. MATRADE terus memanfaatkan inisiatif digitalisasi menggunakan kaedah alternatif padanan perniagaan di antara syarikat Malaysia dengan pembeli luar negara secara maya melalui platform digital dikenali sebagai eBizMatch. Inisiatif untuk memudahkan akses pasaran ini dilaksanakan secara bersama oleh ibu pejabat MATRADE, pejabat wilayah dan pejabat luar negara dengan memanfaatkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani. Rangkaian pejabat MATRADE di luar negara turut memantau perkembangan peluang perniagaan di pasaran antarabangsa dan memberikan risikan pasaran bagi membolehkan ibu pejabat memadankan pengimport dengan syarikat Malaysia. Selain menguruskan operasi program promosi eksport di luar negara, pejabat luar negara turut menjadi penghubung di antara pengimport dan syarikat Malaysia. Hasil Program Penggalakan Eksport pada 2021 PROGRAM PENGGALAKAN EKSPORT Misi Akselerasi Eksport Pameran Perdagangan Antarabangsa Program Penyumberan Antarabangsa Misi Perdagangan & Pelaburan Kaunter Promosi In-Store Promotion Jumlah eBizMatch eBizLink BIL PROGRAM 15 12 9 4 2 1 43 1,692 padanan perniagaan (termasuk eBizMatch semasa Program Penyumberan Antarabangsa) 10 eBusiness Global Campaign MEMUDAHKAN AKSES PASARAN MATLAMAT 1 Jualan Eksport RM12.76 bil Jumlah Sesi Padanan Perniagaan 3,942 Jumlah Syarikat 2,253 Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 52 21/11/2022 11:49

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0