Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 98 LATIHAN PENGEKSPORT Pandemik COVID-19 tidak menjejaskan inisiatif MATRADE untuk terus membantu pengeksport Malaysia dengan menyalurkan maklumat penting melalui program latihan pengeksport sepanjang tahun 2021. Program latihan yang diadakan secara maya semenjak tahun lalu diteruskan seperti dirancang. Sebanyak 40 program latihan berjaya diadakan terdiri daripada 18 program berkaitan penerokaan pasaran antarabangsa dan sesi perkongsian pengalaman pengeksport Malaysia antaranya ke pasaran ASEAN, China dan Asia Timur, Timur Tengah, Afrika, Asia Barat, Amerika dan Eropah. Sementara itu, 15 program pula berkaitan peluang pasaran bagi sektor produk dan perkhidmatan tertentu seperti perkhidmatan profesional, pembinaan dan pendigitalan (platform eDagang dan alat digital berkaitan eksport) manakala tujuh (7) program latihan pula merangkumi topik pelabelan, pembungkusan, penjenamaan, kemudahan dan geran yang disediakan oleh MATRADE. Sepanjang tahun 2021, sebanyak 8,694 buah syarikat menyertai program latihan ini. MATRADE turut bekerjasama dengan syarikat teknologi multinasional antarabangsa, penyedia platform eDagang, agensi kerajaan, perkhidmatan profesional, persatuan perdagangan, institusi kewangan dan perbankan dalam menjayakan program latihan tersebut antaranya Google Malaysia, PG Mall, Alibaba, SIRIM Berhad, Kementerian Kesihatan Malaysia, MYNIC Berhad dan Bank Pembangunan Asia (ADB). 40 program latihan 8,694 syarikat menyertai program latihan Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 98 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0