Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 62 MATRADE dengan kerjasama Pertubuhan Industri Rel Malaysia (MARIC) menyelaras penyertaan syarikat Malaysia di dalam EAM secara maya berkaitan industri rel ke Filipina yang diadakan dari 20 hingga 21 Oktober 2021. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti perniagaan Filipina tentang keupayaan serta kebolehan syarikat Malaysia berkaitan sistem kejuruteraan rel. Di samping itu, misi ini juga bertujuan mengenal pasti peluang perniagaan dalam projek rel semasa dan masa akan datang di Filipina. Sebanyak 12 syarikat Malaysia terdiri daripada pelbagai bidang kepakaran termasuk rolling stock, signaling & telecommunication, power electrification, track works, train simulation serta pendidikan menyertai misi ini. Program ini melibatkan beberapa aktiviti antaranya taklimat pasaran daripada MATRADE, sesi pembentangan daripada kerajaan Malaysia dan Filipina serta sesi pitching oleh syarikat Malaysia. Sejumlah 55 mesyuarat padanan perniagaan di antara syarikat Malaysia dan Filipina berjaya diatur bagi memberi peluang kepada pemain industri dari kedua-dua negara mencari peluang perniagaan. Seramai 309 peserta telah menghadiri webinar pada 20 Oktober 2021 dengan pembentangan mengenai Philippines Rail Projects Pipeline dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Filipina manakala wakil Kementerian Pengangkutan Malaysia melakukan pembentangan mengenai Overview and Current Development of Malaysia’s Railway Industry. Selain itu, satu sesi pitching oleh peserta misi telah dianjurkan untuk mempromosikan keupayaan syarikat Malaysia di dalam bidang rolling stock, signaling & telecommunication, power electrification, track works, train simulation serta pendidikan berkaitan rel. Pada 21 Oktober 2021, pembentangan melibatkan firma guaman Quisumbing Torres dan Maybank Filipina telah diadakan untuk meningkatkan kefahaman syarikat Malaysia mengenai cara menubuhkan pejabat, pembayaran cukai serta pembiayaan korporat di Filipina. SEKTOR PENGANGKUTAN & LOGISTIK MATRADE menganjurkan EAM secara hibrid bagi industri automotif ke Sri Lanka dari 8 hingga 9 Disember 2021. Misi ini bertujuan untuk meningkatkan serta mengembangkan eksport Malaysia bagi alat ganti dan komponen automotif ke Sri Lanka. Selain itu, ia juga menjadi satu platform ideal untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti perniagaan Sri Lanka tentang keupayaan syarikat Malaysia dalam sektor automotif. Sebanyak sembilan (9) syarikat Malaysia melibatkan pelbagai bidang kepakaran seperti audio systems, oil and lubricants, carpets, fuel catalysts, adhesives, sealants, filters dan perkhidmatan logistik menyertai misi ini. MATRADE berjaya menganjurkan sesi webinar mengenai Opportunities in Automotive Parts & Components in Sri Lanka dengan kerjasama Sri Lanka Automotive Component Manufacturers’ Association (SLACMA) dan Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii). Meskipun syarikat Malaysia menyertai misi ini secara maya, program di Sri Lanka diadakan secara fizikal dengan 55 syarikat automotif dari negara tersebut mengikuti penerangan penceramah di Malaysia melalui aplikasi Zoom yang diadakan di Hotel Cinnamon Grand Colombo, Sri Lanka. MATRADE turut berjaya mengadakan 65 padanan perniagaan secara maya antara syarikat automotif Sri Lanka dengan syarikat Malaysia. EAM Industri Rel ke Filipina LOKASI Manila, Filipina TARIKH 20 – 21 Okt 2021 NAMA PROGRAM EAM Industri Automotif ke Sri Lanka LOKASI Colombo, Sri Lanka TARIKH 8 – 9 Dis 2021 NAMA PROGRAM Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 62 21/11/2022 11:49

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0