Laporan Tahunan 2021

Laporan Prestasi Perdagangan Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 35 JUMLAH PERDAGANGAN RM93.27 bilion 31.2% EKSPORT RM65.21 bilion 48.3% BARANGAN EKSPORT UTAMA IMPORT RM28.06 bilion 3.5% Pada tahun 2021, jumlah perdagangan ke Asia Selatan meningkat sebanyak 31.2% kepada RM93.27 bilion berbanding tahun lalu. India, Bangladesh dan Pakistan merupakan rakan dagang utama Malaysia di Asia Selatan yang merangkumi 94.7% daripada jumlah perdagangan dengan rantau ini. Eksport ke Asia Selatan yang mewakili 5.3% daripada jumlah eksport Malaysia, berkembang 48.3% kepada RM65.21 bilion berikutan kenaikan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, keluaran petroleum serta kimia dan bahan kimia. Barangan eksport utama ke rantau ini adalah minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit (30.7% syer), keluaran petroleum (12.8%) dan barangan E&E (11.7%). Manakala, import dari Asia Selatan naik 3.5% kepada RM28.06 bilion. Barangan import utama adalah keluaran petroleum, kimia dan bahan kimia serta barangan perkilangan logam. India kekal sebagai rakan dagang utama dan merangkumi 74.8% syer daripada jumlah perdagangan Malaysia dengan rantau ini. India juga merupakan pasaran eksport terbesar di Asia Selatan dengan syer sebanyak 69.3%. Eksport ke India berkembang 48.7% kepada RM45.20 bilion berikutan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, kimia dan bahan kimia serta barangan E&E yang lebih tinggi. Barangan eksport utama ke India adalah minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit ASIA SELATAN RAKAN DAGANG UTAMA India Bangladesh Pakistan 8.5% 74.8%* 11.4% *syer kepada jumlah perdagangan ke rantau ini MINYAK SAWIT (PERTANIAN) KELUARAN PETROLEUM BARANGAN E&E (35% syer), barangan E&E (14.9%) serta kimia dan bahan kimia (11.9%). Walau bagaimanapun, import dari India menurun secara marginal sebanyak 1.6% kepada RM24.53 bilion. Barangan import utama adalah keluaran petroleum, kimia dan bahan kimia serta barangan perkilangan logam. Matrade 2021 - BAB 2.indd 35 21/11/2022 11:39

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0