Laporan Tahunan 2021

Matlamat Teras MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 97 MATRADE melaksanakan beberapa program untuk membantu syarikat tempatan mempersiapkan diri meneroka peluang eksport di luar negara. Ia antara lain membabitkan latihan perniagaan, peningkatan kemahiran, jaringan hubungan, pendedahan antarabangsa, kepimpinan dan keusahawanan. Program ini memberi fokus kepada pembangunan eksport kumpulan sasar tertentu seperti syarikat Bumiputera, wanita dan belia, syarikat peringkat pertengahan serta PKS di peringkat negeri. Ianya membolehkan entiti perniagaan dari kumpulan sasar berkenaan menjadi lebih berdaya tahan dan mampan pada peringkat antarabangsa. Selain itu, MATRADE melalui rangkaian pejabat wilayah di seluruh negara, turut menyediakan bantuan khidmat nasihat kepada syarikat di seluruh Malaysia. MEMBINA KESEDIAAN EKSPORT MATLAMAT 5 Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 97 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0